Bilamana Allah memerintahkan para mukminin dan mukminat agar bersaudara, ia memberikan kefahaman bahawa mereka sahaja yang dapat (mampu) menghayati dan menlaksanakan UKHUWAH ISLAMIYAH itu dengan sebaik-baiknya sebagaimana dikehendaki Allah SWT.
Selain orang beriman, persaudaraan dan perpaduan yang dibangunkan (manusia) hanyalah bersifat kulit, kosmetik, rapuh, tiada jiwa (Roh), mudah goyah, tidak sejati, bermatlamatkan dunia, tiada barakah malah tidak ikhlas kerana mencari redha Allah.