Jumaat, 18 Januari 2013

Kewajipan Berada di dalam Jemaah Islamiah


Wajib bergabung dengan Jamaah Islam - Ust Nasaruddin Daud







Menjadi kewajiban terhadap seseorang individu muslim beramal dan berusaha hanya untuk Islam, demi untuk merealisasikan segala tuntutan Islam. Ia memastikan setiap anggotanya berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Oleh itu amal jama’i yang dijalankan oleh sesebuah Jamaah Islamiyyah mestilah tersusun, rapi dan utuh. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk merealisasikan tujuan yang besar ini dengan cara perseorangan tanpa usaha ‘amal jama’i yang tersusun rapi.
Oleh kerana itu untuk merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas semua ummat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan ‘amal Islami, maka dengan sebab itulah ‘amal jama’i menjadi satu kewajiban.
Kewajiban berada di dalam satu Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah Taala :
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Maksudnya:
" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."

Di dalam hadis yang lain pula, baginda bersabda :
Maksudnya:
" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."
Kaedah fiqh ada menerangkan tentang wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah :
Maksudnya :
" Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."

Daulah Islamiyyah hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiyyah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islamiyyah menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam dan menyertainya Juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.
Jamaah Islamiah yang diwajibkan supaya kita menyertainya
Jamaah Islamiyyah yang diwajibkan kita bersama-sama dengannya itu mempunyai dua matlamat yang besar iaitu :
1 - Matlamat kursus
2 - Matlamat umum

Matlamat Yang Khusus
1. Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulin kepadanya.
2. Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham di dalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam.
3. Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam.
4. Mendirikan negara Islam.
5. Menyatukan semula ummat Islam yang berpecah belah sebagaimana yang ada pada hari ini.

Matlamat Yang Umum
1. Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa. Sebagaimana Al Qur’an menerangkan di dalam Surah Az Zaariyaat ayat 56 :
Maksudnya :
" Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Aku."

2. Mempelopori kerja-kerja amal ma’arof dan nahi mungkar. Firman Allah Taala :
 Maksudnya :
"Kamu (Wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi faedah ummat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji serta kamu berirnan kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang fasiq."

 3. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya, sebagaimana firman Allah Taala :
Maksudnya :
" Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidaklah menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kamu mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."

4. Menghapuskan fitnah dan kekufuran dan berkuasa di bumi ini, sebagaimana firman Allah Taala :
 Maksudnya:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Amat Melihat akan apa yang mereka kerjakan."