Anwar berkata, kewibawaan institisi kehakiman sudah diragui banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Sufian Hashim dan isu itu pernah disentuh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
“Saya menggunakan pandangan Tun Sufian yang menyatakan, kalau beliau dihadapkan ke mahkamah, beliau tidak percaya akan mendapat keadilan,” katanya.
Namun, beliau tidak menentang jika elaun kepada Ketua Hakim Negara boleh mengurangkan kadar rasuah dalam institusi kehakiman, tetapi perkara sebaliknya tidak wajar berlaku.: "KUALA LUMPUR: Kenaikan emolumen hakim melibatkan individu tertentu membuktikan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mahu terus memperalat i..."