Ahad, 26 Februari 2017

Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran


Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”
(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”
(Riwayat Muslim)

2) Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(HR al-Bukhari)

3) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.

Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(Muttafaq `alaih)

4) Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
(Muttafaq ‘alaih)

5) Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.

Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”
(HR Muslim)

6) Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.

Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:

“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”
(Muttafaq ‘alaih)

7) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:

“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”
(Muttafaq ‘alaih)

8) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”
(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

9) Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”
(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

10) Kebaikan membaca al-Quran secara tartil

Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:

“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”
(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)

Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran. La haula wa la quwwata illa biLLAH, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH. Hidayah dan taufiq ALLAH lah sangat-sangat kita harapkan, amin…

Rujukan: 1) Kitab Riyadhussolihin, susunan Imam An-Nawawi.

Sabtu, 25 Februari 2017

Ummah Muhammad s.a.w diberikan kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan iktikaf di dalam masjid..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Ummah Muhammad s.a.w diberikan kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan iktikaf di dalam masjid.. Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya.. Antaranya,

Pertama, Allah s.w.t menjamin akan mendirikan sebuah rumah di syurga kelak bagi sesiapa yang mendirikan masjid..

Hal ini berdasarkan hadith soheh riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Daripada Uthman bin Affan r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang membina masjid semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Maka, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah masjid atau rumah sepertinya di syurga."

Kedua, Pahala membina masjid itu kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sihingga berlakunya Qiamat..

Ianya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud " Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya."..

Ketiga, Sesiapa yang menyapu dan membersihkan masjid juga akan mendapat ganjaran dan kelebihan daripada Allah s.w.t..

Daripada Anas Bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala ummahku termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid.. Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat yang telah dihafalnya"..

Keempat, Banyak hadith yang menjelaskan kelebihan sesiapa yang pergi ke masjid dan duduk di dalamnya.. Antaranya,

Daripada Ubai bin Ka'ab r.a Rasulullah s.a.w bersabda , aku mengenali seseorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkannya walaupun satu solat.. Dikatakan kepadanya atau aku berkata padanya, adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggani pergi ke masjid ketika waktu gelap dan panas,, Lalu di menjawab.. Apa yang menggembirakanku ialah jarak antara rumahku ke masjid , aku mahu sekiranya langkahku berulang alik antara masjid ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya.. Rasulullah s.a.w berkata "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghimpunkan semuanya itu untukmu".. (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam Hadith lain,

Daripada Abu Hurairah r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci berwudhu' untuk menunaikan solat fardhu, balasannya seperti pahala orang yang menunaikan haji dan sesiapa yang keluar untuk solat dhuha, balasannya sama seperti orang yang mengerja umrah."

Rasulullah s.a.w menggambarkan betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan kepada mereka yang mendirikan , mengimarahkan dan beriktikaf di dalam masjid.. Kesemuanya ini merupakan satu evolusi yang cuba dihamparkan oleh Rasulullah s.a.w supaya ummahnya menjayakan instituti masjid sebagai medan teras kekuatan Ummah.. Kerana itulah, ketika mana hadir Baginda s.a.w melangkah ke Kota Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah s.a.w memberikan suri tauladan kepada Ummah dengan pembinaan Masjid yang pertama di Bumi Quba.. Tujuan nya apa?.. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk diimarahkan dan bersama beriktikaf di dalamnya supaya dapat ummah bersama menyelesaikan masalah pentadbiran Alam..

Lihatlah, bagaimana Baginda s.a.w mencetuskan ilham untuk membina Masjid Nabawi supaya ianya menjadi medan nadi peneraju perkembangan kemajuan Negara Islam Madinah.. Masjid menjadi medan sumber untuk membina kekuatan dakwah menyebarkan syiar Islam, Masjid juga dijadikan tempat untuk memacu kestabilan politik supaya kelangsungan keadilan terus dinikmati rakyat, masjid juga dijadikan medan perbicaraan ekonomi, perkembangan perhubungan sosial dikalangan rakyat Madinah terus dipacu bersumber al Quran dan as Sunnah yang mana ianya berkembang bermula dengan penghayatan berjemaah di masjid..

Masjid juga dijadikan pusat keilmuan yang melahirkan intelektual yang berkarisma dan berpengatahuan luas.. Lihat sahaja Ahli politik yang dilahirkan oleh Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab.. Ahli perniagaan yang terkenal Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.. Jeneral perang yang lengkap dengan strategi peperangan seperti Usamah Bin Zaid r.a.. Kesemuanya mereka dilahirkan daripada institusi Masjid Nabawi lantas menjadi mereka yang hebat dan terkenal..

Lantaran itulah Rasulullah s.a.w memberikan motivasi kepada Ummahnya dengan ganjaran yang bakal diterima kepada mereka yang membina, mengimarahkan dan beriktikaf di masjid.. Kerana institusi Masjid merupakan dasar yang wajib digunakan untuk menjana kekuatan Ummah..

Sekiranya kita lihat pada zaman ini.. Ummah Islam yang ramai ini lemah.. lantaran kerana lemah dan dhaifnya institusi Masjid.. Masjid hanya dibina dengan megahnya.. tetapi, sunyi dan sepi tanpa diimarahkan.. Iktikaf hanya sekadar tidur.. Bukannya mengadakan perbincangan atau pemesyuaratan untuk meningkatkan kualiti Ummah.. Masjid hanya dijadikan simbolik kekuatan.. Tetapi, sebenarnya lompong dan kosong kedudukan ummah di akhir zaman ini.

Sabtu, 18 Februari 2017

Mufti Perlis, Mengapa Terus Terkeliru.


1. Saya meneliti sehingga habis kenyataan terbaru Dr MAZA di FB nya yang bertajuk "Apakah Yang Mengelirukan?". Walaupun tidak secara terang menyebut nama PAS namun, secara umumnya kita faham artikel itu sememangnya ditujukan khusus kepada PAS.

2. Elok juga kita bantu memahamkan Tuan Mufti yang sedang terkeliru ini agar dirinya tidak berterusan terkeliru dan mengelirukan ummat.

Aneh bukan.? Dalam keadaan ramai Mufti yang menyokong pindaan Akta 355, Mufti Perlis memilih jalan mencipta 1001 alasan dan dalih sehingga kita pun tidak pasti pendirian dirinya samada "setuju atau tidak".?

3. Dalam artikel Dr MAZA itu, beliau menyerang PAS dalam hal;

a) " ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud."

b) "sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik."

c) "mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti."

d) "apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan"

e) "janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini."

4. Buat kesekian kalinya dipertegaskan di sini, PAS tidak pernah beriman kepada fahaman "politik suku, agama suku". PAS tidak menjadikan ideologi sekularisme, liberalisme mahupun sosialisme sebagai dasar perjuangan PAS.

Intipati dan dasar perjuangan PAS ialah ISLAM yang syumul dalam segenap aspek kehidupan.
Semenjak PAS ditubuh pada tahun 1951 sehinggalah sekarang usianya mencecah 66 tahun, PAS tidak mengubah prinsip perjuangannya seperti termaktub dalam Perlembagaan PAS.

FASAL 3: "Dasar PAS ialah ISLAM"

FASAL 5:  Tujuan PAS ialah:

i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

ii) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

FASAL 6. Usaha-usaha

i) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

ii) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari‟at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

5. PAS merentasi arus perjuangan yang penuh liku dan onak duri. PAS tidak pernah berubah dasar dan hala tujunya.

Yang berubah hanyalah pertukaran kepimpinan dan orientasi pendekatan agar menepati realiti semasa. Ada masa PAS bersendiri, ada masa bergabung dengan parti pembangkang lain dan pernah sekali dalam sejarah, PAS bersama parti UMNO-BN memerintah Malaysia ini. Dalam banyak keadaan, PAS sentiasa ditekan dan dizalimi oleh parti seteru utamanya iaitu UMNO khususnya pada era pemerintahan Tun Mahathir, tokoh idola sanjungan Dr MAZA.

6. Dr MAZA kata PAS hanya tumpu isu Hudud sahaja.

Beliau berpandangan hukuman seperti potong tangan pencuri, rejam dengan batu penzina, pancung orang yang dituduh murtad belum kondusif untuk dilaksanakan kerana semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.
Katanya lagi, kita perlu utamakan urustadbir yang baik berbanding pelaksanaan hukum.

Soalannya mudah sahaja;

Adakah pindaan Akta 355 ini undang-undang Hudud.?

Bolehkah Tuan Mufti tunjukkan di mana dalam teks usul yang dibentang oleh YB Marang di Parlimen yang mengatakan kita hendak laksanakan hukuman potong tangan, rejam dan pancung itu.?

Sememangnya tidak ada pun. Jadi, mengapa Dr MAZA mahu kelirukan orang lain.?

7. Dr MAZA menuduh PAS mempolitikkan agama dan menjadikan akidah ummat sebagai taruhan. Lalu diungkit kembali isu "Amanat Haji Hadi".

Dulu UMNO sering guna modal ini untuk serang PAS.
Tak sangka pula modal lapuk ini digunapakai oleh Tuan Mufti pula.
Tidak dinafikan dalam mana-mana kumpulan akan ada yang ekstrem dan melampau.
Yang salahnya, perjuangan itu atau yang melampau itu.?
Contohnya, kumpulan ISIS yang mendakwa mereka pejuang Islam.
Mereka kelompok pelampau yang menyimpang dan bertindak bercanggah dengan Islam. Yang salah adalah mereka yang melampau, Islam tidak wajar dipersalahkan sepertimana yang sering Donald Trump jadikan alasan untuk serang Islam.

8. Dalam PAS, tidak kurangnya alim ulamak yang faham mengenai Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah realiti semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan).

Para Ulamak ini walaupun tidak bergelar Mufti dan bertitle PhD, merekalah yang memandu perjalanan PAS agar tidak tergelincir daripada landasan syarak.

PAS bukan sahaja berteori tetapi mempraktikkan konsep "tadarruj" iaitu berperingkat dalam pelaksanaan.

Dr MAZA bercakap seolah seandainya PAS menang hari ini, esok terus Hudud dilaksanakan seluruh Malaysia. Habis ramai yang akan dipotong tangan, direjam dan dipancung...!!!

Mengapa Dr MAZA bercakap seperti suara kelompok liberal yang begitu suka menjadikan "hudud" sebagai alat menakutkan orang ramai kepada Islam.?

9. PAS berusaha untuk meminda Akta 355 ini kerana ia adalah kunci utama bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah di seluruh negara ini.

Adakah usaha untuk memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Syariah agar lebih tinggi daripada Majistret (mahkamah terendah dalam sistem Mahkamah Sivil) ini memerlukan kondusif suasana terlebih dahulu.? Kali terakhir Akta 355 ini dipinda ialah pada tahun 1984 iaitu 33 tahun yang lalu.
Adakah kita kena tunggu cukup 100 tahun baru boleh mencapai tahap kondusif idaman Dr MAZA baru boleh dipinda undang-undang ini.?

10. PAS tetap berusaha memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam di tanah air ini walau dikeji, diperli dan difitnah macam-macam daripada segenap penjuru.

Samada Dr MAZA mahu menyokong atau tidak, PAS tetap terus bergerak ke depan.

Kita berharap agar Dr MAZA dan yang seangkatan dengannya tidak sekadar menjadi pengkritik tegar di tepian gelanggang, hanya tahu mempertikai dan memperlekeh usaha orang lain.

Kita juga mahu bertanya, "kalau dah semua yang PAS buat tak betul daripada kacamata Tuan Mufti, maka apa pula usaha Tuan Mufti dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah.?"

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
14 Februari 2017
di Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut


BAHAYA BURUK SANGKA (SUUDZHAN) DALAM JEMAAH


Buruk sangka atau biasa disebut dengan Suudzhon adalah sifat yang sangat dilarang oleh Allah swt, banyak sekali kisah-kisah dan nasehat yang menggambarkan betapa besarnya kerugian yang diakibatkan oleh buruk sangka tersebut.

Apakah berburuk sangka itu? Para ulama mendefinisikan buruk sangka:-

Adanya rasa curiga dan kekhawatiran yang tidak beralasan baik kepada saudara, sahabat dan manusia secara umum sementara tidak ada bukti atau alasan yang bisa membuktikannya.

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱجْتَنِبُواْ كَثِيراً منَ ٱلظَّن إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّن إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(QS Al Hujurat: 12)

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِياَّكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ، وَلاََ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا، وَلاَ تَنَافَسُوْا، وَلاَ تَحَاسَدُوْا، وَلاَ تَبَاغَضُوْا، وَلاَ تَدَابَرُوْا، وَكُوْنوُاْ عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً”.(رَوَاهُ الْبُخَارِيْ)

Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda,”Jauhilah oleh kamu sekalian berprasangka, karena sebenarnya berprasangka itu adalah suatu kebohongan yang besar, janganlah saling mengintip-ngintip dan memcari-cari aib orang lain, janganlah saling menjatuhkan dalam bersaing, janganlah saling mendengki, saling membenci, saling menolak satu sama lain, akan tetapi jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara” (HR Bukhori)

Ayat dan hadis di atas adalah sebuah isyarat sekaligus sebuah ancaman betapa besarnya bahaya yang akan timbul akibat dari berprasangka buruk terhadap orang lain terlebih lagi antara sesama Muslim. Sebuah silaturahmi yang telah terjalin dengan baik akan menjadi sia-sia bahkan menjadi satu permusuhan yang mengakibatkan dendam yang berkepanjangan…Nauzu Billah min Zalik..

Cara menghindari dan mengatasinya

Lantas bagaimanakah cara kita menghindarinya…Rasulullah memerintahkan kepada kita untuk selalu menghindari dengan segera segala sesuatu yang akan menghantarkan kita kepada dosa dan maksiat. Hal ini beliau tegaskan dalam sabdanya yang berbunyi:

عَنْ حَارِثَة َبْنِ النُعْمَانِ : قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ - صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمَاتٌ ِلأُمَّتِىْ : ” اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ ” : فَقَالَ رَجُلٌ : مَا الَّذِىْ يُذْهِبْنَ ياَ رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُنَّ فِيْهِ؟ قَالَ : ” إِذَا حَسَدْتَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ ، وَإِذاَ ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ ، وَإِذاَ تَطَيَّرْتَ فَامْضِ ” ” .(رَوَاهُ الْبَيْهَقِىْ )

Dari Haritsah bin Nukman ra bahwaRasulullah saw pernah bersabda: ada tiga hal yang tidak bisa dihindari oleh umatku, yaitu meramal hal-hal yang buruk, dengki dan buruk sangka. Berkata seorang laki-laki: apakah yang bisa menghilangkannya apabila seseorang berada dalam kondisi tersebut?

Rasulullah bersabda,”apabila engkau dengki maka segeralah beristighfar kepada Allah, apabila engkau mulai berprasangka, maka janganlah engkau memastikannya dan apabila engkau meramal hal-hal yang buruk maka segeralah melupakannya. (HR Baihaqi).

Berhati-hatilah dengan sifat tersebut, marilah kita selalu berbaik sangka terhadap orang lain, terlebih lagi kepada sesama ahli jemaah. Karena seorang Muslim yang baik itu adalah mereka yang tidak menghabiskan waktu yang tidak ada manfaatnya bagi dirinya bahkan membahayakan orang lain. Hal ini sesuai dengan anjuran Rasulullah saw serta sebagai ciri dari mukmin yang sejati:

عن عَلِيِّ بنِ حُسَيْنِ قَالَ ،: قَالَ رَسُولُ الله : «إِنَّ مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْكَهُ مَالاَ يَعْنِيهِ (رَوَاهُ التَّرْمِذِيْ)

Dari Ali bin Husein bahwasanya Rasulullah saw pernah bersabda,

”Sesunnguhnya sebaik muslim itu adalah orang yang meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat bagi dirinya.(HR Turmuzi)

Manakala lawan daripada sifat suudzhan ialah HUSNU ZAN (Baik Sangka)

BAIK SANGKA salah adalah satu cabang iman yang patut di pegang oleh muslimin dan muslimat kita untuk pembentukan kehalusan iman yang hakiki.

Sekiranya kita terlalu mudah BURUK SANGKA , ia akan menjadi duri di dalam daging kita sendiri dan menjadi musuh di dalam selimut kita sendiri.

Andaian kita terlalu jauh di dalam hati seseorang ; malah sifat takabur dan bongkak akan lebih menjadi bertambah buruk bahananya kerana BURUK SANGKA adalah seperti nanah dari kudis yang ada.

Husnu Zan akan menjuruskan kepada keredhaan Allah, redha dengan segala ketentuan buruk yang Allah berikan kepada dia. Dan seorang yang berbaik sangka akan sentiasa berfikiran positif dan tidak takut dengan segala cabaran iman yang ada. Cekal dan tetap di dalam pendiriannya sendiri.

Berbaik sangka juga akan menjadikan kita mulia hati dan sentiasa bersifat lapang dada dan tidak takut itu dan tidak takut ini. Ia akan membuat kita BERANI.

Berbaik sangka sesame kita juga, akan memudahkan segala perjalanan di dalam urusan pentadbiran Parti, kerajaan, urusan perniagaan dan juga urusan di dalam rumahtangga baik untuk persahabatan secara rasmi mahupun urusan tidak rasmi.

Dalam konteks hubungan sesame ahli jemaah dan sahabat-sahabatnya. Apabila di beri teguran yang membina, seorang yang mempunyai sifat baik sangka akan menerimanya sebagai satu ingatan bukan sebagai satu penghinaan malah akan berterima kasih di atas pemberi ingatan kerana hakikatnya manusia itu sentiasa lupa dan lalai.

Tetapi orang yang sentiasa berburuk sangka dan mempunyai sifat dangkal di dalam hati, akan hanya menambah dosa yang ada. BODOH SOMBONG di namakan di dalam islam. Dia menggelapkan jiwa yang bertambah gelap. Contoh yang nyata apabila dia ditegur ia akan berkata:

“Aku tahu lah aku buat salah..tetapi tak payahlah nak tegur tegur. Jaga tepi kain sendiri lah. Tak payah nak berceramah panjang. Macam lah dia baik sangat. Baik sangat ke awak ni”

Dan kemudian terus mempersoalkan keburukan orang dan mencari kesalahan dalam diri orang lain.

Sifat buruk sangka dengan kebaikan yang orang hendak tunjulkan di dalam diri sendiri inilah yang di katakan Takabur. Maka dari sifat Takaburlah , sang Iblis di campak keluar dari syurga oleh Allah dengan penuh hina dan dina.

Sebalik nya ....Orang yang berbaik sangka akan berkata

“Bagus juga lah awak beri nasihat kat saya. Sekurang-kurangnya memberi keringanan dalam diri saya dari terus rasa marah dan menambah dosa yang telah ada ni”

Orang yang berbaik sangka akan mewujudkan sifat Mahasabah dan sentiasa menerima tunjuk ajar dengan baik. Itulah kelembutan hati yang membenarkan pintu kebaikan menuju ke arahnya.

Kiranya ada baiknya kita merenungkan syair yang dituliskan oleh Imam Syafi’i tentang tips membuang jauh-jauh sifat jelek-jelek dari dalam diri kita.

. وَعَيْنُ الرِّضاَ عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَةٌ..كَمَا أَنَّ عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِيْ الْمَسَاوِيْ..

Mata apabila dibalut dengan rasa cinta, maka yang nampak hanyalah yang indah-indah saja… Tetapi apabila mata dibalut dengan rasa benci, maka yang nampak hanyalah yang keji-keji saja…

Wallahu a’lam

Jumaat, 17 Februari 2017

Musuh Ummat Islam yang Sebenarnya


Semoga ummat Islam paham siapa musuh sebenarnya yang memerangi ummat Islam. Jadi tahu siapa yang harus dilawan/diperangi. AS meski mayoritas Nasrani pada dasarnya dikuasai oleh lobi Zionis Yahudi (Keluarga Rothschild dan Rockefeller). Sebab itu AS mendukung penuh Israel (Yahudi).

Israel merampas tanah Palestina dan membunuh banyak Muslim di sana.

AS menyerang Afghanistan, Iraq, dan sebetulnya membunuhi penduduk Pakistan dan juga Yaman. Jutaan Muslim tewas karenanya. Saat menyerang Iraq, AS dibantu Arab Saudi (Wahabi) yg meminjamkan Pangkalan Militer. Sehingga jet tempur AS yg jangkauannya cuma 2000 km bisa leluasa membomi Iraq. Saat menyerang Afghanistan, AS dibantu Pakistan.

Itu adalah kenyataan yang terjadi. Kita akan paham jika kita rajin baca akhbar, majalah, Media Massa di internet, dan juga TV.


Mari kita lihat Siapa Musuh Utama Islam berdasarkan Al Qur’an dan Hadits!

Setiap Sholat kita membaca Surat Al Fatihah. Di antara ayatnya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” [Al Faatihah 6-7]

Penjelasan Nabi atas Surat Al Fatihah yang biasa kita baca:

Hamad bin Salamah meriwayatkan dari Adi bin Hatim, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW ihwal ‘bukan jalannya orang-orang yang dimurkai’. Beliau bersabda, “Yaitu kaum Yahudi.’ Dan bertanya ihwal ‘bukan pula jalannya orang-orang yang sesat’. “Beliau bersabda, ‘Kaum Nasrani adalah orang-orang yang sesat.’

Demikian pula hadits yang diriwayatkan Sufyan bin Uyainah dengan sanadnya dari Adi bin Hatim. Ibnu Mardawih meriwayatkan dari Abu Dzar, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang-orang yang dimurkai, beliau bersabda, ‘Kaum Yahudi.’ Saya bertanya tentang orang-orang yang sesat, beliau bersabda, ‘Kaum Nasrani.’”



Menurut penafsiran ulama, orang yang dimurkai Allah adalah kaum Yahudi. Karena selain ingkar, mereka berusaha membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria, Yahya, Isa, dan juga Nabi Muhammad. Ada pun orang yang sesat adalah kaum Nasrani karena mereka tersesat oleh Paulus sehingga menyembah Yesus sebagai Tuhan mereka.

Kita baca lagi ayat lainnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ” [Al Baqarah 120]

Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain kaum Yahudi dan Nasrani, ada lagi Musuh Islam lainnya yang levelnya tentu di bawah kaum Yahudi dan Nasrani. Karena mereka ini sekedar antek. Yaitu kaum MUNAFIK. Apa ciri-ciri kaum Munafik?

Orang-orang yang beriman tidak akan mengambil kaum Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al Maa-idah 51]

Hanya orang munafik yang dekat dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang saat ini tengah memusuhi Islam dan membantai ummat Islam:

“Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana.” Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.” [Al Maa-idah 52]

Nabi dalam Nubuwatnya menyatakan bahwa ummat Islam akan memerangi kaum Yahudi hingga habis:

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” [HR Muslim no. 2922, Imam Ahmad no. 27502 dan 10476, Bukhari no. 2926]

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Dari Nabi saw. bersabda: Kamu sekalian pasti akan memerangi orang-orang Yahudi, lalu kamu akan membunuh mereka, sehingga batu berkata: Hai muslim, ini orang Yahudi, kemari dan bunuhlah dia!. (Shahih Muslim No.5200)

Insya Allah jika kita paham Al Qur’an dan Hadits dan tahu Informasi Dunia Masa Kini, kita tinggal memetakan Al Qur’an dan Hadits untuk menyikapi masalah2 yang terjadi di dunia saat ini. Jika informasi tepat dan Al Qur’an dan Hadits dipahami secara faqih, insya Allah kita tidak tersesat.

Jauhi ulama/pemimpin yg menyesatkan yang akan menyeret kita ke neraka:

Yang aku takuti terhadap umatku ialah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan. (HR. Abu Dawud)

Celaka atas umatku dari ulama yang buruk. (HR. Al Hakim)

Rabu, 15 Februari 2017

Menghina Ulama Punca Bala Allah


Ulama adalah orang yang memahami Agama dengan baik dan mengamalkannya. Allah meninggikan derajat ulama dan membedakannya dengan selainnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyatakan bahwa ulama adalah pewaris para nabi, jalan yang mereka tempuh merupakan jalan ke surga.

Ibnul Qayyim berkata, “Sabdanya bahwa ulama adalah pewaris para nabi mengandung keutamaan terbesar bagi para ulama, para nabi adalah makhluk Allah terbaik, maka pewaris para nabi adalah makhluk Allah terbaik setelah mereka, manakala setiap warisan orang yang mati berpindah kepada ahli warisnya karena merekalah yang menggantikan posisinya setelahnya sementara tidak ada penerus para rasul dalam menyampaikan ajaran yang mereka bawa kecuali para ulama maka mereka paling berhak terhadap warisan mereka. Ini membuktikan bahwa para ulama adalah orang-orang terdekat kepada para nabi karena warisan hanya didapat oleh orang yang paling dekat kepada mayit hal ini sebagaimana ia berlaku untuk warisan dinar dan dirham, ia juga berlaku dalam warisan nubuwah dan Allah mengkhususkan rahmatNya kepada siapa yang dikehendaki.”

Lanjut Ibnul Qayyim, “Hadits ini juga mengandung petunjuk dan perintah kepada umat agar menaati, menghormati, mendukung, menghargai dan memuliakan mereka…. Hadits ini juga mengandung peringatan bahwa menyintai mereka termasuk agama dan membenci mereka bertentangan dengan agama sebagaimana hal itu berlaku untuk apa yang mereka warisi. Begitu pula membenci dan memusuhi mereka berarti membenci dan memusuhi Allah sebagaimana hal itu berlaku pada apa yang mereka warisi.”

Menghormati dan memuliakan ulama berarti memuliakan Allah Taala sebagaimana dalam hadits Abu Musa al-Asyari bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Di antara bentuk penghormatan kepada Allah adalah memuliakan muslim yang beruban, pembawa al-Qur`an yang tidak berlebih-lebihan padanya dan tidak meremehkannya serta memuliakan sultan yang berlaku adil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud hadits 4843, dihasankan oleh al-Albani di Shahih at-Targhib wa at-Tarhib 1/44.

Bila menghormati para ulama diperintahkan, maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka dilarang. Al-Ghazali menyatakan bahwa menghina berarti merendahkan, menonjolkan aib dan kekurangan sehingga mengundang bahan tertawaan, bisa dengan menirukan perkataan, perbuatan, isyarat dan tanda.

Menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik sebagaimana hal itu ditetapkan oleh al-Qur`an, salah satunya adalah firman Allah, “Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211).

Firman Allah tentang orang-orang munafik, “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” (Al-Baqarah: 14).

Musuh-musuh Islam dari kalangan orang-orang Yahudi, Nasrani dan orang-orang munafik zaman ini, para pengekor mereka berusaha memperburuk citra ulama dan meruntuhkan kedudukan mereka dalam jiwa umat.

Tercantum dari protokol tujuh belas milik orang-orang Yahudi, “Kami memiliki perhatian besar untuk meruntuhkan kehormatan orang-orang agama dari selain orang-orang Yahudi di mata manusia, dengan itu kami berhasil merusak risalah mereka yang bisa menjadi batu sandungan yang menghadang jalan kami, pengaruh orang-orang agama hari demi hari semakin melemah di mata manusia.”

Mereka berusaha mati-matian demi hal tersebut, mereka menyusun strategi-strategi besar demi menghalang-halangi dan memadamkan agama ini melalui serangan yang diarahkan kepada para pembawa Islam, dai-dai dan ulama-ulamanya, konspirasi-konspirasi ini telah memetik buahnya yang pahit sebagaimana ia bisa disaksikan pada tubuh umat. Media-media informasi di negeri-negeri muslim dan lainnya menjadi pelopor serangan ganas ini terhadap ulama Islam. Muncul penghinaan terhadap para ulama dan orang-orang shalih melalui berbagai media, orang-orang rendahan dari para pemuja syahwat dan syubhat menantang dengan sombong kedudukan ulama dan orang-orang shalih atas nama kebebasan berpendapat dan berpikir orang-orang shalih yang teguh beragama dilecehkan dibawa payung memerangi fundamentalisme dan kekolotan.

Kemungkaran ini menggunung karena didukung oleh beberapa sebab, di samping sebab yang telah dijelaskan di atas, kami menyebutkan sebab lain di antaranya,

Dominasi kebodohan terhadap agama di kalangan kaum muslimin baik kebodohan terhadap kehormatan muslim, keagungan hak dan kedudukannya atau kebodohan terhadap hukum menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih, sebab lain yaitu dipinggirkannya syariat Allah Taala di negeri kaum muslimin… misalnya kalau ada seseorang yang murtad lalu dia dihukum sesuai dengan haknya maka tidak akan ada orang dungu menyombongkan diri di hadapan fatwa-fatwa ulama sebagaimana yang kita hadapi saat ini, orang dengan hati yang berpenyakit tidak akan mengejek kesucian dan keteguhan orang yang beragama baik. Cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik penolong.

Meghina para ulama terbagi menjadi dua:

Pertama: Menghina pribadi mereka, misalnya orang menghina sifat-sifat mereka baik dari sisi bentuk ciptaan atau akhlak mereka, ini haram berdasarkan, firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.” (Al-Hujurat: 11).

Ibnu Katsir berkata tentang ayat ini, “Allah Taala melarang mengejek orang yakni menghina dan memperolok-olok orang sebagaimana diriwayatkan di dalam ash-Shahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau bersabda, ‘Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.’ Yang dimaksud dengannya adalah merendahkan dan meremehkan mereka, ini haram karena bisa jadi yang dihina lebih mulia kedudukannya di sisi Allah dan lebih Dia cintai daripada orang yang mengejek dan menghina.”

Kedua: Menghina ulama karena mereka ulama, karena ilmu syar’i yang mereka miliki, ini kekufuran karena ia menghina agama Allah Ta’ala. Begitu pula menghina orang shalih karena keteguhannya beragama dan berpegang kepada sunnah, hinaan di sini mengarah kepada agama dan sunnah.

Mengapa menghina ulama dengan pertimbangan kedua termasuk kekufuran?

1- Allah menganggap menghina orang-orang mukmin menghina Allah Taala, ayat-ayatNya dan rasulNya shallallahu ‘alaihi wasallam. Firman Allah Tabaraka wa Taala, “Katakanlah, ‘Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.” (At-Taubah: 65-66).

Sebab turunnya ayat ini, Abdullah bin Umar berkata, dalam perang Tabuk seorang laki-laki berkata dalam suatu majlis, “Kami tidak pernah melihat seperti para qurra` itu, paling rakus makannya, paling dusta lidahnya dan paling takut di medan perang.” Lalu seorang laki-laki dalam majlis berkomentar, “Kamu dusta, kamu orang munafik, aku akan melapor kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hal tersebut sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan al-Qur`an turun. Abdullah bin Umar berkata, “Aku melihat laki-laki itu bergelayutan di pelana unta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersandung batu, dia berkata, ‘Ya Rasulullah, kami hanya main-main dan bersenda gurau.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.”

Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Daimah tercantum, “Mencela agama memperolok-olok sesuatu dari al-Qur`an dan sunnah, memperolok-olok orang yang bepegang kepadanya dari sisi apa yang dia pegang seperti berjenggot atau behijab untuk muslimah maka ini adalah kufur jika dilakukan oleh mukallaf, patut dijelaskan kepadanya bahwa ia kufur, jika setelah mengetahui dia tetap teguh di atasnya maka dia kafir.” (Fatawa al-Lajnah ad-Da`imah 1/256-257).

2- Allah menyebutkan bahwa memperolok-olok dan menghina orang-orang mukmin lebih-lebih ulama adalah sebab masuk Neraka Jahannam.

Ketika penghuni neraka berteriak, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya dan kembalikanlah kami ke dunia, jika kami kembali kepada kekafiran, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zhalim.” (Al-Mukminun: 107). Allah Taala menjawab, ‘Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara denganKu. Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hambaKu berdoa (di dunia), ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik. Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga kesibukanmu mengejek mereka, menjadikanmu lupa mengingatKu dan kamu selalu mentertawakan mereka.” (Al-Mukminun: 108-110).

3- Menghina para ulama karena ilmu syar’i yang mereka miliki dan karena mereka mengikuti al-Qur`an al-Karim dan sunnah nabi yang shahih pada hakikatnya adalah penghinaan terhadap ayat-ayat Allah dan pelecehan terhadap syariat agama Allah.

Tidak ragu bahwa penghinaan ini merupakan kekufuran yang bertentangan dengan iman. Firman Allah Taala, “Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.” (Al-Jatsiyah: 9).

Ibnu Hazm berkata, “Shahih dengan nash bahwa siapapun yang menghina Allah atau salah seorang malaikat atau salah seorang nabi atau ayat al-Qur`an atau salah satu kewajiban agama, semua itu adalah ayat-ayat Allah, dia kafir setelah hujjah sampai kepadanya.” Wallahu a’lam.

Isnin, 13 Februari 2017

POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN



Dalam kehidupan seharian, setiap benda yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan hubungan sesama manusia dan juga kehidupan seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi inilah hakikat yang sebenarnya . Agama sebagai satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama. Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah daripada politik dan politik tidak tersisih daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan yang diakui oleh umat Islam secara ijma’ : Islam din wa Dawlah. Apa yang ada dalam agama sehingga menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya? Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah agama itu.

Ciri-ciri dalam aqidah Islam yang menyebabkan politik tidak tersisih daripada agama:-

1. Aqidah Islam adalah aqidah yang menyeluruh ( syumul )

Aqidah Islam yang menyeluruh membawa pengertian bagi semua aspek. Baik daripada aspek rohaniah mahupun jasmaniah. Gabungan daripada kedua-dua aspek ini memangkinkan kepada keutuhan politik dalam agama. Di sini tidak akan timbul politik yang tersisih daripada agama.

2. Aqidah Islam adalah aqidah yang kekal

Aqidah Islam merupakan aqidah yang kekal kerana ia berteraskan kepada asas-asas yang kekal . Ini berlainan sama sekali dengan sesetengah agama ataupun ideologi yang berdasarkan kepada materialisme semata-mata. Yang selainnya pula mengasaskan kepercayaan atau pegangannya kepada asas-asas yang bersifat sementara seperti kenegerian , kebangsaan atau perkauman . Pegangan yang teguh dan erat menyebabkan politik tidak akan tergelincir daripada landasan agama buat selama-lamanya

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang sesuai sepanjang masa

Sememangnya kita mahukan politik itu bersesuaian dengan masa . Dalam hal ini , Islam dalam pecahannya iaitu aqidah merupakan ajaran yang bersesuaian sama ada pada tempat atau masa . Kita tidak mahu aspek politik yang kita uruskan itu hanya sesuai untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Pastinya keributan ataupun kelam kabut tidak berlaku pada aspek politik jika aqidah yang didukung itu sesuai sepanjang masa .Inilah arah dan hala yang sedang dicari dan dituju oleh manusia masa kini setelah menyedari akan ketidaksesuaian pelbagai teori, ideologi dan kepercayaan yang direka dan dicipta oleh manusia yang bercanggahan dengan tabiat semulajadi insan dan kehidupan.

4. Aqidah Islam penyelamat ummat

Aqidah Islam dapat menyelamatkan manusia daripada segala macam bentuk penindasan termasuklah penindasan politik. Ini adalah kerana dalam Islam itu sendiri, semua manusia adalah sama tidak mengira keturunan ataupun darjat. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

" Manusia adalah sedarjat laksana gigi sikat; tidak ada kelebihan orang Arab atau orang Ajam kecuali dengan takwa."

Adalah menjadi kewajipan untuk menegur dan memperbetulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan penindasan dan kezaliman ke atas masyarakat dan rakyat. Al-Quran telah merakamkan banyak contoh yang waqi’i atau yang benar-benar telah berlaku sehingga menjadikan kita benar-benar merasakan betapa jauh kesan aqidah Islam ini dalam ketinggian dan kemuliaan hidup manusia.

5. Aqidah Islam penyusun nilai hidup

Dalam aqidah Islam, penyusunan dan pengaturan nilai-nilai hidup berlaku. Berlainan dengan ideologi-ideologi yang lain, ada yang meletakkan kekuatan dan kekuasaan sebagai nilai utama. Ada juga yang meletakkan materialistik sebagai matlamat dalam kehidupan. Jika ini berlaku, sudah pasti aspek politik dalam Islam akan tercemar. Walaubagaimanapun, aqidah Islam tidaklah sedemikian rupa. Aqidah Islam memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas asas nilai-nilai yang mutlak, umum dan tetap hak serta hakiki, iaitu nilai keimanan kepada Allah. Islam tidak menolak kekuatan tetapi meletakkannya di tempat yang sesuai . Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

" Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu dan pasukan berkuda di perbatasan untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di samping mereka yang tidak kamu ketahui , tetapi Allah mengetahuinya . Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah , nescaya akan dibalas cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan".

(Surah Al Anfal, ayat 60)

Islam juga tidak menafikan nilai harta dan wang tetapi meletakkannya pada tempat yang layak dalam kehidupannya dengan panduan dan syaratnya yang menjamin keutuhan tamadun manusia itu sendiri. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu jadikan terlarang barang yang baik-baik ,yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melampaui batas.

( Surah Al Maidah, ayat 87)

Masalah Yang Mungkin Akan Timbul Akibat Pemisahan Antara Politik Dan Agama.

Pemisahan sesuatu perkara daripada induknya akan mendatangkan masalah dan kerumitan. Hal ini sememangnya akan berlaku jika politik itu tidak berada di bawah dasar agama . Pastinya arah dan haluan politik itu sendiri akan terumbang ambing. Rintangan dan halangan yang tertentu akan menjadikan politik itu hanyut ditelan masa. Kemelut ini akan terus berpanjangan jika ianya tidak di ambil tindakan yang segera. Adapun masalah-masalah yang bakal timbul adalah:-

1. Wujud ketidakadilan dalam politik

Setiap insan di bumi ini termasuklah yang sempurna ataupun yang tidak sempurna mempunyai hak masing-masing. Hak mereka ini tidak boleh dicerobohi mahupun dicemari. Jika politik itu tidak berpandukan kepada agama, yang kuat akan menindas yang lemah. Hal yang sedemikian tidak sepatutnya terjadi . Apa yang sepatutnya adalah yang kuat membela yag lemah . Perkara sedemikian berlaku disebabkan oleh ketidakadilan yang menunjangi kehidupan . Natijahnya, tiada kesudahan bagi perkara ini. Mana yang hak dan yang batil tidak akan dapat ditentukan perbezaannya. Pendek kata, keburukan yang timbul adalah daripada keserakahan mencapai kemajuan duniawi dan kerana revolusi oknum-oknum dan golongan yang tidak sabar akan hukum moral dan ketertiban.

2. Wujud penyelewengan dalam politik

Dalam politik, amanah memainkan peranan yang penting . Jika sifat ini tiada dalam diri setiap individu , maka akan wujudlah penyelewengan. Hak seseorang individu itu pastinya akan dipergunakan oleh individu yang lain untuk kepentingan mereka sendiri. Mungkin hak kita sendiri yang akan digunakan tanpa kita sedari. Secara tidak langsung, kehidupan ini dikatakan sebagai kehidupan yang bukan hakiki tetapi kehidupan yang batil dan sesat , khayalan dan sangkaan yang tidak menghasilkan nilai-nilai yang hakiki tetapi menghasilkan kepalsuan, kehampaan dan sia-sia.

3. Wujud keributan dalam politik

Sesuatu perkara yang tidak ditunjangi oleh agama pastinya mendatangkan keributan ataupun kucar kacir dalam kehidupan manusia . Kehidupan manusia bukan sahaja akan kucar kacir , bahkan yang lebih dahsyat lagi adalah bakal menghancurkan. Manusia akan mula mencari arah dan hala tujuan mereka. Pada ketika ini, keadaan mungkin menjadi genting di mana masing-masing menuding jari menunjukkan kesalahan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni yang selama ini terbina atas dasar ukhuwah akan menjadi pudar dan mungkin akan hilang.

Penutup

Telah jelas bahawa agama dan politik memang tidak boleh dipisahkan. Malahan apa-apa pun perbuatan yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kehancuran telah berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama sebagai sandaran terutamanya dalam bidang politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi. Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang hak dan batil serta melaksanakannya.

Bibliografi :

H. Zainal Abidin Ahmad, Konsepsi Politik dan Ideologi Islam, N.V. Bulan Bintang. 1977; Jakarta.

H. Mahmud Yunus, Prof. Dr., Tafsir Quranul Qarim, PT. Hidakarya Agung, 186; Jakarta.

Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Cetakan Awal, UTM, 1996; Skudai.

Mohd. Sulaiman Yassin, Pengantar Akidah, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988; Kuala Lumpur.

Muhammad Al. Al-Burney, Islam Landasan Alternatif Administrasi Pembangunan, C.V Rajawali. 1985; Jakarta.

Ramli Awang et. al, Pengantar Falsafah Sains Cetakan Awal, Bahagian Falsafah Sains PPTS UTM, 1995; Skudai.

Syed Ameer Ali, Sejarah Evolusi dan Keunggulan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992; Kuala Lumpur.

Jumaat, 10 Februari 2017

Kelebihan Membaca Al-Quran


1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).”
(HR Muslim)

Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”
(Riwayat Muslim)

2) Manusia yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”

(HR al-Bukhari)

3) Ganjaran buat orang-orang yang lancar dan tidak lancar membaca al-Quran.

Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat. Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”

(Muttafaq `alaih)

4) Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran.

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (الأُتْرُجَّةِ), baunya enak dan rasanya pun enak. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma (التَّمْرَةِ), tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran ialah seperti tumbuhan harum raihanah (الرَّيْحَانَةِ), baunya enak sedang rasanya pula pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seperti buah hanzolah (الْحَنْظَلَةِ), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”

(Muttafaq ‘alaih)

5) Al-Quran menaikkan dan menurunkan darjat manusia.

Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu).”

(HR Muslim)

6) Dibenarkan iri hati kepada orang yang membaca dan mengamalkan al-Quran.

Dari Ibnu `Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sabdanya:

“Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh ALLAH dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu (membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya) di waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan ALLAH akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang (untuk kebaikan).”

(Muttafaq ‘alaih)

7) Bacaan al-Quran mempunyai sakinah

Dari al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu katanya:

“Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi datang, orang itu mendatangi Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Baginda sallAllahu `alaihi wasallam lalu bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan yang disertai oleh malaikat) yang turun untuk mendengarkan bacaan al-Quran itu.”

(Muttafaq ‘alaih)

8) Membaca satu huruf dari al-Quran akan diganjari 10 kebaikan.

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”

(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

9) Orang yang tiada al-Quran di dalam hatinya ibarat rumah yang kosong.

Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran (tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya), maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”

(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)

10) Kebaikan membaca al-Quran secara tartil

Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:

“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”

(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, dengan katanya hadith ini hasan sahih)

Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan yang banyak buat kita dan memberikan kita kekuatan untuk istiqamah mendampingi dan mengambil manfaat dari al-Quran.


Khamis, 9 Februari 2017

PENGKHIANAT DIRI SENDIRI

Khianat adalah sifat jahat yang terdapat dalam diri manusia. Khianat bermaksud seseorang yang menyeru kepada kebaikan tapi dia sendiri tidak melakukannya sendiri.

Allah SWT menyukai para hambaNya yang selalu menyuruh orang lain melakukan kebaikan serta mengamalkan kebaikan itu dengan penuh ketakwaan.

Sebaliknya, Allah SWT akan murka terhadap mereka yang meminta dan menyuruh orang lain melakukan kebaikan tetapi dirinya sendiri tidak mengamalkan kebaikan seperti yang dikatakannya.

Kelak, orang-orang yang mengkhianati perkataannya sendiri akan mendapat azab yang sangat pedih di neraka. Perkara ini seperti yang dijelaskan dalam kitab Riyadlus Shalihin, hasil karya Al-Imam Al 'Alamah Al Muhaddits, Muhyiddin Abu Zakarian Yahya bin Syarat An Nawawi Ad Dimasqi As Syafi'ie.

Dalam kitab tersebut dijelaskan bahawa seksa Allah SWT adalah amat berat terhadap orang-orang yang menyuruh orang lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tetapi diri sendiri lalai untuk mengerjakan kebaikan sebagaimana yang disuruh kepada orang lain.

Mereka yang mengkhianati suruhan dan ucapannya sendiri, kelak akan diseksa di dalam neraka. Tubuh mereka akan dicampakkan dengan cara yang sangat kasar sehingga ususnya keluar dan mereka kekal berputar-putar di dalam neraka.

Ada sebuah hadis yang menguatkannya. Balasan terhadap para pengkhianat ini digambarkan dalam hadis dari Abu Zaid (Usamah) bin Zaid bin Harits r.a, berkata;

"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya dihadapkan di hari kiamat. Kemudian dicampakkan ke dalam neraka, maka keluar usus perutnya, lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yang berputar di sekitar penggilingan, maka berkerumunlah ahli neraka padanya sambil berkata, "Hai Fulan, mengapakah engkau? Tidakkah dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran?"

Fulan itu menjawab, "Benar, saya dahulu menganjurkan kebaikan, tetapi saya sendiri tidak mengerjakannya dan saya mencegah kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya". (Hadis Riwayat Bukhari Muslim).

Dengan demikian, sangatlah jelas bahawa seluas manapun ilmu seseorang tapi jika itu tidak diamalkan, maka semuanya akan menjadi sia-sia. Malah kelak orang-orang seperti itu akan diminta bertanggungjawab di akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, "Tapak kedua kaki hamba kelak di hari kiamat tidak akan bergeser hingga ia ditanya tentang empat perkara, diantaranya tentang ilmunya, apa yang telah ia amalkan". (Hadis riwayat Turmudzi).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa ilmu serta pengetahuan yang telah diberikan Allah SWT melalui Al-Qur'an serta hadis, tujuannya adalah untuk diamalkan, bukan hanya untuk diajarkan kepada orang lain sahaja.

Ini kerana memerintahkan ke arah kebaikan namun tidak diimbangi dengan pengamalan dirinya sendiri bererti sama saja dengan mendustakan.

Dalam Al-Qur'an, Allah SWT berfirman; "Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya?" (QS. Al-Mu'minuun: 105)

Ayat Al-Qur'an menjelaskan, banyak sekali kandungan ayat Al-Qur'an yang menjelaskan tentang kemurkaan Allah SWT kepada orang-orang yang hanya mampu berkata dan memerintahkan kebaikan, namun ia sendiri tidak melakukannya. Di antara teguran keras tersebut ada di dalam Suarh Al-Baqarah ayat 44 dan Surah Ash Shaff ayat 2-3.

Allah SWT berfirman, "Mengapakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri. Padahal kamu membaca Al kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?" (QS. Al-Baqarah: 44)

Allah SWT berfirman, "wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah SWT bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". (QS. Ash Shaff: 2-3)

Itulah azab yang diberikan Allah SWT terhadap orang-orang yang khianat. Semoga kita dihindarkan dari sifat khianat ini, mampu menasihati ke arah kebaikan tapi diri sendiri tidak melaksanakannya.

Politik Dan Agama Mengikut Perspektif Islam


Kemunculan teori pemisahan politik daripada agama dalam masyarakat Islam adalah perkara yang terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang menimbulkan perkara ini sebenarnya bertujuan mewujudkan fenomena menghalang kebangkitan semula "Negara Kuasa Besar Islam", yang berjaya membebaskan dunia dengan makna kemerdekaan yang hakiki. Kedaulatan wilayah Islam didirikan Rasulullah S.A.W adalah petunjuk Allah dalam ilmu politik, ia wajib diimani dan diamal oleh masyarakat Islam, lebih kuat lagi apabila sistem tersebut terbukti berjaya membebaskan masyarakat Arab daripada belenggu jahiliyyah yang sesat, zalim dan ganas.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, negara Islam ditegakkan oleh para sahabat dan tabi'en berjaya menumbangkan kuasa besar Timur dan Barat yang berorientasikan penjajahan dan perhambaan. Kebenaran politik Islam terbukti lagi apabila keseluruhan penduduk bumi yang diperintah oleh Islam menjadi penganut Islam yang setia sehinggalah kepimpinan negara bergilir di kalangan berbagai bangsa yang menganut Islam, tidak hanya di kalangan bangsa Arab sahaja.

Setelah negara Islam dijatuhkan dengan kehilangan khilafah, kuasa besar yang muncul selepasnya telah kembali kepada dasar jahiliyah baru yang diubahsuai dari semasa ke semasa. Negara tanah jajahan dikatakan merdeka daripada penjajahan asing dengan keluarnya penjajah dan diganti dengan sistem pemerintahan yang bersifat bangsa dan anak negeri, tetapi sebenarnya, ditukar kepada penjajahan pemikiran dengan penerusan ideologi dan sistem warisan peninggalan penjajah asing.

Semua keadaan ini memaksa negara dunia ketiga, khususnya negeri umat Islam terus disebut sedang membangun, tetapi tidak terbangun, oleh kerana dibelenggu penjajahan akal yang belum dirungkai dan terus bergantung dan berkait dengan negara yang pernah menjajah mereka dengan berbagai-bagai ikatan dan jalinan.

Kemunculan ideologi daripada sekularisme yang memisahkan urusan duniawi daripada agama dalam masyarakat Islam, khususnya aspek politik adalah warisan peninggalan penjajah dan termasuk dalam agenda barat yang menghalang kemunculan semula pemerintahan Islam yang sebenarnya menjadi penyelamat manusia sejagat.

Kuasa besar dunia hari ini menganggap Islam menjadi penghalang cita-cita mereka bagi menguasai dunia secara penjajahan di atas nama hak asasi dan kebebasan, dengan penguasaan terhadap sesama manusia dan sumber kehidupan mereka secara sebelah pihak dan berkisar di kalangan bangsa dan golongan tertentu sahaja. Keadaan yang ada menjadikan seluruh dunia terkeluar dari landasan hidup bermasyarakat yang menjadi ikutan sejagat, hilangnya tanggungjawab kemanusiaan yang wajib seperti tolong menolong dan berlaku adil terhadap semua umat manusia.

Apa yang dikatakan hak asasi manusia dan kebebasan hanya lah menjadi topeng godaan golongan yang kuat (autokrat) terhadap golongan yang lemah dan istilah kepada ungkapan "new world order" atau order baharu dunia sebenarnya adalah "penjajahan baru".

Malangnya, apabila sikap negatif terhadap politik sengaja diwujudkan dalam masyarakat Islam, sehingga lahirnya ungkapan sesat yang membuat kenyataan, bahawa semua urusan politik adalah kotor dan jijik, difahamkan ia termasuk juga politik Islam. Persepsi songsang ini ditimbulkan supaya umat Islam berpeluk tubuh menerima siapa sahaja yang memerintah, sehingga menerima siapa sahaja yang menjajah, asalkan bebas beribadat dan beradat, hanya cukup sekadar ini.

Kedudukan sikap acuh tidak acuh seperti itu menyebabkan Islam yang mulia tidak memimpin tetapi dipimpin atau dalam istilah popularnya "diperkudakan", tidak memerintah tetapi diperintah. Maka berlakulah kehinaan terhadap penganut Islam dan umatnya, sehingga diratah laksana makanan yang dikelilingi oleh para pelahap yang rakus.

Kewajipan menegakkan negara dalam syariat Islam dihilangkan, menyebabkan hukum-hukum Islam daripada Ilmu Allah, Kalam-Nya dan teladan daripada Rasulullah S.A.W disia-siakan bahkan ada yang dihina.

Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa, walaupun diusahakan oleh mereka yang bersifat "kuasa besar", kerana ia datang dari Allah Azza wa Jalla Tuhan Yang Maha Esa. Pencipta Alam, Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Bijaksana. Kita wajib menjadikan cahaya Islam ini petunjuk ke jalan yang benar, mengambil dan menimba daripada petunjuk-Nya yang terpelihara di dalam al-Quran yang teguh dan kuat.

Sebelum kita meninjau dengan lebih jauh perbincangan tajuk ini, "Politik" dan "Islam" tidak difahami dengan sahih, sekiranya kita tidak memahami apakah takrif politik dan takrif Islam yang sebenarnya kerana Islam yang datang daripada Allah dan Rasul yang dipilih sendiri oleh Allah bagi menyampaikan Islam kepada manusia, hendaklah menjadi sumber yang asasi, supaya dapat dibezakan Islam dengan agama lain, serta dapat memahami apakah kedudukan politik dan amalannya mengikut ajaran Islam.

Khusus bagi orang-orang yang beriman dilarang sekeras-kerasnya mencela mana-mana ajaran Islam, termasuk juga politik Islam kerana semua ajaran ini berkait dengan iman dan Islamnya seseorang.

Tulisan ini menjelaskan tajuk khusus berkenaan politik dan hubungannya dengan agama mengikut perspektif Islam, penjelasan daripada al-Quran dan hadis dengan huraian oleh para ulama yang muktabar dikalangan salaf dan khalaf, kalangan yang benar-benar menerima pusaka Ilmu daripada para Nabi dengan benar, amanah dan ikhlas. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini dapat membebaskan daripada belenggu kejahilan umat dan kelemahan ulama yang melanda umat Islam.

Perlu diketahui bahawa Islam mempunyai batas sempadan dengan ajaran yang lain, terpelihara daripada sebarang penyelewengan dengan jaminan Allah, ia tidak mampu dinodai oleh ajaran lain, samada yang dinamakan agama atau ideologi. Mereka yang cuba mengheret Islam daripada landasannya yang kukuh akan terpelanting ke dalam kebinasaan dunia dan celaka di akhirat, walaupun dia pemimpin yang berkuasa atau ulama yang berijazah tinggi.

Islam tetap memuliakan akal dan ilmu yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, tetapi hendaklah diakui manusia, ilmu dan akalnya tetap bersifat makhluk yang dibebani kelemahan yang mewajibkan mereka merujuk petunjuk dan memohon pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa manusia yang bersifat seperti iblis yang sombong, bongkak, angkuh dan enggan menyedari dia adalah makhluk yang lemah, tidak layak mendapat hidayah daripada Allah.

Takrif Politik

Perkataan politik berasal daripada bahasa latin, seterusnya diterjemahkan dengan perkataan yang sama dalam pelbagai bahasa dunia, samada bahasa Barat atau Timur. Makna dan maksudnya ialah mentadbir, memerintah, memimpin dan mengendalikan urusan.

Dalam bahasa Arab ia disebut dengan perkataan siyasah, daripada perkataan - sasa, yasusu, siyasatan -. Disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Kaum Bani Israil di zaman dahulu yang menjadi pemimpin siyasah mereka ialah para Nabi, setiap orang Nabi yang dimatikan diganti oleh Nabi selepasnya, tiada lagi Nabi selepasku, akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah), mereka itu ramai. Para sahabat bertanya: apakah perintah (pesanan) Rasulullah terhadap kami? Sabdanya: tunaikan bai’ah (ikrar taat setia) dengan keutamaan yang pertama dan berikutnya. Berikan hak mereka kepada mereka, sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan urusan kepimpinan yang diminta supaya mereka menunaikannya.”

Perkataan siyasah tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi maksudnya termasuk dalam perkara yang dinaskan secara nyata, para ulama menegaskan ia termasuk dalam maksud perkataan "khilafah" yang dinyatakan al-Quran, yang menjadi salah satu daripada tujuan manusia dicipta oleh Allah Taala.

Firman Allah Taala :


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi. Mereka (Malaikat) lalu berkata; Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu mereka yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)

Para ulama seperti al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah, Abu Ya'la dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah, mereka masing-masing meletakkan siyasah (politik) dalam kewajipan Khilafah dan Imamah :

“Tugas imamah (kepimpinan negara) itu diwujudkan bagi melaksanakan kewajipan khilafah yang pernah dilakukan oleh kenabian bagi memelihara agama dan siyasah (politik) mentadbir urusan keduniaan. Bagi melaksanakannya, hukumnya wajib dengan Ijma’(para ulama).”

Urusan politik termasuk dalam perkara ilmu feqah dengan bab dan fasal serta furu’nya. Ada juga kalangan ulama menulis secara khusus dengan nama imamah, atau ahkam sultaniyyah atau siyasah syar’iyyah. Kesemua aspek ini tidak boleh dipisahkan di antara satu sama lain. Ibnu Ato'illah as-Sakandari menyebut dalam mukadimah kitab al-Hikam (kitab yang terkenal dalam ilmu tasawwuf), menaqalkan kata-kata Imam Malik :

“Sesiapa yang bertasawwuf dalam keadaan tidak memahami ilmu feqah, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq (ajaran sesat yang menyeleweng aqidahnya) dan sesiapa yang mendalami feqah dalam keadaan tidak mengambil kira ilmu tasawwuf maka dia menjadi fasiq dan sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka dia berada dalam keadaan yang benar.”

Takrif Agama

Perkataan agama dalam bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa sanskrit, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Barat dengan perkataan religion. Dihuraikan dengan makna ajaran dan kepercayaan yang berkait dengan ketuhanan dan aspek yang berhubung dengannya seperti ibadat dan akhlak atau kepercayaan kepada yang maha berkuasa dan perkara yang ada hubungan dengannya dari segi ibadat.

Islam bermaksud yang lebih luas daripada perkataan agama atau "religion". Al-Quran menyatakan ia adalah daripada maksud perkataan al-din. Firman Allah Taala :



“Sesungguhnya agama dan cara hidup (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Dan tidaklah menjadi pertelingkahan dikalangan penganut agama kitab melainkan setelah datang kepada mereka ilmu (yang benar daripada Allah) kerana sikap melampau kalangan mereka, dan sesiapa yang kufur (ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu sangat segera hisabnya.” (Ali-Imran:19)

Walaupun diterjemahkan dengan perkataan agama, tetapi Islam memberi makna yang lebih luas daripada perkataan agama, mengikut bahasa yang lain kerana ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan diajar serta ditunjuk cara pelaksanaan oleh Rasulullah S.A.W merangkumi aspek yang tercakup di dalamnya ajaran yang berhubung dengan ketuhanan dan cara hidup yang menyeluruh mengikut fitrah kejadian manusia. Firman Allah :



“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Din Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) Din yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum:30)

Fitrah ialah naluri atau sifat semula jadi manusia, berjasad, ruh, ananiyyah (individualistik), madani atau hadari (bermasyarakat dan bertamadun). Dengan sifat ini mereka layak beribadah, berkhalifah dan beramanah. Maka Allah menugaskan mereka dengan panduan ajaran Allah yang dinamakan al-din yang menetapkan arahan dan peraturan dalam semua perkara yang menjadi fitrah itu dan mereka wajib akur secara menyerah dan tunduk yang diringkaskan dengan perkataan Islam.

Dengan huraian tersebut menunjukkan bahawa Islam yang di sebut Din itu lebih luas daripada takrif agama, lebih luas daripada tafsiran agama mengikut bahasa yang lain daripada bahasa al-Quran (bahasa Arab).

Ajaran Islam itu bukan sahaja dalam perkara hubungan manusia dengan Tuhan dalam aspek ibadah dan perkara akhlak, bahkan menyatakan cara hubungan manusia dengan dirinya dari segi ruh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan makhluk yang lain, samada yang berkait secara langsung bagi keperluan diri manusia atau tidak langsung, sehingga melibatkan seluruh alam semesta, yang nyata dan ghaib serta berwawasan daripada dunia sehingga akhirat.

Rasulullah S.A.W menghuraikannya apabila disoal oleh Malaikat Jibril dengan tiga bahagian, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Para ulama menterjemahkannya dengan aqidah, syariat dan akhlak. Perkara aqidah menjadi perbincangan ilmu usul al-din atau aqidah atau tauhid. Perkara syariat menjadi perbincangan ilmu feqah dan perkara akhlak menjadi perbincangan ilmu tasawwuf. Sehinggalah perkara asas dalam tiap-tiap aspek ini menjadi fardu ‘ain yang diwajibkan ke atas setiap penganut Islam Islam lelaki dan wanita yang mukallaf.

Islam Risalah Semua Para Rasul

Semua Rasul S.A.W yang dilantik oleh Allah menganut Islam dengan maksud al-Din. Firman Allah Taala :


“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya; Tunduk patuhlah! (yakni Islam). Lantas Ibrahim menjawab; Aku tunduk patuh (Islam) kepada Tuhan semesta alam.”


“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan perkara itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata); Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ajaran ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.” (Al-Baqarah:131-132)

Firman Allah lagi :



“Adakah kamu hadir ketika Ya’qub didatangi (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya; Apa yang kamu sembah sepeninggalanku? Mereka menjawab; Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Islam).” (Al-Baqarah:133)

Firman Allah lagi :



“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan sekali-kali Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) ajaran orang tuamu Ibrahim, dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah, dia adalah Pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Al-Hajj:78)

Perkataan agama dipakai kepada Islam hanya satu pendekatan untuk memudah faham, tetapi perlu kepada huraian yang lain supaya difahami dengan betul dan sahih bahawa Islam itu berbeza daripada takrif agama dan ajaran yang lain.

Hubungan Politik Dengan Agama

Keseluruhan agama yang lain daripada Islam, samada agama samawi yang telah diubah daripada ajaran para Rasul atau agama ciptaan manusia sendiri atau ideologi politik ciptaan manusia juga, menegaskan bahawa politik tidak ada hubungan dengan agama. Dengan maksud perkara politik tiada kaitan dengan agama dan ia berasingan daripada agama, maka dalam urusan politik manusia boleh mencipta dengan akal dan ilmu sendiri tanpa bergantung kepada agama.

Adapun teori politik ciptaan manusia pula tidak ada kaitan dengan agama dan agama tidak boleh menguasainya. Ada juga kalangan yang mengaitkan politik dengan agama tetapi agama tidak boleh mengatasi keputusan politik.

Dalam masyarakat Barat yang menganut agama kristian secara jelas mengisytiharkan pegangan mereka kepada fahaman yang dinamakan sekularisme yang memisahkan politik daripada urusan agama, sehingga ada negara menjadikannya prinsip perlembagaan yang dipertahankan.

Sebahagian mereka menidakkan agama dalam perlembagaan dan ada yang mengumum agama rasmi ataupun agama negara tetapi dengan kuasa yang terbatas. Maka lahirlah di kalangan mereka ideologi dan teori politik yang jelas, samada mengharamkan agama secara mutlak seperti komunisme yang didokong oleh Karl Marx dan pengikutnya, atau membenarkan agama dianut secara bebas, tetapi politik dibebaska daripada agama seperti yang diamalkan dalam negara liberal demokrasi.

Apabila Barat menjadi kuasa besar dunia, maka fahaman ini mempengaruhi masyarakat antarabangsa yang menganut berbagai agama. Malangnya kalangan umat Islam juga terpengaruh denganya samada secara jahil atau mencari jalan mudah untuk bebas daripada tekanan politik globalisasi.

Petikan Asal
http://www.tarbawi.my/2013/03/politik-dan-agama-mengikut-perspektif.html