Rabu, 21 Ogos 2013

Ketua Kabilah Sawarka di Sinai: Tentera membunuh askar kerana enggan berkhidmat di Sinai


[Ketua Kabilah Sawarka di Sinai: Tentera membunuh askar kerana enggan berkhidmat di Sinai]

Ketua kabilah Sawarka di Sinai mendedahkan bahawa tentera Mesir telah membunuh 25 askar di Rafah semalam kerana enggan berhidmat di Sinai di mana mereka telah ditahan selama dua hari di kem tentera.

Pada masa yang sama, pihak berkuasa Mesir dan tentera telah mengenakan tindakan keselamatan yang ketat di Semenanjung Sinai serta menutup sempadan Rafah ke Gaza.

Pembantu Menteri Dalam Negeri, Informasi dan Perhubungan Awam, Major Jeneral Abdul Fattah Osman berkata bahawa serangan tersebut mensasarkan dua kenderaan yang membawa seramai 27 orang rekrut daripada Kem Keselamatan Pusat di Rafah (kem besar Pusat Keselamatan Mesir).

Jeneral Abdul Fattah Osman menjelaskan lagi bahawa rekrut terkejut dengan kumpulan bersenjata yang mensasarkan dua kenderaan tersebut dan melepaskan tembakan sehingga 25 daripada mereka terbunuh manakala dua lagi tercedera.

Al-Jazeera hari ini melaporkan mayat para askar tersebut telah selamat tiba di Kaherah.

Sumber : AlJazeera, نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬



Huraian facebook Islam Naser mengatakan :

Aku akan ceritakan padamu cerita tentang askar-askar dan pandai-pandai lah fikir sendiri :

Apa yang berlaku adalah lebih 500 askar melarikan diri dari kem askar kerana tidak tahu (keliru) mereka sebenarnya menentang siapa dan kenapa dan tidak tahu kenapa sebahagian sahabat-sahabat mereka mati dan disembunyikan dimana....

24 dari mereka ditahan (dengan arahan memakai pakaian awam) dan dijatuhkan hukuman kerana tidak taat perintah dan lari dari perkhidmatan.Mereka dibunuh dengan tangan bergari.

Dikhabarkan di dalam media (kudeta) bahawa mereka mati dalam persengketaan melawan pengganas, dan apabila gambar tersebar bahwa mereka memakai pakaian awam dan bergari, mereka katakan bahawa askar2 ini sedang bercuti sedangkan mereka tahu bahawa cuti tidak pernah diberikan kepada tentera di Sinai selama ini.

Seperti yang diKetahui,askar yang akan bercuti akan menanggalkan seragam askar dan mengenakan seragam yang berwana hijau pekat dan seandainya dia melakukan sebaliknya sama ada semasa pergi atau semasa pulang, dia akan diberi amaran.

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية