Jumaat, 18 Disember 2015

Bah.1 Ucapan Penuh Haji Hadi Awang Di Majlis MULTAQA SERANTAU ALUMNI 2015



Antara petikan ucapan TGHH dalam Multaqa Serantau Alumni Azhar:

"Saya minta orang kita tak akan jadi macam orang arab. Umat Islam di Malaysia, Indonesia walaupun berbeza ideologi, jangan sampai pertembungan ini menyebabkan kita berperang sesama sendiri. Di rantau Asia Barat, mereka telah dipergunakan oleh musuh Islam sebagai proksi untuk berlawan sesama sendiri."

"Cukuplah rantau mereka dipergunakan. Saya harap rantau kita jangan izinkan jadi seperti itu. Di rantau kita sudah ramai cerdik pandai lepasan Azhar. Gunakan mereka untuk membantu secara kolektif. Kita tidak perlu lagi pihak luar Timur dan Barat untuk jadi penasihat kepada kita. Jangan minta bantuan asing, semata-mata untuk menghadapi mereka yang tidak sependapat dengan kita."

"Zaman ini bukan lagi zaman penjajahan. Negara kita sudah lama merdeka. Maka Islam yang terdapat dalam perlembagaan negara, perlulah ditafsir dengan istilah ad-Deen, bukan dengan erti religion mengikut ensiklopedia ciptaan barat."

Di minda Ulama ini, hanya nasib umat yang merajai... walau dihadapan pemimpin, ucapannya tidak perlu mengampu sehingga merapu... walau pahit, tetap disampaikan...

(Alang Ibn Shukrimun)