Khamis, 28 Februari 2013

Rabu, 27 Februari 2013

Antara PAS dan UMNO siapa khianat sebenarnya..?



Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu  kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar  itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.

“Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.

"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

"Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK)  itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam.

Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.

Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka.

“Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja,” katanya.

Sinar Harian

PAS, Islam dan Demokrasi


PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.
Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: “Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”

Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)

Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.

Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.

Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh ulama silam.

Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.

Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama kerajaan.

Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks negara demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai parti pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan sosial di Malaysia.
Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.

Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.

PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.

PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.

Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.

ismi








Oleh : Muhammad Ismi Mat Taib
Penulis ialah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Ahad, 24 Februari 2013

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno


Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.

Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia  ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan  UMNO dan PAS  sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.

Antara mesej  titah  baginda ialah;

i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi  parti   yang dipimpin dan  dianggotai oleh  golongan ulamak,  professional,  teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.

ii) Kehebatan PAS  yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta  tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.

iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini  sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.

iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan  kemantangan pimpinan  PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.

v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana  berada pada posisi  offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme  rasuah dan penyelewengan.

vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme,penyelewegan dan rasuah.

vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.

viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan  federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.

Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan  akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.

Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.

Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama  PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13. 

Sumber dari : Harakahdaily

Ahad, 17 Februari 2013

Rabu, 13 Februari 2013

MP dedah penyelewengan 403juta Umno Kedah



KUALA LUMPUR: Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta hari ini tampil untuk membuat pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sewaktu pemerintahan mereka di Kedah.

Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat Kedah agar mereka boleh menilai kenapa perlu menolak BN pada piliharaya yang akan datang.

"Kita tampil dengan satu Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta yang akan membuat pendedahan terhadap 11 penyelewengan yang dilakukan oleh BN sebelum ini.

"Pendedahan yang kita lakukan ini perlu dijelaskan oleh BN, kerana kita mahu seluruh rakyat Kedah mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh mereka," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS.

Mohd Firdaus memberitahu pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu akan diadakan pada 23 Februari malam di Taman Melawar.

Beliau yang turut berkongsi penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta, jelas beliau lagi.

Beliau yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri sebelum ini beriya-iya menolak geran peruntukan pusat, sehingga samggup menerima pinjaman yang berlipat kali ganda kosnya.

Ahli Parlimen Jerai itu juga berharap kepimpinan BN Kedah yang sebelum ini tampil menyerang kerajaan Pakatan di Kedah tampil dengan segera untuk membuat penjelasan berhubung penyelewengan tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar), Mohd Amin Othman.

Sabtu, 9 Februari 2013

Taujihad TG Haji Hadi, Penjelasan kedudukan PAS dalam politik: Surau An Nur



Video yg akan menjawab segala kontroversi antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.. Rakyat Malaysia, buka mata, buka minda.. Lihat pada REALITI.. Tanpa keberanian melangkah untuk melaksanakan PERUBAHAN yang lebih baik, kita takkan kemana.. Mungkin kita BODOH, DITIPU selama ini.. Tapi nak ke kamu semua anak cucu kamu DOBODOHKAN dan DITIPU seperti mak bapak kita dahulu?!

Khamis, 7 Februari 2013

Merubah Kemungkaran Politik Suatu Kewajipan



Perbincangan al-Quran dan al-Sunnah tentang sikap berdiam diri dari kemungkaran dan bersikap negatif terhadap mereka yang melakukannya sama ada pemerintah ataupun rakyat adalah suatu perbincangan yang menggoncangkan perasaan mereka yang memiliki sebesar biji sawi iman di dalam hatinya.
Firman Allah bermaksud:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh." (78)
"Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan." (79)
(Surah al-Ma’idah: 78-79)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.”

Adalah suatu sangkaan yang silap bahawa kemungkaran terhad pada zina, meminum arak dan apa yang ada pada makna keduanya.


Menghina kehormatan rakyat adalah suatu kemungkaran yang besar. Menipu dalam pilihanraya adalah kemungkaran yang besar. Tidak memberikan kesaksian dalam pilihanraya adalah kemungkaran yang besar kerana ia menyembunyikan kesaksian. Menyerahkan pemerintahan kepada bukan ahlinya adalah kemungkaran yang besar. Mencuri harta awam adalah kemungkaran yang besar. Memonopoli barangan yang diperlukan oleh orang ramai untuk kepentingan individu ataupun kumpulan adalah kemungkaran yang besar. Menahan manusia tanpa jenayah yang diputuskan oleh mahkamah yang adil adalah kemungkaran yang besar. Menyiksa manusia di dalam penjara dan pusat tahanan adalah kemungkaran yang besar. Memberi, menerima dan menjadi orang tengah bagi rasuah adalah kemungkaran yang besar. Mengambil hati dan memuji-muji pemerintah yang batil adalah kemungkaran yang besar. Menjadikan musuh Allah dan musuh umat sebagai pemimpin dengan mengenepikan orang yang beriman adalah kemungkaran yang besar.

Begitulah kita mendapati ruang bagi kemungkaran semakin meluas hinggakan ia mencakupi kebanyakan perkara yang dianggap oleh manusia sebagai urusan asasi bagi politik. Apakah seorang Muslim yang cintakan agamanya dan sentiasa berusaha memperolehi keredhaan Tuhannya akan berdiam diri? Ataupun lari berundur daripada medan apabila berhadapan dengan kemungkaran dan sebagainya kerana takut ataupun mahu menyelamatkan diri?
Perasaan seperti ini sekiranya tersebar di kalangan umat, maka telah berakhirlah risalahnya dan mereka akan terhapus kerana mereka telah menjadi umat lain bukannya suatu umat yang telah disifatkan oleh Allah dengan firmannya bermaksud:
"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik." (Surah ali-‘Imran: 110)
Tidak hairan sekiranya kita mendengar amaran Nabi s.a.w. kepada umat dalam masalah seperti ini, baginda telah bersabda:

“Apabila kamu melihat umatku takut untuk berkata kepada orang zalim: Wahai orang zalim, maka telah diucapkan selamat tinggal untuk mereka.”

Ertinya, mereka sudah tidak layak untuk hidup.
Seorang muslim dengan kedudukan imannya dituntut agar tidak menjadi penonton terhadap kemungkaran walau apapun jenisnya. Sama ada ia berbentuk politik, ekonomi, kemasyarakatan ataupun thaqafah. Bahkan dia hendaklah menentangnya dan berusaha merubah dengan tangannya sekiranya dia mampu. Kalau tidak mampu, maka menggunakan lidah dan penjelasan. Sekiranya dia tidak mampu merubah dengan lidah, maka dia berpindah ke peringkat lain yang paling rendah iaitu berubah dengan hati yang telah dijadikan oleh hadith sebagai: “Selemah-lemah iman.”

Ia dinamakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai mengubah dengan hati kerana ia adalah tanggungan jiwa dan perasaan menentang kemungkaran, mendokong dan membela penentangan ini.
Tanggungan ini bukanlah perkara negatif sebagaimana yang disangkakan. Sekiranya ia negatif, ia tidak akan dinamakan sebagai merubah oleh hadith tersebut.

Tanggungan yang berterusan bagi jiwa, perasaan dan hati semestinya pada suatu masa akan menghasilkan usaha yang positif. Kemungkinan ia akan menjadi satu revolusi umum ataupun letusan yang menghancurkan sekiranya tekanan berterusan. Tekanan yang berterusan akan mencetuskan
letupan yang merupakan satu sunnah Allah di kalangan makhluk-Nya.

Sekiranya hadith ini menamakan sikan ini sebagai ‘merubah dengan hati’, maka hadith Nabi s.a.w. yang lain telah menamakannya sebagai ‘jihad dengan hati’ yang merupakan darjat jihad yang paling rendah sebagaimana ia juga adalah darjat iman yang paling rendah. Muslim telah meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud secara marfu’:
“Tidak ada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah di kalangan umat sebelumku melainkan wujud daripada umatnya itu golongan Hawariyun (pembantu) dan para sahabat yang mengambil Sunnahnya dan mematuhi perintahnya. Kemudian dia meninggalkan selepas mereka para pengganti yang berkata apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangan maka dia adalah seorang Mukmin. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan lidah maka dia adalah seorang Mukmin. Sesiapa yang menentang mereka dengan hati maka dia adalah seorang Mukmin dan tidak ada di sebalik itu iman walaupun sebesar biji sawi.”

Rabu, 6 Februari 2013

Cegah mungkar dengan kekuasaan


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."


Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.

Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.


Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.

Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?

Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau indivisu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.

Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.

Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.

Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.

Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.

Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."

Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.

Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan.

Selasa, 5 Februari 2013

Maksiat Menggelapkan Hati



Marilah kita renungan firman Allah Ta’ala,

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (QS. Al Muthoffifin: 14)

Makna ayat di atas diterangkan dalam hadits berikut.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِى قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِى ذَكَرَ اللَّهُ ( كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ) »

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan "ar raan" yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang artinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.”

Al Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tumpukan dosa sehingga bisa membuat hati itu gelap dan lama kelamaan pun mati.” Demikian pula yang dikatakan oleh Mujahid, Qotadah, Ibnu Zaid dan selainnya.

Mujahid rahimahullah mengatakan, “Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari.”

Penulis Al Jalalain rahimahumallah menafsirkan, “Hati mereka tertutupi oleh “ar raan” seperti karat karena maksiat yang mereka perbuat.”

Ibnu Taimiyah rahimahullah menyebutkan perkataan Hudzaifah dalam fatawanya. Hudzaifah berkata, “Iman membuat hati nampak putih bersih. Jika seorang hamba bertambah imannya, hatinya akan semakin putih. Jika kalian membelah hati orang beriman, kalian akan melihatnya putih bercahaya. Sedangkan kemunafikan membuat hati tampak hitam kelam. Jika seorang hamba bertambah kemunafikannya, hatinya pun akan semakin gelap. Jika kalian membelah hati orang munafik, maka kalian akan melihatnya hitam mencekam.”

Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan, “Jika dosa semakin bertambah, maka itu akan menutupi hati pemiliknya. Sebagaimana sebagian salaf mengatakan mengenai surat Al Muthoffifin ayat 14, “Yang dimaksud adalah dosa yang menumpuk di atas dosa.”

Inilah di antara dampak bahaya maksiat bagi hati. Setiap maksiat membuat hati tertutup noda hitam dan lama kelamaan hati tersebut jadi tertutup. Jika hati itu tertutup, apakah mampu ia menerima seberkas cahaya kebenaran? Sungguh sangat tidak mungkin. Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Jika hati sudah semakin gelap, maka amat sulit untuk mengenal petunjuk kebenaran.”

Perbanyaklah taubat dan istighfar, itulah yang akan menghilangkan gelapnya hati dan membuat hati semakin bercahaya sehingga mudah menerima petunjuk atau kebenaran.

Ya Allah, tunjukkanlah hati kami ini agar selalu taat pada-Mu dan berusaha menjauhi setiap maksiat yang benar-benar telah Engkau larang, apalagi dosa syirik dan kekufuran. Amin Yaa Mujibbas Saailin.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.


Orang yang ditutup hati sentiasa melakukan kemaksiatan tanpa rasa takut kepada azab Allah ....
[UPDATE: Video ini boleh didapati di youtube - http://youtu.be/UoqV3MR9sec]

Ahad, 3 Februari 2013

Sabtu, 2 Februari 2013

Utusan Bila Mau Bankrupt.. Kalah Lagi, Kali...

 
 

HUKUM MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH

Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.
Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)
Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.
Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.


Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.


Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.


Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.


"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.


Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)


Melalui pemcaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.