Khamis, 7 Mac 2013

PERSOALAN .... GAMBAR BERBICARA



Gambar: Geng-geng PRs jangan buat spekulasi tentang gambar ni...sudah tersebar di fb2 mempertikaikan tentang gambar ini. Pada pendapat PRs ini hanyalah kubur @ lubang yg dikorek semula atau boleh juga dikatakan tempat disimpan @ disembunyikan mayat penceroboh ajer...mungkin disebabkan kurang maklumat kita pertikaikan kenapa mayat dah mereput dsbnya..

Gambar ini dimulakan pertikaiannya oleh paged Nur Misuari (MNLF) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528686067175145&set=a.188564007854021.41920.185093644867724&type=1&relevant_count=1. Ini hanya propaganda mereka sahaja.

- Untuk pengetahuan ini adalah gambar mayat penceroboh yg terkorban ketika pertempuran pertama yg mengorbankan 2 anggota polis komando kita...

- Tentang pakaian yang dilihat rata-rata dipertikaikan...itu bukanlah sesuatu yg pelik kerana kalau kita lihat gambar2 militan di selatan Filipina  anggota mereka memang berpakaian ala tentera.

- Penceroboh juga pernah meminta beri mereka ruang utk kebumikan rakan mereka....dan dalam situasi konflik yg dah meletus mereka akan buat seringkas yg boleh...mereka menganggap ini perjuangan syahid jadi tak hairan mereka dikumpulkan begitu.

- Janganlah disebabkan nak menjadi penyiar kita dah tak boleh berfikir secara waras lagi...takkanlah kematian atau kehilangan anggota keselamatan kita dirahsiakan..kalau nak rahsia 8 kematian dahulu  dah dirahsiakan dah..

- Isu ini isu serius...sebab jika dah melibatkan kematian anggota kita sendiri perkara ini bukan perkara main2 lagi dah....berbeza pendapat itu boleh tapi jangan jadikan ianya hanya bahan propaganda sampah.....

Terima Kasih
Cetakan computer tidak memerlukan tandatangan,

Gambar: Ini Video Kenyataan dari Zahid Hamidi - http://www.youtube.com/watch?v=ENmqimFQPu8&feature=player_embedded 

dan ini pulak media fitnah dari utusan - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130306/dn_08/30-lagi-pengganas-Sulu-maut 

LAHAD DATU, 6 Mac —13 mayat penceroboh Filipina telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut semalam, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan tersebut menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

"Ini adalah gambar kubur dimana mayat telah dikebumikan oleh pengganas," kata Ahmad Zahid, sambil menunjukkan beberapa kepingan kayu yang diletak atas tanah.

Beliau berkata polis forensik telah ditembak tengahari tadi semasa sedang meneliti mayat tersebut, tetapi menyatakan tiadak sebarang kecederaan berlaku.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga berada dalam sidang media sama berkata gambar tersebut menunjukkan “keadaan sebenar di lokasi”.

Ahmad Zahid walaubagaimanapun berkata ia masih jelas bagaimana pengikut Sultan Sulu tersebut mati, memandangkan pasukan forensik masih lagi belum memeriksa mayat tersebut tetapi mendedahkan seorang lelaki bersenjata ditembak mati pagi ini.

“Operasi mengesan dan mencari yang sedang dijalankan adalah dipermukaan kawasan yang sukar dan tidak boleh dipandang ringan,” kata beliau.

Felda Sahabat, lokasi penceroboh bersembunyi hanya dua kali ganda saiz negara Singapura dengan 57 ladang kelapa sawit yang terbahagi merentasi permukaan berbukit, dihubungkan dengan jalan sempit dan lurus.

Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas sebahagian kepulauan Borneo tersebut.

Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.

Awal pagi ini, Jacel Kiram yang mengakui dirinya sebagai “puteri” Sulu  dalam stesen televisyen Filipina berkata pemimpin pemberontak Agbimuddin Kiram dan kumpulan militannya terselamat dari serangan operasi ketenteraan Malaysia.

Pasukan keselamatan Malaysia menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah semalam, bermula dengan serangan serangan udara pada subuh dengan jet pejuang F18 dan Hawk melepaskan bom ke atas kampung.

Namun hampir serta-merta selepas itu, laporan berita di Filipina berkata Agbimuddin dan orang-orangnya berdiri dan memerhatikan serangan dan letupan dari lokasi tersembunyi kira-kira 1km dari kawasan bom digugurkan.

Dalam penggilan telefon kepada jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani pada pukul 9.30 pagi, Agbimuddin mengatakan orang-orangnya tidak terkena serangan dan bersedia untuk terus melawan.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk ke dalam kampung, meneruskan Ops Daulat dengan berhati-hati untuk menghalau keluar penceroboh.

Di sebalik serangan udara dan menghantar lima batalion ke dalam kampung semalam, pihak berkuasa Malaysia mengatakan hari ini mereka masih lagi belum menemui mayat militan Filipina tersebut.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini hanya seorang pemberontak bersenjata Sulu ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dengan 200 orang pengikut kesultanan Sulu.

Kumpulan yang mendakwa merupakan pengikut Kesultanan Sulu menegaskan bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17.

Sabah walau bagaimanapun menyertai Malaysia pada tahun 1963. Malaysia mengatakan pembayaran tahunan RM5,300 kepada kesultanan Sulu dibayar kerana penyerahan hak negeri Borneo itu.

Sumber TheMalaysianInsider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/13-penceroboh-sulu-bersenjata-disahkan-terbunuh-kata-ahmad-zahid/

Gambar: Kami harap cerita ini tidak benar ...

::: Jika benar... kecewa rakyat Malaysia 
::: Kerajaan lapor lain, realiti lain...