Kata Imam Al-Ghazali, "didalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan shabat."
Dalam hal ini, Rasullullah SAW bersabda :
seseorang itu mengikutagama (cara hidup) sahabatnya. oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamudan duniamu, maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engkau pastikan pada dirinya 5 syarat:
1)orang yang berakal
bersahabat dengan orang yang bodoh kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati. dan sepaling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh
2)orang yang baik akhlaknya
maka jangalah engkau bersubahat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia diransang oleh nafsu syahwatnya
3)orang yang soleh
4)jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia'
jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia, dan sebaliknya suka sekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambahkan zuhudmu dari dunia.
5)orang yang benar
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta, barangkali dia akan menipu engkau kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jahil atau menjauhkan yang dekat/