Selasa, 25 Disember 2018

PAS akan jadi pembangkang selamanya ......

Muhyidin kata Muhyidin kata PAS akan jadi pembangkang selamanya...

Jawapan aku mudah saja...

Allah berfirman yg bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" - surah al'Imran ayat 26

Justeru itu, kpd muhyidin...usah lah sombong dan menyombongkan diri...apa yg hangpa ada tu tidak lebih daripada kurniaan Allah dan bukan semua yg termasuk kurniaan Allah itu merupakan hadiah....

Yang memberi kuasa pemerintahan kpd fir'aun adalah Allah dan yg memberi kuasa pemerintahan dari timur ke barat kpd Dzulqornain juga Allah....yg membezakan depa berdua iaitu fir'aun adalah manusia terlaknat yg bakal kekal menghuni neraka, manakala Dzulqornain adalah penguasa yang soleh di muka bumi...

Keruntuhan penguasaan Parsi dan Rom adalah ketentuan Allah dan kejatuhan empayar Islam terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniah juga ketentuan Allah...hanya Allah yg menentukan setiap sesuatu...justeru bagi PAS, menang dan menjadi kerajaan bukan menjadi cita-cita tertinggi kami...kami hanya mahukan Islam ditegak sebagai asas, kerangka dan perisai ummah....biar siapa pun yg diberi kuasa pemerintahan, melaksanakan kehendak2 Islam adalah kewajipan dan tugas PAS adalah berjuang sehingga kewajipan itu ditunaikan...

Jika Allah menentukan bahawa dgn jalan PAS diberi kuasa, barulah hak itu dapat ditegakkan...kami memohon supaya Allah kurniakan kami keteguhan iman....jika Allah telah menentukan bahawa PAS tak perlu menguasai kerajaan dan berjuang sehingga Islam ditegakkan, maka kami tetap juga mohon agar Allah kurniakan kami keteguhan iman...

Kemenangan di dunia bukan satu pengakhiran buat kami... kekalahan juga tidak membawa sebarang permulaan kpd kami...kerana apa yg kami usahakan hanyalah kesinambungan drp apa yg telah diusahakan oleh depa yg terdahulu daripada kami....

alfaqir ilallah ppk
25 Dis 2018

Sabtu, 22 Disember 2018

UNTUK MENJAGA PERPADUAN DAN KEHARMONIAN NEGARA DGN KASIH SAYANG MENTERI PERPADUAN HARUS DILUCUTKAN JAWATANNYA DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KEKERUHAN KEADAAN!!

Bila kita mahu hak dan bercakap bab keadilan kita sebagai orang melayu islam akan didangkal oleh puak2 kafirun malah yg lebih dahsyat melayu2 islam munafiqin juga tanpa segan silu "MEMIJAK" bangsanya sendiri..

Sudah penat sy melihat dengan keharuan politik negara sekarang ini jika kita menjadi pemerhati dan penganalisa politik.
Malah apa yang jelas dengan pemerintahan Malaysia Baru sudah nampak kepincangan walaupun mereka merasa GAH ada duduk sebagai pentadbiran negara.Seolah2 mereka langsung tiada nilai atau maruah jati sebagai seorang melayu islam.

Jika dilihat dari sudut kes kuil yang melanggar keputusan mahkamah dilihat dalam konteks perkauman.Malah ada suara2 Menteri melayu islam munafiqin menterjemahkan ianya sebagai satu trajedi ditafsirkan sebagai ketentuan takdir dr ILLAHI padahal ianya sudah dikategori satu pembunuhan yang jelas.Sy tertanya mana suara2 SUHAKAM yang beria2 mengatakan menjaga Hak Asasi Manusia???
Isu ICERD SUHAKAM berani melalak siap buat program lagi.

APAKAH PERANAN SUHAKAM???

Malah ada melayu islam munafiqin bersekongkol dengan kafirun dalam menambah api menyatakan pelbagai sudut persepsi mereka hanya untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh GURU PEKONG mereka.

Malah apabila rakyat mahu keadilan untuk kematian arwah Adib ada menteri melayu munafiqin kata jangan cuba mengeruhkan keadaan dan jangan buat provokasi.
Sedangkan jika dilihat dari kes permula sebelum kematian arwah Adib sudah mula provokasi perkauman dari kafirun dengan mengatakan
-Melayu adalah pendatang
-Melayu adalah pemalas
-Melayu bukan asal dari tanah Melayu
-Ketuanan Melayu dipertikaikan
-Melayu dicaci dgn "p...mak"
-Malah yang lbh panas apabila satu video diluarnegara dijaja satu dunia mengatakan islam diMalaysia kejam dan zalim kerana mendikriminasikan kaum india dgn memaksa utk memeluk islam utk mendptkan kerja dijabatan awam.
-Institusi Islam digugat oleh bukan islam

Semuanya diciptakan provokasi adakah dari Melayu sendiri???
Malah yang baru berlaku apabila ada kafirun yang mahu PM menangani ICERD.Jadi kalau dilihat dari pelbagai sudut siapakah sebenarnya yang memulakan provokasi semua ini???

MELAYUKAH???
MELAYUKAH???
MELAYUKAH???

Adakah Menteri PERPADUAN yang dilantik memang layak menjaga perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini jika MENTERI PERPADUAN yang sebelum ini pernah memburukkan imej negara diseluruh dunia?

Adakah aman dan makmur Malaysia hasil dari pemimpin terdahulu tanpa isu kaum atau Malaysia Baru aman dari hasil pemimpin sekarang??

ICERD disuarakan oleh kafirun Dap melalui Hindraf yang kononnya menentang DISKRIMINASI KAUM.
Kononnya HINDRAF ini mahu menjadi HERO TAMIL dengan menyuarakan bahawa orang melayu mendiskriminasikan kaum mereka diMalaysia ini malah india miskin sbb melayu kuil diroboh sbb melayu malah banyak lagi.

Jadi sebagai rakyat Malaysia sy tidak mendengar bantahan dari Menteri2 Melayu munafiqin untuk bangkit dalam menjaga maruah MELAYU.
Malah ada juga "cucu khadam" cuba nak berikan "IDEA BERNAS" agar kouta bumiputera 80% dimansuhkan agar semua kaum ada hak samarata.

APAKAH SEBENARNYA POLITIK MALAYSIA BARU INI??

SIAPAKAH PEMILIK TANAH MELAYU INI??

Sy tertanya2 adakah menteri2 melayu dalam KABINET yg ada sekarang bukan Melayu??
Adakah telah wujud satu bangsa lain selain melayu kerana jelas hak melayu selalu dipertikaikan.

Bagi sy jika MENTERI MELAYU masih mahu duduk dlm golongan MUNAFIQIN lebih baik kamu tukar saja bangsa kamu dan agama kamu kerana ini sudah menjadi satu "PENGHINAAN" bagi kaum melayu islam..
Malah sy mahu Menteri Perpaduan dilucutkan jawatannya sebagai Menteri kerana tiada kreateria sebagai Menteri yang mampu menjaga keharmonian dan perpaduan yang berbilang bangsa dalam Malaysia ini.

Sy cadangkan kepada MENTERI MELAYU kamu harus sebulat suara utk menyuarakan perletakkan jawatan MENTERI PERPADUAN.

Jika kamu gagal ini jelas kamu adalah "Melayu2 BACUL" yang tidak menjaga kepentingan melayu yang sudah termaktub dalam PERLEMBANGAN NEGARA!!!

Kalau ikutkan isu pembunuhan melayu yang tidak terbela terlalu banyak yang disenyapkan dan disepikan.Jangan sampai nanti Malaysia nanti akan jadi diperintah oleh kaum minoriti dari kaum majority.

Kita bukan RACIST tapi sudah tiba masanya kita bangkit..Melayu terus menjadi mangsa dibumi sendiri.

#JUSTICE4ADIB
#pecatwathya
#bantahicerd

Salamiah Nasir
Pengerusi SRIKANDI Negeri
Ketua Penerangan Ummah Kedah

https://www.facebook.com/100015697505836/posts/455213705011876/

DAP KELUAR DARI KERAJAAN : CABARAN TERBUKA BUAT LIM KIT SIANG

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tidak tercapai dilihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH. Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka didengari, hak mereka dipenuhi dan tuntutan mereka diikuti. Namun mungkin juga ia dilihat DAP sudah mula disanggah, diketepikan dan mungkin dibuang dari politik massa era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Lebih lagi dalam keadaan berbondong-bondong pemimpin UMNO keluar parti dan mengisytiharkan diri menyokong PM serta Parti Bersatu. Kelicikan Tun sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang mahu mengimbangi kekuatan DAP dengan membawa masuk Ahli-ahli Parlimen dan ADUN UMNO dilihat sebagai ancaman terhadap survival DAP. Justeru, sebagai pemimpin veteran Lim Kit Siang mengeluarkan nada seperti kecewa dan marah dengan apa yang berlaku dan mengugut untuk menarik DAP dari daripada kerajaan PH.

Sebenarnya nada sebegini bukan sesuatu yang janggal diucapkan oleh pemimpin DAP. Mereka sering bersuara lantang dengan memberi kata dua kepada mana-mana pemimpin yang dilihat tidak mahu terikat dengan mereka. Lihatlah kepada parti-parti komponen PH dan umum boleh mengagak di mana ngauman Mohd Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, bahkan pemimpin besar lain mereka ketika ini. Dalam satu-satu isu, jika DAP mengeluarkan pandangan dan dasar mereka, jarang benar ada pemimpin lain berani berusara menyanggah pendapat DAP.  Sebaliknya jika ada pemimpin lain dalam PH bercakap dan bersuara, mereka berani menentang dan menyanggah secara terbuka.

Kenyataan Lim Kit Siang membuka lebih banyak pekung mereka di dada masyarakat. Rakyat semakin mengenali politik sepak terajang parti tersebut. Jika mereka berjaya mengikat kaki dan mulut pemimpin lain dalam PH, hari ini mereka cuba mengikat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Soalnya, apa lagi yang Lim Kita Siang mahukan? Menteri kanan banyak disapu oleh pemimpin partinya. Malah, Tabung Haji juga dianggap selamat di bawah kaki Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan. Apakah mereka juga mahukan FELDA, FELCRA, MARA, dan lain-lain institusi milik bumiputera dibawah kelolaan mereka? Itu belum lagi senarai penceramah yang bersiaran di kaca TV, boleh ditauliahkan atau dibenarkan bila-bila masa oleh pemimpin partinya. Siapa yang berani menyatakan sikap secara terang-terangan, akan ada surat ‘menghadkan’ penampilan para ulamak tersebut.

Langkah Tun juga bukan calang-calang. Meskipun di mamah usia, otak politik Tun ligat berputar. DAP boleh menarik diri dari kerajaan PH, tetapi Tun telah menyediakan pelan B untuk politik negara. Yang keluar UMNO dan memohon masuk Parti Bersatu juga bukan sebarangan orang. Ada bekas menteri, exco kerajaan negeri, pemimpin tinggi dalam organsiasi setiap peringkat.  

Politik pasca PRU ke 14 menarik untuk diteliti. Sejauh mana keberanian Lim Kit Siang mengarahkan anak-anak buahnya keluar dari kerajaan PH jika objektif Malaysia Baru gagal dipenuhi seperti yang dikatanya. Sampai masa juga rakyat Malaysia perlu  mendesak beliau dan DAP keluar dari kerajaan atas sikap politik suka memonopoli, mengongkong dan mengugut itu. Elok juga rakyat mencabar DAP mengotakan janjinya itu jika beliau benar-benar ahli politik tulen dan berpegang pada kata-katanya.

(Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI)

SUHAKAM SUDAH BESAR KEPALA

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini 18 Disember 2018 bertajuk “SUHAKAM mahu cadangan dijadikan mandatori”, yang berbunyi seperti berikut:

“Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan mengajukan usul kepada Pejabat Peguam Negara dan menteri undang-undang untuk meminda Akta Suhakam bagi memastikan kerajaan mengambil tindakan pada setiap cadangan yang diberikan suruhanjaya itu.

Jelas pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph (gambar), ketika ini Suhakam hanya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan berhubung isu hak asasi manusia.

"Kita mahu memastikan agar nasihat yang kami berikan dapat dijadikan tindakan, di mana kerajaan diwajibkan mengambil tindakan (berdasarkan cadangan yang diberikan).
"Jika kerajaan tidak dapat melakukannya, mereka perlu memberikan sebab yang munasabah. Itu kuasa yang sepatutnya diberikan kepada sebuah suruhanjaya," katanya pada sidang media di majlis pelancaran laporan tahunan Suhakam 2017 di Kuala Lumpur hari ini.” Ia diakhiri dengan kenyataan, “Berita lanjut menyusul”.

Pertama sekali, saya ingin tahu sama ada kenyataan itu kenyataan peribadi Jerald Joseph atau kenyataan SUHAKAM. Dengan menggunakan kata-kata “ Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan mengajukan usul....” Jerald Joseph seolah-olah bercakap bagi pihak SUHAKAM.

Tetapi, beliau adalah salah seorang Pesuruhjaya SUHAKAM. Saya tidak pasti berapa orangkah Pesuruhjaya SUHAKAM sekarang. Carian di internet menunjukkan hanya lapan orang termasuk Pengerusinya. Seksyen 5(1) Akta SUHAKAM memperuntukkan bilangan pesuruhjaya tidak melebihi 20 orang.

Biar berapa orang pun pesuruhjaya SUHAKAM, kita hairan mengapa Jerald Joseph sahaja yang kerapkali mengeluarkan kenyataan media. Pesuruhjaya-pesuruhjaya lain tidak pula kedengan suara mereka. Mungkin mereka tahu peranan mereka. Jika demikian, mengapa Pengerusi SUHAKAM membiarkan pesuruhjaya yang tidak tahu peranannya atau sengaja mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai SUHAKAM?

Walau pun perkataan pesuruhjaya itu hebat bunyinya, ia tidak lebih daripada seorang ahli sebuah jawatankuasa. Dia tidak boleh membuat keputusan sendiri dan bercakap bagi   pihak suruhanjaya itu, melainkan jika dia dilantik oleh suruhanjaya itu sebagai jurucakapnya. Jika ada sesuatu kenyataan yang hendak dikeluarkan untuk makluman orang ramai, sepatutnya Pengerusinyalah yang membuat kenyataan itu.

Jika kenyataan itu bukan kenyataan SUHAKAM, pertama sekali, Malaysiakini perlulah lebih berhati-hati dalam membuat laporan.

Pengerusi SUHAKAM pula perlu menafikan atau menjelaskannya. Bukan itu sahaja, Jerald Joseph perlu ditegur dan diarahkan supaya tidak mengulanginya di masa hadapan.

Jika Pengerusi SUHAKAM tidak mengambil tindakan-tindakan yang saya sebutkan itu, saya khuatir beliau akan dilihat sebagai lemah dan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh ahli atau ahli-ahlinya.

Oleh sebab kenyataan itu menyebut bahawa “Suhakam akan mengajukan usul…”, saya akan berhujah berdasarkan ia adalah satu kenyataan SUHAKAM. Jika kenyataan itu adalah kenyataan peribadi Jerald Joseph, maka apa yang saya katakan ini, terpakai kepadanya.

SUHAKAM adalah satu suruhanjaya. Perlembagaan menubuhkan beberapa suruhanjaya, seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Perhatikan bahawa SUHAKAM bukanlah satu suruhanjaya yang ditubuh oleh Perlembagaan dan telah wujud semenjak Merdeka. SUHAKAM  ditubuh oleh undang-undang yang bernama Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 1999 (Akta 597), sama seperti Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957; Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957 [Akta 393]; Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998; Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614]; Akta Suruhanjaya Tenaga 2001; Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694); Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700); Akta Pengangkutan  Awam Darat 2010. Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] dan lain-lain.

Selain daripada dua kategori itu, terdapat pula suruhanjaya siasatan yang ditubuh apabila perlu untuk menyiasat sesuatu perkara seperti suruhanjaya menyiasat video V.K. Lingam dan kematian Teoh Beng Hock.

Semua suruhanjaya-suruhanjaya itu menjalankan tugas masing-masing dalam lingkungan bidangkuasa yang diberi kepadanya dan di dalam sistem (within the system) kenegaraan Malaysia yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Melaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Kerajaan terbahagi kepada Badan Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

Dasar negara terletak dalam bidangkuasa Eksekutif (Kerajaan) yang diputuskan oleh Masyuarat Jemaah Menteri (Kabinet). Badan Kehakiman (mahkamah) tidak boleh mengambil alih tugas menentukan dasar negara. Malah Majlis Raja-Raja pun tidak boleh menentukan dasar negara atau mengarah Kerajaan (Eksekutif) mengenai sesuatu dasar negara. Majlis Raja-Raja cuma “…..boleh  menimbang  teliti  soal-soal  mengenai  dasar  negara...” (Perkara 38 Fasal (2)(c)).

Demikian juga Badan Perundangan (Parlimen). Ia tidak boleh menentukan soal-soal dasar bagi pihak Eksekutif melainkan jika penentuan atau pindaan dasar itu memerlukan pindaan Perlembagaan atau undang-undang dibuat atau dipinda. Dalam keadaan yang baru disebut itu, Parlimen boleh menolak sesuatu cadangan kerajaan (Eksekutif).

Elok kita peringatkan bidangkuasa SUHAKAM seperti yang diperuntukkan oleh Akta 597.
Seksyen 4(1) memperuntukkan:

“4. (1) Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah—

……

untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;

untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan

Seksyen 4(4) memperuntukkan:

“(4) Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Ambil perhatian, bukan sahaja SUHAKAM, seperti suruhanjaya-suruhanjaya lain juga, dikehendaki bekerja dalam sistem (work within the system), walaupun ia dikehendaki memberi perhatian (regard shall be had) kepada peruntukan Universal Declaration of Human Rights 1948, itu pun setakat ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini Pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM  perlu ingat. Jangan kerana SUHAKAM dikehendaki memberi perhatian kepada peruntukan-peruntukan Universal Declaration of Human Rights, maka ia tidak  tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan lagi.

Jika Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM mengetahui sedikit mengenai sistem kenegaraan di mana-mana sahaja di dunia ini dan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, tentu sekali mereka tidak akan tergamak membuat cadangan seperti itu, melainkam jika mereka sudah besar kepala, merasakan kedudukan mereka lebih tinggi daripada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Badan Kehakiman dan Parlimen (tertakluk kepada apa yang saya katakan sebelum ini.

Saya berkata demikian kerana:

Yang di-Pertuan Agong pun, melainkan dalam berberapa perkara tertentu, bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan, mengikut konvensyen, nasihat itu mestilah diikuti. Penentuan dasar negara ditentukan oleh Eksekutif sepenuhnya.

Majlis Raja-Raja juga pun boleh membuat keputusan sendiri hanya dalam perkara-perkara yang terhad sahaja. Mengenai dasar negara, Majlis Raja-Raja hanya boleh menimbang teliti (deliberate).

Badan Kehakiman, walau pun full bench Mahkamah Persekutuan, tidak boleh campur tangan soal-soal dasar negara yad kerapkali disebut sebagai “dasar awam” (public policy).

Parlimen hanya boleh campur tangan hal-hal dasar awam jika perkara itu di bawa kepadanya melalui Rang Undang-Undang atau usul. Ini boleh difahami kerana ahli-ahli Parlimen adalah dipilih melalui pilihan raya. Itulah yang dipanggil demokrasi berparlimen. Ahli-ahli Kabinet hanya sebahagian daripada mereka. Hakim-hakim dan pesuruhjaya-pesuruhjaya kesemuanya hanya dilantik. Bahawa mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tidak meletakkan kedudukan mereka lebih tinggi daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM bukanla lebih utama daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya suruhanjaya-suruhanjaya lain, apatah lagi institusi-institusi 1 hingga 4.

Nampaknya SUHAKAM hendak menjadikan pemerintahan Malaysia pemerintahan dictator, di mana pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM yang dilantik lebih berkuasa daripada Kabinet dan Parliament yang ahli-ahlinya dipilih dalam pilihan raya umum.

Memandangkan kenyataan berkenaan dibuat tidak lama selepas kekecewaan SUHAKAM dalam isu ratifikasi ICERD, saya percaya ia ada kaitan dengannya. Kita tahu SUHAKAM memang memperjuangkan ratifikasi ICERD. Ternyata SUHAKAM dikecewakan oleh Tun Dr Mahathir sebanyak tiga kali dalam bilangan hari yang sama.

Pertama, Perhimpunan Hari Hak Asasi Manusia anjuran SUHAKAM yang dijadualkan pada 8 Disember 2018 (sama sehari dengan perhimpunan 812) dan akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir itu ditangguh atas nasihat Polis dan Perdana Menteri.

Kedua, Perdana Menteri menyatakan beliau tidak akan menghadiri perhimpunan anjuran SUHAKAM itu.

Ketiga, alasan beliau adalah “Kerajaan telah memutuskan tidak akan meratifikasi ICERD. SUHAKAM masih hendak meneruskannya. Bagaimana saya hendak hadir?”

Tiga pukulan oleh Perdana Menteri dalam masa tiga hari memang cukup berat untuk diterima oleh SUHAKAM. Maka, selepas mengadakan perhimpunan itu, Pengerusi SUHAKAM dengan nada sinis dilaporkan berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana tidak hadir. Ketidak hadirannya membolehkan mereka melakukan apa yang mereka hendak lakukan tanpa gangguan. Nampaknya Pengerusi SUHAKAM pun sudah berani “perli” Perdana Menteri.

Carian dalam internet menunjukkan terdapat dua orang wanita comel Melayu/Islam, ahli akademik yang menjadi pesuruhjaya SUHAKAM. Kita tidak pernah mendengar mereka bercakap mengenai SUHAKAM. Mungkin sebagai ahli akademik berlatarbelakangkan undang-undang, mereka tahu peranan mereka.

Biar apa pun, datang dari kampus di mana mereka digeruni (kerana kelulusan mereka) dan ditakuti (tidak lulus) oleh pelajar-pelajar, saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia luar yang lebih mencabar dan lebih kasar dengan meninggikan suara mereka, bersikap lebih assertif dan aggressif supaya mereka tidak dibuli atau dipinggirkan.

Kita ingin tahu apa pendirian mereka, sebagai professor dan ilmuan undang-undang, mengenai cadangan itu. Jika mereka menyokongnya, apa hujah-hujah mereka terhadap hujah-hujah yang telah saya kemukakan itu. Jika tidak, adakah mereka menentangnya dalam mesyuarat SUHAKAM dan adakah mereka menerima keputusan majoriti? Atau, adakah mereka hanya mengikut arus?

Tun Abdul Hamid Mohamad
20 Disember 2018

Khamis, 13 Disember 2018

Catatan Parlimen: Dewan Rakyat Melabuhkan Tirainya

1. Dewan Rakyat sudah tamat persidangannya pada petang semalam setelah 30 hari bersidang bermula 15 Oktober sehingga 11 Disember 2018.

Antara agenda utama persidangan ini ialah perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan Belanjawan 2019.

2. Selain itu, terdapat 16 Rang Undang-Undang yang sudah dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan.
Senarai RUU tersebut adalah seperti berikut;

a) D.R.18/2018- RUU Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2018

b) D.R.19/2018- RUU Sewa Beli (Pindaan) 2018

c) D.R.20/2018- RUU Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018

d) D.R.21/2018- RUU Perbekalan 2019

e) D.R.22/2018- RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018

f) D.R.23/2018- RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018

g) D.R.24/2018- RUU Kewangan 2018

h) D.R.25/2018- RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018

i) D.R.26/2018- RUU Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018

j) D.R.27/2018- RUU Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018

k) D.R.28/2018- RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2018

l) D.R.29/2018- RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018

m) D.R.30/2018- RUU Kastam (Pindaan) (No.2) 2018

n) D.R.31/2018- RUU Eksais (Pindaan) 2018

o) D.R.32/2018- RUU Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2018

p) D.R.34/2018- RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018

3) Para Ahli Parlimen PAS seramai 18 orang terlibat aktif dalam sesi soalan jawab lisan dan perbahasan.

Kesemua ucapan mereka ini boleh ditonton rakaman videonya yang sudah diarkibkan di Facebook TV PAS.

Walaupun ada pihak yang tidak habis-habis menjaja fitnah kononnya PAS kini hanya tinggal golongan Tok Lebai yang sekadar menjadi pasu bunga di dalam Dewan.

Namun, pada hakikat sebenarnya terbukti Ahli Parlimen PAS antara yang aktif dan lantang bersuara membawa isu rakyat ke dalam Dewan.

4) Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, YB Lim Kit Siang pemimpin pujaan PAN telah gagal berfungsi di dalam Parlimen sekarang semenjak PH berkuasa.

Pada sidang kali ini, dia tidak pernah pun kelihatan berdiri mengemukakan soalan dan dia juga tidak berbahas apa-apa di dalam Dewan.

Dia lebih sibuk menulis menghentam Tuan Guru Presiden PAS di blognya tetapi diam menyepi di dalam Dewan.

Dalam keadaan juak PH menuduh Tok Guru kaki ponteng dewan tetapi hakikatnya Tok Guru ada berbahas Kajian Separuh Penggal RMK 11 dan Belanjawan 2019.

Tidak kedengaran pula kita mendengar orang menuduh YB Lim Kit Siang makan gaji buta bukan?

Mereka ini terlupa kata pepatah, "gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak.

Apa jua yang melibatkan Tuan Guru Presiden PAS diperbesar, direka dan dihalalkan fitnah.

Apa jua yang melibatkan pemimpin PH disuci lagi dimurnikan.

5) Pada penghujung Sidang Dewan Rakyat, janji Kerajaan PH mahu membentangkan Kertas Putih Felda. Namun, kelihatannya tidak ada pula ia dibentangkan.

Yang tiba-tiba muncul pada hari-hari akhir sidang ialah Laporan Kewangan Tabung Haji.

Namun, agak mendukacitakan kita kerana laporan Tabung Haji tersebut hanya sekadar diletak di atas meja Ahli Parlimen.

Tidak ada ruang dan masa khusus yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen untuk membahaskan isu besar yang melibatkan institusi ummat Islam ini.
Menteri Agama pula hanya mengumumkan isu Tabung Haji ini melalui sidang media di luar Dewan.

6) Agak aneh sekali apabila isu Tabung Haji ini yang dikatakan bermasalah tetapi juak PH begitu galak menyerang PAS.
Sindrom penyakit apa yang mereka sedang hidapi sebenarnya?

Yang bermasalah ialah pihak pengurusan 1 MDB, Felda, Tabung Haji tetapi PAS pula yang diserang kerana kononnya mempertahankan salahlaku yang berlaku.

Di celah mana pula PAS mempertahankan rasuah dan salahlaku?
PAS hanya menuntut sebarang siasatan dan tindakan yang dibuat mestilah secara adil dan telus bukannya bersifat balas dendam.

Pendirian PAS ini konsisten semenjak zaman BN berkuasa lagi sehinggalah sekarang.

Mereka ini siang-malam menuduh PAS bermacam-macam sehingga tanpa sedar mereka membutakan mata, memekakkan telinga dan mengunci lidah mereka dalam hal 'pesta lompat katak' yang masih meriah berlangsung sekarang lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini.

7) Tidakkah ada perasaan malu walau sekelumit dalam Kerajaan PH sekarang?

Dahulunya, mereka juga yang berdegar-degar menentang perbuatan melompat parti.

Tapi, sekarang mereka pula menjulang tinggi bagaikan menyambut pahlawan yang melompat keluar daripada UMNO-BN yang mereka lawan pada PRU 13.

Adakah Kerajaan PH mahu berbangga sekarang kerana sudah hampir mencapai majoriti 2/3 Dewan dengan hasil pesta melompat?

Adakah Kerajaan PH berbangga apabila Pembangkang mahu dilenyapkan terus daripada Dewan Parlimen.

8) Sesungguhnya, walau apa jua senario politik yang berlaku saya yakin dan percaya bahawa para Ahli Parlimen dan ADUN PAS yang ada sekarang tetap setia dengan bahtera PAS.

Sepertimana yang sering diulang sebut oleh Tuan Guru Presiden PAS bahawa matlamat PAS ialah bukannya merebut kuasa tetapi yang lebih utama ialah bagaimana mahu mengisi kemenangan dengan memanfaatkannya untuk Islam?

Apa guna menang kerusi banyak-banyak, berada dalam Kerajaan tetapi hanya mampu menjadi pak turut dan diam membisu sahaja.

PAS berdiri teguh laksana pokok yang berakar tunjang. Seandainya dicantas dahannya nescaya akan tumbuh lagi tunas baru.

UMNO sedang dilanda krisis yang begitu teruk bagaikan kapal besar yang sedang menanti masa untuk karam di dasar lautan.

Tidak kurang dalam kalangan mereka yang sedang mencari tempat berpaut yang baru kerana sudah terbiasa dengan nikmat kemenangan dan kesenangan.
Mereka tidak biasa dengan kekalahan dan kesusahan.

9. PAS mendewasakan dirinya dengan menghadapi ujian jatuh-bangun, pengalaman rebah dan bangkit semula.
Walau dihina, diperlekeh, diperli dan dikeji, PAS senantiasa tetap setia menjadi Pembangkang yang berperanan menegur Kerajaan sepertimana dalam sistem demokrasi berparlimen.

Tugas murni ini digalas oleh PAS semenjak tahun 1951 lagi.
Hanya sekali sahaja PAS berada di dalam Kerajaan BN iaitu pada tahun 1974.
Selebihnya, usia PAS banyak berperanan sebagai Pembangkang.

10. PAS tidak mahu menang ke?
PAS tidak terliur ke dengan Putrajaya?
InsyaAllah, kita tetap yakin dengan janji Allah.

Pasti akan tiba masanya kemenangan akan diperolehi apabila cukup syaratnya.

Tugas kita bukannya bertanya bila mahu menang?

Tugas kita ialah apa usaha yang boleh kita sama-sama buat untuk merealisasikan kemenangan?

Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
12 Disember 2018

Isnin, 10 Disember 2018

DISEBALIK KEJAYAAN HIMPUNAN BANTAH ICERD

MASA DEPAN KERJASAMA POLITIK ISLAM-MELAYU

⚛MEMORI SEMALAM

✳1.Perhimpunan aman semalam berlangsung dengan jayanya. Seperti biasa, media akan melaporkan anggaran kehadiran. Bagi kerajaan yang sudah memiliki rekod salah kira hutang dan salah titik perpuluhan, tentunya laporan bilangan dari media pro-kerajaan sangat meragukan. 

Namun pengalaman sendiri berada dalam lautan manusia itu, himpunan kali ini adalah lebih besar daripada Bersih 3, himpunan terbesar pernah saya hadiri.

✳2.Kredit selayaknya diberikan kepada penganjur program semalam, NGO Ummah. Namun tidak dapat dinafikan, anggota PAS menyumbang tenaga yang tidak kurang besar bagi menjayakan program ini. Barisan jawatankuasa penganjur, pengendali himpunan, penguasaan pentas utama, termasuklah pasukan jabatan amal dan briged muslimat yang menggalas berbagai peranan, mereka adalah anggota PAS walaupun tidak memakai topi parti.

✳3.Apa yang menarik, saya dapat rasakan ramai yang turun kali ini adalah mereka yang belum pernah bersama himpunan jalanan sebelum ini. Dari segi penampilan, percakapan dan chemistry, dapat dikesan bahawa kebanyakan yang hadir bukan ahli atau penyokong PAS. Tanpa menafikan kehadiran ahli PAS yang tinggi, namun dek kerana ramainya yang berhimpun, ahli PAS tidak mendominasi jumlah peserta.

✳4.Himpunan semalam bukan atas agenda kepartian, sebaliknya atas agenda agama, bangsa dan negara. Saya yakin penyumbang penyertaan terbesar adalah dari parti PAS dan Umno. Namun anggota kedua parti ini menunjukkan sikap matang dengan tidak membawa bendera atau lambang parti. Ada pihak yang cuba mengangkat bendera parti dan kumpulan tertentu, tetapi ramai peserta lain menegur untuk menurunkannya kembali.

Itulah yang sebaiknya. Supaya penganjuran program ini dilihat murni tanpa agenda mengangkat kepentingan sempit mana-mana pihak. Agar tidak menjadi sebab kesatuan ummah ini tergendala dengan sengketa lama atau persepsi buruk.

✳5.Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan ucapan pengerusi NGO Ummah. Beliau merayu kepada PAS dan Umno supaya benar-benar menjalinkan kerjasama kerana dua parti inilah yang menaungi majoriti Islam dan melayu di negara ini. Dengan kerjasama strategik antara dua parti ini sahajalah kunci kesepakatan Islam melayu yang boleh menyelamatkan kedudukan agama dan bangsa ini.

✳6.Sebaik laungan berbaur kerjasama antara PAS-Umno bergema dari pentas utama, hampir semua peserta menyambut dengan takbir dan sorakan, tanda bersetuju. Ini bermaksud aspirasi kerjasama ini tidak hanya disarankan oleh pimpinan NGO, malah daripada akar umbi orang Islam melayu, termasuklah dari dua parti terbesar ini juga. Seolah semua mula memahami, perjuangan demi agama dan negara tidak akan kemana tanpa kuasa politik.

⚛KERJASAMA ANTARA TEORI DAN REALITI

✳7.Teori kerjasama PAS-UMNO sangat indah. Orang Islam membentuk majoriti hampir 70% di Malaysia. Jika kesemuanya berpadu, kuasa politik akan kembali ke tangan kita. 

Walaubagaimanapun, kita harus berpijak di bumi nyata. Realitinya, gabungan ini tidak seindah yang disangka. Ada orang Islam yang sayangkan Islam, cintakan bangsa, benci DAP dan konco-konconya, tetapi tidak boleh menerima kerjasama ini.

✳8.Sifir kerjasama ini mudah. Golongan yang benci kepada DAP dan mahukan kesatuan Islam-melayu secara asasnya bersetuju bahawa kerjasama dua parti politik ini adalah keperluan mendesak. Tetapi bila tiba kepada perbahasan watak dan perilaku Umno, golongan ini mula menarik brek. Kebencian terhadap Umno melebihi rasa keperluan kesatuan Islam-melayu.

Terus terang saya katakan, PRU14 yang lalu, masalah utama yang kami hadapi bagi meraih sokongan adalah kerana dipalitkan dengan imej Umno. Walaupun bermacam penerangan sudah diberikan, fitnah PH tidak dapat disangkal. Agak pelik tapi benar, orang menolak PAS kerana benci Umno. PAS menghadapi PRU14 keadaan sukar antara dua paradoks; mengoptimumkan sokongan Islam-melayu dan mengelak imej buruk Umno memburukkan PAS.

✳9.PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Port Dickson patut dijadikan pedoman. Walaupun kerjasama mewujudkan pertandingan 1 lawan 1 telah digunakan, namun angka undian yang disasarkan tidak berjaya dicapai. Membuktikan terdapat penyokong PAS dan Umno yang tidak mahu mengundi parti yang tidak disokongnya. 

Tetapi jika disoroti lebih terperinci, penolakan terhadap Umno lebih besar daripada PAS. Boleh dibandingkan melalui laporan keputusan PRK antara Sungai Kandis dan Seri Setia.

✳10.Tanpa menafikan kekuatan Umno yang masih mengungguli carta parti paling tinggi jumlah kerusi di Malaysia iaitu 54, dan kekuatan akar umbi teramai mencecah 3 juta orang, namun angka tersebut masih belum cukup untuk mencapai tampuk kekuasaan. Masalah berlaku apabila bagasi korupsi yang mereka bawa sejak memerintah negara ini sudah terlalu berat dan tidak dapat diterima lagi hatta oleh orang Islam dan melayu yang turut menolak DAP.

⚛FORMULA REFORMASI

✳11.Bagi memastikan sokongan Islam melayu mencapai tahap maksimum, Umno perlu membuang wajah lama mereka. Turunkan mereka yang banyak terpalit dengan salahlaku, naikkan muka baru yang lebih bersih dan berintegriti. Mereka perlu lakukan bukan sahaja di peringkat nasional, malah hingga ke akar cawangan. 

Pandangan peribadi saya, perkara tersebut adalah sukar untuk direalisasikan. Perlukan masa yang panjang, bermula dari memberikan kesedaran kepada semua anggota untuk berubah. Kembalikan semangat perjuangan asli yang tidak bertunjangkan matlamat materialistik.

✳12.Saya faham kritikan ini sangat sukar untuk ditelan oleh orang Umno. Tapi untuk kekal relevan, mereka harus terhenti dari lamunan dan menerima kenyataan. Banyak perkara mereka perlu perbaiki. Saya amat menyokong tindakan KJ yang berani mengkritik kemungkaran Umno terang-terangan.

✳13.Mungkin ada di kalangan orang PAS juga turut tidak senang dengan tulisan mengkritik Umno ini. Bagi mereka ia boleh merencatkan usaha merapatkan jurang antara kita. Namun perlu disedari bahawa dalam Umno sendiri ramai yang sedang memberontak mahukan perubahan. Pemuda Umno terutamanya sedar kesilapan kepimpinan mereka selama ini, dan mungkin sudah wujud usaha reform dari dalam sekarang.

Sekiranya KJ dan beberapa pimpinan Umno boleh mengkritik parti mereka secara profesional dan terbuka, mengapa pula kita yang tidak Umno perlu lebih apologetik? Kritikan ini adalah kritikan membina, bukan kritikan meruntuh. Kritikan ini adalah satu bentuk sokongan kepada anggota Umno yang sedang menjalankan proses reformasi.

⚛IMEJ PAS SEBAGAI MODAL

✳14.Di samping itu, fenomena semasa memperlihatkan orang Islam melayu lebih selesa melihat perpaduan ini dipimpin oleh PAS. Prestasi PRK dan himpunan semalam adalah petunjuk yang baik untuk memahami fenomena ini. Oleh itu, saya fikirkan sudah tiba masanya untuk Umno memberikan laluan kepada PAS untuk berada di hadapan memimpin kerjasama ini. Biar orang nampak PAS lebih dominan dan independen tanpa dipengaruhi bagasi-bagasi Umno.

✳15.Mungkin faktor penolakan Umno adalah sejarah lalu kepimpinan mereka yang membuatkan orang masih fobia. Apabila mereka memerintah, mereka terlalu angkuh sehingga setiap yang tidak setuju akan dikerat dan disekat dari berbagai sudut. Bukan sahaja orang PAS, malah non-partisan hatta ahli Umno sendiri yang cuba menentang kemungkaran mereka akan dianiayai.

✳16.Berbeza dengan PAS, apabila berkuasa mereka menunjukkan contoh politik kasih sayang dan BPMS. Anda boleh lihat sendiri bagaimana hubungan kepimpinan PAS dan Umno di Terengganu kini. Persidangan DUN berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan gurauan, sehingga boleh turun untuk main bowling bersama. Suasana yang jauh berbeza di bawah kepimpinan negeri sebelum ini. Tidak berlaku pecat memecat atau hukum-menghukum sebagaimana yang PH lakukan hari ini.

Bak kata Tok Guru Nik Aziz, Islam berdaulat, melayu selamat. Melayu berdaulat, belum tentu melayu dan Islam selamat.

✳17. Tidak dinafikan PAS masih memiliki serba serbi kelemahan. Ianya lumrah makhluk. Tetapi buat masa ini, PAS adalah parti paling sesuai yang ada. Dengan memegang rekod paling bersih dari segi korupsi, keutuhan berpegang kepada dasar perjuangan dan kekuatan ahli yang taat setia telah teruji dan terbukti. Alangkah baik jika ia dijadikan modal utama bagi menggembeling sokongan maksimum kepada kerjasama ini. Kelebihan yang Umno miliki dari sudut pengalaman mentadbir, jumlah ahli yang ramai dan dana yang besar boleh digunakan bagi menguatkan lagi kerjasama ini.

✳18.Usah terlalu bimbang mengenai perkongsian kuasa sekiranya menang nanti. PAS mengamalkan prinsip BPMS dan memperkenalkan model kerajaan teknokrat. Kepimpinan ditentukan berasaskan intelektualiti, integriti dan kompetensi tanpa mengira latarbelakang. Sekiranya anggota Umno memiliki kriteria yang diperlukan bagi sesuatu jawatan, maka tidak menjadi masalah untuk mereka mengelolakannya. 

Salah satu kriteria BPMS adalah politik mengutamakan rakyat. Falsafahnya, jika sesuatu perkara itu baik bagi rakyat, ia akan dilakukan walaupun PAS tidak mendapat apa-apa keuntungan politik. PAS buktikan dalam PRU13 lalu apabila memilih Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai MB, walaupun PAS memiliki jumlah kerusi lebih besar dari PKR. Kerana TSKI telah terbukti mampu memimpin Selangor dengan baik.

✳19.Sebagai pengakhiran, saya amat mengharapkan kesatuan Islam dan melayu kembali berlaku. Namun perlaksanaannya haruslah realistik dengan dapatan semasa dan strategik dengan langkah yang tepat. Perbincangan antara pemimpin utama semua pihak haruslah didasari dengan keikhlasan demi agama, negara dan bangsa, bukan untuk kepentingan partisan atau peribadi. Politik adalah wasilah untuk menegakkan Islam, bukan bidang kerjaya bagi mencapai cita-cita peribadi.

1 Rabiul Akhir 1440
9 Disember 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

Rabu, 5 Disember 2018

Akidah dan Perjuangan

Akidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam. Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam. Menyedari betapa pentingnya kekuatan akidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan akidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Dari segi bahasa akidah berasal daripada perkataan ‘aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan yang kukuh. Menurut istilah syara’: Akidah ialah kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan. Akidah Islamiyyah ialah satu ikatan yang menghubungkan antara makhluk (yang dicipta) dengan Allah sebagai Khaliq (pencipta). Ia dibina di atas Rukun Iman.

فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Dan barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat dan tidak akan putus.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

“Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah al-Baqarah, ayat 2)

Tiga unsur utama akidah ialah;

Tidak mencari Tuhan selain AllahTidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah Tidak mencari hakim selain Allah

Sesungguhnya akidah ini wajib diperjuangkan. Perjuangannya ialah menegakkan kalimah Allah dan meruntuhkan segala kekufuran. Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang hanya menumpukan amal untuk dirinya sendiri tanpa ada hubung kait dengan masyarakat. akidah ini bukan untuk dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ia juga bukan hanya perlu diperjuangkan oleh orang-orang tertentu sahaja. Bukan hanya diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul atau para ulama’, bahkan seluruh umat Islam. Sebagaimana Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut di dalam al-Quran dalam banyak ayat tentang akidah dan perjuangan. Disebut tentang kewajipan berada dalam perjuangan ini seiring dengan perintah beriman kepada-Nya. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللَّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada tiap-tiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar serta beriman kepada Allah.” (Surah Aali-Imran, ayat 110)

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّه

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama semuanya hanyalah untuk Allah.” (Surah al-Anfal, ayat 39)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta benda dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Shaf, ayat 10-11)

Perjuangan ini adalah jihad. akidah dan jihad ibarat sebatang pokok yang mana akidah sebagai akarnya dan pucuknya adalah jihad.

Kecacatan Akidah Tanpa Perjuangan

Jika kita lihat masyarakat Islam pada hari ini dapat kita lihat betapa sedikitnya golongan yang memperjuangkan Islam. Agama dianggap hak individu. Padahal Islam bukan agama individu, tetapi agama jamaah. Pandangan sesetengah anggota masyarakat kita, “biarlah dia (orang yang melakukan kemungkaran). Kita jaga diri kita cukuplah”. Mereka kedekut untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai. Ini sebenarnya akidah yang tidak jelas. Para penjajah pada era penjajahan dahulu, amat suka golongan macam ini. Walaupun ‘abid (orang yang kuat beribadat), tetapi tidak ambil kisah soal orang lain, soal negara dan sebagainya. Asalkan tidak mengganggu ibadat khususnya. Lebih malang apabila ada golongan yang hendak memperjuangkan undang-undang Islam, politik Islam, maka akan dianggap salah. Sedangkan kita sedia maklum tentang kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan kewajipan beramal dengan seluruh ajaran Islam. Tidak ada seorang Rasul pun yang bersenang-lenang tanpa perjuangan menegakkan Islam. dan jika tidak kerana perjuangan orang-orang terdahulu menyebarkan Islam, mungkin Islam tidak akan sampai ke nusantara ini.

Setiap individu Muslim wajib berjuang menegakkan Islam. lebih-lebih lagi pada saat ini di mana tiadanya satu khilafah ataupun daulah yang melaksanakan seluruh ajaran Islam dan menggunakannya dengan adil. Malah, ummat Islam sebahagiannya dijajah oleh Barat dan Yahudi. Golongan yang tidak berjuang untuk Islam mereka juga tidak selamat. Allahu Subhanahu Wa Ta’ala mengingatkan kita akibat meninggalkan perjuangan menegakkan agama Allah dalam al-Quran dalam beberapa kisah. Di sini saya memetik peristiwa pada hari Sabtu kaum Nabi Musa alaihissalam.

وَاسْأَلْهُمْ عَنِ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ حَاضِرَةَ الْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِي السَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعاً وَيَوْمَ لاَ يَسْبِتُونَ لاَ تَأْتِيهِمْ كَذَلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ. وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا قَالُواْ مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ. فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ أَنجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُواْ يَفْسُقُونَ. فَلَمَّا عَتَوْا عَن مَّا نُهُواْ عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُواْ قِرَدَةً خَاسِئِينَ

“Tanyakanlah kepada mereka tentang negeri yang terletak berhampiran laut. Ketika mereka melanggar perintah Allah pada hari Sabtu, ketika ikan-ikan mereka datang terapung-apung (di muka air) pada hari Sabtu, sedangkan pada hari (yang lain) bukan hari Sabtu tiada datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka orang-orang fasiq. Ketika segolongan di antara mereka itu berkata: Mengapa kamu menasihati kaum, sedang Allah akan membinasakan mereka itu atau menyiksanya dengan seksaan yang keras? Mereka menjawab: (kami nasihati mereka itu) untuk meminta uzur (setelah menunaikan tanggungjawab dakwah) kepada Tuhan-Mu dan mudah-mudahan mereka itu bertakwa. Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang aniaya dengan ‘azab yang keras, disebabkan mereka fasiq. Setelah mereka sombong (melanggar) apa yang terlarang, Kami berfirman kepada mereka: Jadi keralah kamu serta terusir.” (Surah al-A’raaf, ayat 163-166)

Dalam ayat lain, Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut:

لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ. كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوْهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُوْنَ

“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka - itulah seburuk-buruk amalan mereka.” (Surah al-Maidah, ayat 78-79)

Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ نَبِىٍّ بَعَثَهُ اللَّهُ فِى أُمَّةٍ قَبْلِى إِلاَّ كَانَ لَهُ مِنْ أُمَّتِهِ حَوَارِيُّونَ وَأَصْحَابٌ يَأْخُذُونَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُونَ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِنَّهَا تَخْلُفُ مِنْ بَعْدِهِمْ خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لاَ يَفْعَلُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا لاَ يُؤْمَرُونَ فَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِيَدِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِلِسَانِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَمَنْ جَاهَدَهُمْ بِقَلْبِهِ فَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَيْسَ وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الإِيمَانِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ

“Tidak ada dari Nabi yang diutus dalam ummat sebelumku, kecuali dari ummatnya terdapat orang-orang yang membelanya dan sahabat-sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan meneladani perintahnya. Kemudian setelah itu akan datang orang-orang yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lisannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya, maka dia mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji jagung.” (Riwayat Muslim)

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi:

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ

“Barang siapa yang tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah golongan mereka (orang-orang Islam).”

Kecacatan Perjuangan Tanpa Asas Akidah Yang Kukuh

Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tentang jihad:

 الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Orang yang berjuang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahu namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang maka siapakah yang dikatakan berperang fi sabilillah?” Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menjawab: “Orang yang berperang pada jalan Allah, ialah mereka yang berperang kerana menegakkan kalimah Allah yang Maha Suci.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Kepentingan akidah terhadap perjuangan Islam:

Supaya jelas matlamat perjuanganSupaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana AllahSupaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuanganSupaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuanganSupaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan duniaSupaya amanah (tidak khianat) dan bertanggungjawab dalam perjuanganSupaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh IslamSupaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan IslamSupaya tahan dalam menerima ujian dan cabaranSupaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuanganSentiasa berusaha mendekatkan diri kepada AllahSupaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan

Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya. Sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawasanya seorang Arab Badwi telah datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya:

يارسول الله! الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ و الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ؟ وفى رواية يُقَاتِلُ شَجَاعَةً و يُقَاتِلُ حَمِيَّةً، وفي رواية: يُقَاتِلُ غَضَبًا فَمَنْ فى سبيل الله؟ فقال رسول الله: مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةُ الله هِىَ العُلْيَا فَهُوَ فِى سَبِيْلِ الله

“Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya”. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah.”

Terdapat dua kisah dalam peperangan Uhud, apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini dia telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tetang perkara ini lalu bagnda menjawab: “Dia masuk syurga”. Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang di pihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda: “Dia masuk neraka”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

 ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ ِبهِنَّ حَلاوَةَ الإْيمَان : أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ ِمَّما سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لايُحِبُّهَ إِلا ِللهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِى النَّارِ

“Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Akidah sangat penting dalam perjuangan ini supaya kita tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan. Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran:

كَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُواْ لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُواْ وَمَا اسْتَكَانُواْ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

“Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah berkenaan tiga orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا. فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

“Seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunaikan ketaatannya, tetapi jika pemimpin tidak memberinya habuan maka dia tidak mentaatinya.”

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu, “Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.”

Perjuangan ini hendaklah didasari dengan akidah. Tanpa akidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafik yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada akidah Islamiyyah. Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah. akidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan. Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila akidah kita tidak kukuh.

Justeru, hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri sejauh manakah kedudukan iman dan akidah dalam perjuangan kita. Di samping kita beramal secara jama’ie dan amal ijtima’ie, jangan kita lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah di malam hari dengan berqiamullail dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita juga perlu menekankan amalan-amalan tazkiyatun nafs (mendidik jiwa), amalan-amalan fardi (individu) supaya kita benar-benar berjuang pada landasan akidah. Dalamilah ilmu akidah, ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu kalam. Biarlah hubungan kita rapat dengan Allah supaya perjuangan kita tidak terpesong dengan keinginan duniawi. Tidak disekutukan dengan sesuatu dan hanya bermatlamatkan Allah. Jangan kita terlalu asyik mengutamakan ilmu-ilmu haraki dan gerak kerja sedangkan ilmu-ilmu fardhu ‘ain, ilmu feqah, ilmu akidah kita tidak dalami, dan jangan pula kita asyik dengan amalan-amalan fardi (individu) sehingga melupakan tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini hanya untuk Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.

“Akidah mestilah diperjuangkan, dan perjuangan mestilah berteraskan akidah.”

Biodata Penulis

Artikel ini disunting daripada tulisan al-Marhum Dato' Ustaz Haji Fadzil bin Muhammad Noor.

Ahad, 25 November 2018

KALAU RUMAH KITA KACA, JANGAN CUBA BALING RUMAH ORANG

1. YB Anwar Ibrahim telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik.  Kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

2. Saya kira Anwar telah alami _*“rabun dekat”*_  atau _*“tuli badak”*_ bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

3. Barangkali pemikirannya juga *mudah dieksploit oleh fitnah* sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

4. Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu *menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka* dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB ?

5. Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini , terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

6. Di mana suara lantang beliau ketika *skandal kewangan yang terburuk* dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

7. Anwar menyertai UMNO pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi *Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri* pada tahun 1982.

8. Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981? 

9. Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah *RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?*

- Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak *RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?*

- Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga *RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?*

- Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian *RM10 bilion dalam isu forex?*    

10. Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

11. *Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan* daripada Timbalan Menteri di JPM (1982), kemudian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1983), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).

12. *Setelah dipecat* daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

13. Sebelum memenangi PRU Ke-14, *Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir*.

14. *Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?* Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

_Kalau Rumah Kita Berdinding Kaca_
_Jangan Melontar Batu ke Rumah Orang_

Sekian.

Oleh : Nasrudin bin Hassan

https://m.facebook.com/serbandililit

Khamis, 22 November 2018

Isu ICERD satu analisa.

1. LGE pulangkan isu ini ke
    Tun M

2. Wayta Moorti tabur fitnah
    memburukan Malaysia di
    The Haque katanya itu 10
    tahun dulu.

3. DSAI kata ICERD bagus cuma perlaksanaanya perlu ditangguh.

4. AMK kata ICERD baik.

5. Dato' Salehudin kata Amanah menolak ICERD ..tapi komentar Mujahid dan KM Melaka tidak melambangkan solidariti Amanah dalam menolak ICERD

6. Tun M kata sukar utk laksana ICERD perlu 2/3 sokongan dewan utk pinda Perlembagaan

7. Abang Mat diam seribu bahasa...mungkin sibuk perbaiki pesawat TUDM

Semua statement diatas dibuat setelah mereka melihat Umat Islam dan Melayu bersatu menetang ICERD. Kerana ICERD bukan isu politik tapi isu Ketuanan dan Kedaulatan Raja2 Melayu, Islam dan Bumiputera.

Keadaan diburukkan lagi bila video Wayta Moorti yg dibuat di Belanda 10 tahun dulu menjadi Viral. Menurut sy video ini telah menjadi
"a killing field for PH" yang terusik emosinya bukan PAS atau UMNO tetapi adalah Umat Islam dan Melayu. Kerana tuduhan masyarakat India didiskriminasi, dipaksa masuk Islam utk mendapat pekerjaan sebagai kakitangan Kerajaan dan 10,000 Kuil telah dirobohkan dan 23,000 menanti waktu.Semua statement diatas tidak ada kesan kepada BN kerana didalam BN ada MIC, MCA dan Gerakan. Tetapi statement beliau sebenarnya menikam tepat kejantung umat Islam dan Melayu.

Maka setiap yg masih kental Islam dan ke Melayuanya pasti akan merasa pedih dan sakitnya tikaman itu.Kecuali mereka yg telah tercabut ke Melayuannya atau yang telah kenyang dengan wang dan jawatan tidak akan merasakannya.

Lebih 60 tahun kita layani mereka dengan baik. Memang menjadi adat budaya Islam Melayu meraikan tetamu, dan itulah yg kita lakukan terhadap mereka.

Kenyataan W.Moorty ini seolah2 kita tumpangkan dia dirumah kita, dilayani dgn baik, berkongsi atap dan makan bersama selama 60 tahun tiba dia mengadu ke tetangga bahawa dia diperlakukan dgn buruk sekali.

Kelihatannya Tun M dan DSAI mengambil jalan selamat. Kerana kedua2nya perlukan dukungan DAP utk menempatkan posisi dikerusi M1. Sebb itu kita lihat statement mereka tidak melambangkan mereka menolak ICERD dibimbangi akan melukakan hati Abang Besar yg menjadi King Maker dalam PH.

DSAI cuba mengalihkan isu kemarahan Umat Islam Melayu terhadap ICERD kepada 1MDB  seolah Tun M tidak punya rekod buruk terhadap penyelewengan wang negara.Semuanya telah bersih selepas BN tumbang.

Sepertinya PAS tidak sensitif kepada isu penyalah gunaan kuasa!..kesian bila Melayu mudah lupa....ini zaman Digital..semuanya bisa dijejaki..dimana mahu diletakkan muka bila video lama2 diviralkan kembali......apakah anda menjilat ludah sendiri atau atas kepentingan Politik peribadi anda, anda buat muka tebal,pekakan telinga dan butakan mata dan hati.

Dan yang paling jaguh adalah LGE dan DAP utk memperjuangkan Malaysian Malaysia negara harus lakukan retifikasi ICERD. Melalui wakil Batu Kawan isu ini dibicarakan di Parlimen. Ayam tambatanya adalah Wayta Moorti dan Mujahid.
W.Moorti anak Panahnya Mujahid pula menjadi perisai...

Apabila mereka sedar akan kebangkitan umat Islam Melayu menentang ICERD..cepat2 LGE membuat statement bahawa isu ini diserahkan ke Tun M. Mengapa harus baling batu sembunyi tangan..gentlemen lah sikit.
Seperti biasa Tun M akan salahkan orang lain..mencari "scape goat". Kali ini Zahid Hamidi yg jadi mangsa...katanya memancing emosi org2 Melayu. KALAU anda mengikuti Tun M dari tahun 1980 anda akan tahu sifatnya yg.tidak pernah mengaku salah.....Baling Batu Sembunyi Tangan.

Sy melihat semua mereka agak keteteran dalam menangani isu ini. Sbb itu perbahasan diparlimen tidak ada sesiapa dari PH yg membela W.Moorti apabila beliau dibalun oleh YB Pembangkang. Siapa buka mulut pasti akan menerima padah bukan diDewan tapi dari Umat Islam Melayu yg menjadi Majoriti dari penduduk Malaysia.

LGE,DAP dan PH harus ingat bukan semua orang Melayu boleh dikasi dedak....cuma 26% sahaja dan itulah yg menyebabkan PH menang dgn 30% undi Non Muslim. Dan dari 26% itu bukan semuanya pengundi tegar PH..majoriti memilih PH kerana mahukan perubahan dari kesempitan hidup dgn kos sara hidup yg tinggi, janji manis manifesto dan fitnah yg dimainkan oleh PH sendiri.

Walaupun menang disemua PRK bukan menjadi ukuran untuk DAP campur tangan dalam urusan agama Islam dan budaya Melayu.

Sy melihat bukan PAS dan UMNO sahaja tetapi anak2.muda, NGO2 Islam dan PAKEDA juga turut bersuara..
Inilah yg amat menakutkan LGE dan DAP...faktur ini juga menyebabkan DSAI panik terpaksa membuat statement yg lembut supaya kerusi M1 bisa diamankan. Bak.kata2 teman di Indonesia PH hari "kebakaran jenggot" dalam menangani isu kebangkitan Umat Islam Melayu yg mereka mulakan dgn isu ICERD dan Video W.Moorti.

Lebih banyak pimpinan PH bersuara akan bertambah gawat lagi suasana....

Ini isu anugerah Allah kepada umat Islam di Malaysia seperti kecoplosan AHOK yg menyatakan jangan mahu dibohongi oleh surah Al Maidah ayat 51. Isu inilah yg mematikan karier politik AHOK dan beliau kalah di pemilihan Gabenor Jakarta. Gelombang kebangkitan Umat Islam tidak berhenti di Jakarta bahkan terus hidup sehingga PDIP dan JOKOWI yg menjadi pembela Islam liberal ditumbangkan dalam PELIEG DAN PILPRES 2019 mendatang.

Sy berpendapat ISU ICERD dan Video Wayta Moorti akan menjadi "killer issues" dalam menumbangkan PH pada PRU15. Kecuali kalau Melayu mudah lupa dan diam dgn habuan dedak.

Bersatulah Umat Islam..Biarlah Islam memimpin insyaAllah keadilan dapat ditegakkan keatas semua kaum dan agama.

Sesungguhnya kami tidak rasis.Anda sendiri telah merasakan hidup harmoni bersama kami lebih dari 60 tahun.

Game ini anda yg mulakan dan bukan kami...PH yg mulakan bukan kami orang Melayu Islam.

Allahu akhbar..Allahu akhbar...

Abu Izzat Al Fateh
Sg. Udang
19/11/18.

Isnin, 19 November 2018

VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY

MASUK ISLAM JIKA MAHU KERJA KERAJAAN.
.
Boleh tengok sendiri apa Menteri Perpaduan kita, YB Senator P.Waytha Moorthy pernah kata ketika membawa usul HINDRAF ke parlimen Belanda pada tahun 2011-2012.

Den quote semula apa yang beliau pernah kata,

" Saya di sini, sebenarnya untuk meningkatkan akan kesedaran mengenai pelanggaran besar hak kemanusiaan di Malaysia. Saya percaya bahawa kerajaan Belanda adalah sebuah kerajaan yang sangat demokratik yang percaya akan prinsip universal berdemokrasi.

Dan saya percaya bahawa ramai mengganggap Malaysia adalah negara Muslim Moderate, negara Moderate Progresif. Namun saya fikir ianya adalah tidak benar, dan jika mereka didedahkan dengan pelanggaran besar hak asasi manusia di Malaysia, mereka sudah pastinya tidak akan sanggup untuk menjadi rakan dagangan dengan Malaysia.

Kami telah dibawa sebagai buruh paksaan pada 200 tahun lalu ke Malaya, dan kami kini tinggal di Malaysia sebagai rakyat Malaysia.Tetapi malangnya, kami tidak dilayan secara sama rata sebagai rakyat di Malaysia.

Kami telah di diskriminasi dalam pelbagai perkara, bermula daripada hak beragama,kebanyakkan India yang beragama Hindu, lahir dalam Hindu telah dipaksa untuk menukar agama dan banyak yang dipaksa untuk menukarkan agama jika mereka mahu berkerja dalam jabatan kerajaan, jika mereka mahu penajaan pelajaran dsbnya.

Ribuan daripada kuil kami telah dirobohkan sepanjang 54 tahun yang lalu sejak kemerdekaan, Kami jangkakan sudah 10,000 kuil telah dimusnahkan setakat ini. Dan masih ada baki 23,000 lagi kuil Hindu dalam risiko, namun kerajaan adalah dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada tempat-tempat ibadat ini.

Anak-anak kami ramai yang cemerlang dalam pelajaran mereka namun tidak diberikan penajaan, kerana 90 peratus penempatan universiti  telah diberikan kepada majoriti Melayu Muslim, dan bajet pendidikan negara juga perginya kepada Melayu..

Malah bagi tujuan meningkatkan ekonomi juga, negara ini telah berbelanja berbillion dollar setiap tahun hanya untuk mengangkat satu kaum tertentu sahaja..iaitu kaum majoriti Melayu Muslim. "

Sumber:
Hindraf's Leader on Netherlands TV

https://youtu.be/bNC6e0FId-4

Kalau malas membaca boleh tengok sendiri video di bawah.
.

Nah terkejut atau tidak?

- Malaysia bukan negara Islam Moderate?
- Orang India dinafikan haknya di Malaysia?
- Orang Hindu dipaksa masuk Islam hanya kerana nak berkerja kerajaan?
- Orang Hindu dipaksa masuk Islam hanya kerana nak dapat scholarship?
- 10,000 kuil dimusnahkan oleh orang Melayu?
- Anak-anak cemerlang India dinafikan hak untuk belajar di universiti Malaysia?
- Berbillion telah dibelanjakan hanya untuk orang menaikkan ekonomi Melayu?

Punya teruk Malaysia ni rupanya kalau mengikut daripada pandangan YB.Waytha..

Persoalan yang orang Melayu kena tanya diri sendiri,

Adakah kita boleh percaya akan sosok tubuh yang pernah mengeluarkan kata-kata begini untuk menjamin keluhuran perkara 153 dalam perlembagaan apabila mendatangi isu berkaitan selepas kita meratifikasi ICERD kelak?

Apabila beliau sendiri mempunyai sifat judgemental sebegini mengenai Malaysia, Melayu dan Islam?

Malah persoalan yang lebih besar lagi kita kena tanya?

Adakah beliau sebenarnya masih lagi layak untuk menjadi 'custodian' ataupun penjaga perpaduan negara bilamana pernah berkata sebegitu rupa mengenai Malaysia, Melayu dan Islam?

Fikir-fikirlah.

Sekian.
MINTAK TOLONG RAMAI-RAMAI SEBARKAN.
.
p/s:
Bagi yang nak download dan sebarkan di whatsapp tekan di sini:https://goo.gl/5xKGBL

#tolakicerd
#bantahicerd
#nodiscussionneeded

______

Mr. P. Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Video clip ini adalah interview dengan Mr. Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di Eropah.

*DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT*

Mr. Waytha Moorthy mengatakan bahawa dia adalah generasi ke-4 orang India yang berhijrah ke Malaysia.

*DIA JUGA MENYATAKAN BAHAWA:*

1. Tiada kebebasan agama di Malaysia.

2. Banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama kalau mahu dilantik sebagai Penjawat Awam atau hendak biasiswa pendidikan.

3. Semenjak kemerdekaan tahun 1957, lebih 10,000 kuil dirobohkan. 23,000 lagi kuil berisiko akan dirobohkan.

4. Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan hak milik kekal (land title) kepada kuil-kuil ini.

5. Anak-anak India yang berjaya dalam pelajaran tidak mendapat biasiswa.

6. Anak-anak Melayu Islam mendapat 90 peratus tempat di universiti tempatan.

7. Berbillion Ringgit dibelanjakan setahun untuk menaik taraf Ekonomi bangsa Melayu sahaja.

*ULASAN*

Mr. P. Waytha Moorthy banyak berbohong dan mengelirukan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di seminar tersebut.

Di antaranya :

1. *BERBOHONG*. Adalah tidak benar tiada kebebasan beragama di Malaysia.

2. *BERBOHONG*. Dengan mengatakan anak-anak India dipaksa tukar agama (Islam) sekiranya hendak dapat kerja sebagai Penjawat Awam dan biasiswa kerajaan.

3. *BERBOHONG*. 10,000 kuil telah dirobohkan. Macam mana tak roboh, mereka membina kuil di atas tanah kerajaan dan tanah orang lain. Mereka membina kuil ikut suka hati mereka sahaja. Bila disuruh pindah, mereka meminta wang pampasan yang tinggi.

4. *BERBOHONG*. Anak-anak India banyak mendapat biasiswa pendidikan melalui MAIKA dan MIC.

5. *BERBOHONG*. Anak-anak Melayu Islam dapat 90% tempat di universiti tempatan. Ini angka yang bohong dan tidak tepat.

6. *BERBOHONG*. Bila menyatakan bahawa berbillion ringgit dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu setiap tahun. Kerajaan BN juga telah berbelanja berbillion untuk bangsa India di Malaysia. Di antaranya perbelanjaan untuk Sekolah Tamil. Pinjaman Tekun kepada bangsa India. Dan lain-lain.

*KESIMPULANNYA*

Mr. Moorthy dengan sengaja berbohong dan memburuk-burukkan negara Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen dari luar negara.

Beliau menceritakan perkara-perkara bohong. Kononnya bangsa India ditindas dan ditekan oleh Kerajaan BN terdahulu.

Hari ini Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) mengadakan Sidang Akhbar mengenai Presiden MIC, Tan Sri Viki (Presiden Dewan Negara) memasuki ruangan VVIP di KLIA Airport memakai slipper.

Wahai Anthony Loke, mana lebih memalukan pakai slipper di KLIA atau *MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA?*

Kita *DEMAND, Dr. Mahathir PECAT MR. WAYTHA MOORTHY* dengan segera dari menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

*MEMALUKAN NEGARA. Seorang Menteri Kabinet – PEMBOHONG.*

Salam.

DSBA

17 November 2018

Baca berita selanjutnya di

https://www.editormalaysia.com/5572/

Rabu, 14 November 2018

PERBAHASAN BAJET 2019: BERSIKAP ADIL UNTUK SEMUA

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
AHLI PARLIMEN MARANG
13 NOVEMBER 2018
DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA

Firman Allah:

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا (30)

“Sesungguhnya Tuhanmu itulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya”. (Al-Isra’: 30)

Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, sebenarnya mengurniakan rezeki yang cukup bagi hambanya, sama ada dari aspek sumber atau kemahiran mentadbir dan mengurus. Semua mereka diuji di alam dunia ini, sama ada menunaikan amanah dengan jujur dan ikhlas atau melakukan khianat terhadap amanah yang dibebankan kepadanya.

Firman Allah :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72)

“Sesungguhnya Kami telah membentangkan perkara yang dinamakan amanah kepada segala lapisan langit dan bumi, termasuk juga bukit-bukau dan gunung-ganang, tiba-tiba mereka semuanya enggan memikul (melaksanakannya), dan merasa takut kerana besar tanggungjawabnya. Namun makhluk manusia  menerima untuk menunaikannya. Sesungguhnya dari kalangan mereka itu ada yang sangat zalim lagi jahil”. (Surah Al-Ahzaab: 72)

Bajet Terbesar

Kini kita menyaksikan Bajet 2019 yang julung kali dibentangkan oleh Pakatan Harapan merupakan bajet terbesar dalam sejarah, jauh melebihi ‘bajet pilihan raya’ oleh Barisan Nasional bagi tahun 2018.

Sejumlah RM314 bilion diperuntukkan untuk kerajaan berbelanja pada tahun hadapan, meningkat 12% berbanding anggaran RM280 bilion bagi tahun 2018.

Untuk menampung perbelanjaan yang besar ini, kerajaan mengunjurkan kutipan hasil berjumlah RM261 bilion pada tahun 2018, disumbangkan oleh pungutan cukai langsung dan tidak langsung, serta dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion yang akan digunakan untuk melunaskan tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion.

Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit mencecah RM52 bilion pada tahun 2019, atau 3.4% kepada KDNK.

Firman Allah:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ (27)

“Dan kalaulah Allah memberikan kemewahan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata”. (Surah As-Syura: 27)

Sebenarnya Allah memberi rezeki dengan kadar yang mencukupi kepada hambaNya, kalau diberikan berlebihan boleh menjadi melampau.

Sejauh mana Bajet 2019 ini mampu memacu pertumbuhan ekonomi, menurunkan kadar inflasi dan mengurangkan kadar pengangguran, masih terlalu samar untuk dinilai kesudahannya.

Adakah kebijaksanaan boleh diambil kira dengan menambahkan hutang negara, tanpa mengamalkan konsep jimat cermat dan meninggalkan amalan boros serta rasuah, tanpa mengutamakan kepentingan rakyat. Tetapi kepentingan kroni yang sangat banyak mengambil kesempatan di sebalik pembangunan. Sering kali tidak mengikut jumlah yang sebenar di peringkat permulaan, selepasnya pula akan berlaku bajet tambahan kerana sering kali katanya tidak mencukupi di pertengahan jalan.

Komitmen Tadbir Urus

Komitmen yang diberikan oleh kerajaan dalam membasmi rasuah dan meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran adalah perkara asasi yang perlu dibudayakan, bermula daripada kehendak politik (political will) yang ditunjukkan oleh pemimpin atasan.

Inilah rahsia kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 hingga sekarang, yang ditunjukkan dengan ketinggian integriti oleh Menteri Besar, barisan EXCO dan ADUN, serta jentera pentadbiran di peringkat pertengahan, walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran, dinafikan royalti, tidak menghormati konsep federalisma.

Kami tidak mahu lagi mendengar jawapan sekadar menuding jari ke arah kerajaan yang lalu yang telah memerintah selama lebih enam puluh tahun. Apa yang penting dijawab dengan tindakan penyelesaian. Jangan sekadar mudah berjanji dapat menurunkan harga minyak dalam tempoh dua puluh empat jam, dapat menghapuskan tol dengan segera, dan banyak lagi janji yang diberikan. Sekarang sudah berlalu enam bulan. Hanya sekadar menukar GST kepada SST yang pernah diamalkan pada zaman dahulu kala dan pernah mengalami masalahnya maka ditukar kepada GST. Sudah tentu cara menukar kembali kepada SST hanya akan mengulangi pelbagai masalah yang pernah dialami dahulu.

Usaha membasmi rasuah dan meningkatkan integriti ini memerlukan komitmen dan kejujuran semua pihak. Ianya tidak cukup dengan ungkapan retorik dan nada sinis ketika pembentangan bajet di Parlimen, tetapi perlu diterjemahkan dalam aspek ketelusan oleh mereka yang kini berkuasa untuk meluluskan dan mengagihkan tender besar kerajaan.

Sejauh mana menteri baharu tidak akan mengulangi budaya menteri lama, hanya waktu yang akan menentukan.

Tanda-tanda awal yang menunjukkan tindakan yang mengulangi kesilapan dahulu, iaitu dengan hanya lawan dan musuh politik sahaja disapu. Adapun dalam kalangan diri sendiri dibatalkan di pertengahan perjalanan siasatan SPRM dengan alasan yang diada-adakan sahaja. Menunjukkan konsep pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman tidak dilaksanakan.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

وأيم الله لوكانت فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها.

“Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad (puteri kesayanganku sendiri) mencuri nescaya aku potong tangannya”.

Kita sangat meragui langkah Peguam Negara (AG) memberhentikan tindakan perundangan yang sedang berjalan terhadap pemimpin Pakatan Harapan sewaktu proses kehakiman sedang berjalan sehingga dihentikan terus. Adapun terhadap pihak lawan politik dilakukan dengan rakus begitu rupa, sehingga dengan apa sahaja alasannya.

Walaupun PAS tiada dalam kalangan kami yang dicekup, dan sentiasa membuka pintu kalau ada salah laku, namun kami ingin bertanya:  Adakah melalui tangan-tangan ghaib yang merempuh batas pemisahan kuasa  di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang menjadi konsep demokrasi yang sebenar.

Beginilah apabila sistem sekularisme yang tiada roh keimanan dan kepercayaan mengenai adanya konsep dosa dan pahala, dalam sistem pemerintahan dan pelaksanaan undang-undang. Bermula dari sinilah mengapa kami ingin memperkenalkan perbezaan di antara syariat dan undang-undang ciptaan manusia melalui RUU 355 yang tergantung, kerana sikap prejudis dalam kalangan bukan Islam dan yang Islam pula ada yang bersekongkol bersamanya.

Kini ada pula dari kalangan yang menunjukkan sikap lebih bersimpati kepada penjenayah daripada yang sepatutnya bersimpati dan bersikap kasihan belas terhadap mangsa jenayah. Ini kerana terpengaruh dengan negara Barat yang membatalkan hukuman mati secara mutlak, demi menyokong kalangan mafia dan gangster yang mendukung parti yang memerintah dari belakang. Sehingga hilangnya nilai kemanusiaan, di mana Islam meletakkan betapa tingginya nyawa manusia, sehingga agama samawi sebelum Islam meletakkan kesalahan atau dosa membunuh satu nyawa sahaja.

Firman Allah:

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ (32)

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang. Kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, benar-benar menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi”. (Surah Al-Maa’idah: 32)

Hal ini menunjukkan semua agama Kitabi, Yahudi dan juga Kristian menetapkan hukuman mati terhadap kesalahan jenayah membunuh secara mandatori, dengan memberi hak pengampunan kepada mangsa jenayah, bukannya lembaga pengampun yang tiada kaitan dengan mangsa jenayah.

Islam juga menetapkan hukuman bunuh tidak mandatori terhadap beberapa kesalahan yang termasuk dalam kesalahan hudud dan takzir. Contohnya terhadap jenayah rompakan atau lanun yang tidak sama keadaannya. Firman Allah:

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَافٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (33) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن قَبْلِ أَن تَقْدِرُوا عَلَيْهِمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (34)

“Sesungguhnya balasan (hukuman) terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta berusaha melakukan kejahatan di atas muka bumi (seperti merompak atau melanun) hendaklah dibunuh dan disalib, atau dipotong tangan dan kakinya, atau dibuang (negeri atau daerah). Itulah kecelakaan (kehinaan) untuk mereka di dunia dan di hari Akhirat untuk mereka azab yang sangat besar. Melainkan mereka yang bertaubat sebelum mereka dikuasai. Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Maa’idah: 33-34)

Sepatutnya dikaji perbezaan cara hukuman Islam yang beradab dengan cara hukuman ciptaan manusia yang tidak beradab seperti hukuman mati digantung dan hukuman sebatan yang kejam.

Petani dan Nelayan

Rakyat luar bandar khususnya daripada kalangan petani dan nelayan, sepatutnya menjadi asas ke arah strategi makanan yang mencukupi bagi keselamatan negara yang boleh menghadapi sebarang kemungkinan. Dahulunya subsidi memberi wang hanyalah menjadi amalan politik wang terhadap petani dan nelayan, bukannya boleh menjayakan kehidupan mereka demi kepentingan negara.

Sepatutnya diperuntukkan bagi kemudahan mereka secara menyeluruh  seperti dilakukan oleh negara maju yang menjadikan peruntukkan khusus bagi menggalakkan pertanian, sehingga negara Jepun memperuntukkan 99% subsidi kepada petani dengan diambil daripada hasil kemajuan indusri mereka yang pesat.

ICERD

PAS menentang sekeras-kerasnya apa yang dinamakan  ICERD,  ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu dari negara yang tidak menerimanya. Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sudah mencukupi untuk memberi hak keadilan dan hak asasi manusia kepada semua kaum.

Keadaan yang tiada pencapaian yang sewajarnya kepada rakyat Bumiputera dalam bidang ekonomi dan pendidikan walaupun jumlah mereka paling besar tetapi masih ketinggalan. Begitu juga hak Islam yang masih banyak belum ditunaikan walaupun sudah ada dalam Perlembagaan. Namun hendak dihapuskan, kononnya hak asasi yang adil dan persamaan. Ketahuilah bahawa yang adil itu maknanya meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sewajar. Bukan persamaan yang sewajarnya mengikut kemampuan, kerana kemampuan yang berbeza mestilah diambil kira.

Ketahuilah bahawa perjuangan menentang penjajah dahulu, dimulakan oleh umat Islam dan  Bumiputera, seawal kedatangan penjajah Portugis 1511 sehinggalah 31 Ogos 1957 sekaligus mencapai kemerdekaan dalam keadaan penjajah sengaja meletakkan Bumiputera dan umat Islam dalam ketinggalan. Maka jangan dipermainkan isu ICERD kerana kemenangan PH dalam Pilihan Raya, tanpa peduli keadaan demografi penduduk dan ketinggalannya yang masih gagal diusahakan.

Maka PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan. Ketahuilah bahawa mudah sahaja bagi PAS untuk mengerahkan  berjuta rakyat di jalan raya, sekiranya Parlimen ini disalahgunakan untuk mengiktiraf  agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera.

Sepatutnya ICERD dihadapkan ke arah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka. Bukan diterima di negara Malaysia yang telah wujudnya penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini. Jangan dilanggar lampu merah yang sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan peha.

Hubungan Antarabangsa

Dalam konteks hubungan antarabangsa yang berperang ekonomi yang boleh mencetuskan peperangan bersenjata yang ditunggu oleh pelobi perniagaan senjata. Kerajaan Malaysia kita ini mestilah berhati-hati dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak dengan sikap berkecuali dan mengadakan hubungan dengan semua pihak, hendaklah mengutamakan hubungan dengan negara sahabat, khususnya Negara Islam yang berkonsep persaudaraan seagama dan aqidah, begitu juga dengan negara jiran dan negara sahabat yang terpilih.

Gabungan Lapan Negara (D8) yang pernah diusahakan oleh Almarhum Prof. Najmudin Erbakan, mantan PM Turki yang didukung bersama oleh YAB Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad perlu dihidupkan dan diperkuatkan. Kita mempunyai hasil kekayaan perut bumi yang lebih daripada mencukupi. Ada negara yang mempunyai modal yang melimpah ruah tetapi dilaburkan di negara Barat yang hanya mencari keuntungan sebelah pihaknya sahaja. Ada tenaga pakar yang berkhidmat di negara asing dan ada pula pelarian ke Eropah dan US yang sepatutnya boleh menjadi tenaga kerja dimanfaatkan di negara kita.

Zaman negara penjajah yang memperhambakan kita dan mengaut hasil kekayaan kita sudah berlalu, kerana kita dikatakan sudah merdeka, maka mestilah merdeka sebenarnnya. Malangnya masih dalam negara yang dinamakan sedang membangun.

Bahasa Jiwa Bangsa

Kita menyaksikan negara Jepun dan Jerman yang kalah dalam Perang Dunia, boleh bangkit menjadi negara besar kerana tegak dengan jatidirinya sendiri. Bahasanya menjadi jiwa bangsanya, mengambil manfaat dari kepandaian sendiri dan pihak luar dari mana sahaja dengan menjadikan bahasanya adalah bahasa ilmu.

Kegagalan menjadikan Bahasa Kebangsaan perkasa, digunakan secara rasmi menjadi bahasa ilmu, pendidikan dan pentadbiran, menyebabkan bangsanya tidak berjiwa dan hilangnya integriti (syakhsiah) dalam arena politik, ekonomi dan sosial.

Sejarah tamadun Islam yang menjadi rujukan tamadun Barat pada hari ini sepatutnya menjadi iktibar. Barat hanya mengambil tamadun kebendaan tanpa ruh Islam yang mempertahankan jati diri atau syakhsiah manusia. Kini tamadun Barat yang tidak sempurna itu menunjukkan tanda-tanda kemusnahannya, kerana mencetuskan peperangan demi kepentingan politik dan ekonomi mereka sahaja. Dalam masa yang sama mengorbankan negara lemah yang menjadi pengkalan huruhara yang telah diatur sebegitu rupa.

Merekalah yang membekalkan senjata kecil dan besar kepada ISIS dan lain-lain. Anak-anak muda yang jahil agama dan bersemangat agama tanpa pengetahuan dijadikan tawanan yang dipergunakan. Kita pula yang dijadikan mangsa medianya bagi mencetuskan isu Islamophibia terhadap umat Islam, sehingga memaksa dalam keadaan defensif untuk menjawab fitnah yang sengaja dilemparkan.

Namun Islam tetap dipelihara dengan jaminan Allah:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (9)

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian); (8) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad S.A.W) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. (9) (Surah As-Soff: 8-9)

Islam Adil Untuk Semua

Hanya teori dua pihak dalam politik dan ekonomi yang dikenali. Demokrasi Barat dan dictatorship dalam politik, sama ada di atas nama individu atau kumpulan, termasuklah menggunakan agama yang dinamakan teokrasi. Adapun ekonominya sama liberal kapitalisme atau sosialisme. Kedua-dua pihak sedang mengalami kelemahan yang nyata, kerana tidak saksama dalam menentukan hak kemanusiaan sejagat, serta meninggalkan aspek rohani yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia.

Islam adalah sinonim terhadap konsep demokrasi yang memberi hak kepada rakyat, tetapi mengawal daripada tindakan membodohkan rakyat dengan politik wang dan media yang menyebarkan pembohongan bertujuan membeli rakyat dan menipunya. Sehingga tidak mampu menggunakan haknya yang sewajar menjadi hakim terhadap kerajaan. Kehakiman rakyat diganggu kalau mereka dirasuah oleh politik wang dan ditipu oleh media yang tidak beriman dan budiman.

Agenda pembangunan insan yang berilmu, bermoral dan berjatidiri yang murni adalah asas terpenting kepada membangun negara. Bukan sekadar mencipta ilmuan yang miskin jatidirinya, di mana ilmu dan kecerdikannya tidak boleh ditumpang oleh negara dan rakyat.

Islam mencipta sejarahnya yang bertamadun, walaupun bermula dari bumi yang kering hasilnya dan paling jahiliyah manusianya. Al-Quran yang menjadi mukjizat ilmu itu telah berjaya membina manusia yang paling tinggi integritinya dengan aqidah, ilmu dan akhlak berjaya memimpin dunia lebih sepuluh abad. Kejatuhan umatnya kerana meninggalkan Islam.

Adapun tamadun Barat yang menciplak tamadun Islam sedang merudum, walaupun mencapai kemuncak kejayaan sehingga meneroka ke angkasa lepas, tetapi memusnahkan kemanusiaan dan alam bumi dengan ciptaannya yang melampau.

Islam adalah ajarannya yang sempurna, bukannya Arab yang kembali ke zaman paling jahiliyah dengan pembunuhan wartawan tersohor, Almarhum Jamal Khasoggi. Pembunuhan cara yang paling haram mengikut Islam dan mencabuli undang-undang manusia di peringkat negara dan antarabangsa. Walaupun terhadap musuh dalam peperangan yang diizinkan.

Penutup: Bajet Wasatiyyah

Allah juga memerintahkan supaya bersikap wasatiyyah dalam perbelanjaan. FirmanNya:
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا (29)

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering (kosong) keputusan”. (Surah Al-Isra’: 29)

Dalam mengurus bajet pihak kerajaan hendaklah berkonsepkan wasotiyyah, jangan bakhil (kedekut). Malangnya bakhil terhadap lawan politik, kerana sepatutnya demam pilihanraya sudah tiada lagi. Kerajaan jangan juga boros, khususnya diadakan pula projek untuk memenuhkan poket kroni.

Lebih parah sekiranya berlaku lagi mubazir apabila berbelanja dalam perkara yang tidak berguna kepada rakyat dan kerajaan.

Firman Allah:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)

“Sesungguhnya orang-orang yang mubazir (boros) itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah Al-Isra’: 27)

Jumaat, 9 November 2018

Sikap Rasulullah Terhadap Bible

1. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengusik sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar:

"أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ،"... "وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏"

“Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab?... Demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i).

2. Perasan tak dalam hadith ini yang ditegur adalah Saidina Umar? Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Sudah tentu tidak! Tetapi kerana Baginda bersikap tegas dalam perkara ini supaya Muslim menumpukan fokus mereka kepada al-Quran. Sebarang tindakan yang melarikan tumpuan Muslim, bahkan meragukan Muslim dari al-Quran mestilah dijauhi.

3. Kebimbangan Rasulullah ini menjadi asas kepada sarjana Muslim dalam menentukan pendirian seseorang yang ingin membaca kitab terdahulu. Bagi al-Imam Ibn Hajar, orang awam yang tidak mahir dalam bidang ini haruslah menjauhkan diri dari membacanya. Kata beliau:

وَالْأَوْلَى فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ التَّفْرِقَةُ بَيْنَ مَنْ لَمْ يَتَمَكَّنْ وَيَصِرْ مِنَ الرَّاسِخِينَ فِي الْإِيمَانِ فَلَا يَجُوزُ لَهُ النَّظَرُ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ

“Dan (pendekatan) yang terbaik dalam perkara ini adalah dibezakan antara mereka yang tidak mahir dalam perkara ini, (iaitu) yang bukan dikalangan mereka yang tinggi dalam urusan keimanan, maka tidak harus bagi mereka melihat (membaca) sesuatu daripadanya (Taurat dan Bible).” (Fath al-Bari, 13/525)

4. Al-Imam al-Nawawi pula memberikan alasan yang berbeza. Menurut beliau, penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membacanya. Kata beliau:

وكتب التّوراة والإِنجيل : ممّا يحرم الانتفاع به ، لأنّهم بدّلوا وغيّروا

“Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng” (Raudah al-Talibin, 10/259).

5. Di Malaysia pula, Perkara 11 (4) dalam perlembagaan Malaysia memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

6. Dengan itu adalah wajar bagi pihak berkuasa untuk meneliti, menyiasat serta bertindak sekiranya tindakan ini jelas melanggar perlembagaan negara. Bagi Muslim, panduan yang diberikan oleh Rasulullah adalah sebaik-baik pedoman.

Moga Allah memelihara Islam dan kaum Muslim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies