Ahad, 26 Jun 2016
AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN
بسم الله الرحمن الرحيم
AMALAN UMUM :
a) Sebolehnya beri’tikaf.
b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.
c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.
d) Makan sedikit waktu iftar .
e) Solat fardhu berjemaah.
f) Solat Rawatib dan Nawafil.
g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.
h) Bersedekah.
i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.
j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan :
1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)
3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)
AMALAN KHUSUS:
PAGI:
1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat .
2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.
3- Sebelum naik matahari baca :
i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)
iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)
4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.
TENGAHARI:
1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.
2- Ratib al-Aththos.
3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)
PETANG:
1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.
2- Hizb al-Bahr.
3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)
MAGHRIB:
1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa .
2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.
3- Solat sunat Awwabin.
4- Ratib al-Haddad.
ISYA’:
1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.
2- Solat Tarawih dan Witir.
Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar :
Bermula pada pukul 12 tengah malam:
1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian .
2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.
3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
4- Membaca Al-Qur’an.
5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)
6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)
8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)
9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)
11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
12- Ayat Al-Kursi. (3x)
13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.
14- Al-Wird al-Lathif.
15- Membaca doa khusus .
16- Solat Lailatul Qadar .
17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah .
LAMPIRAN:
(A):
Sebelum berdoa bacalah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Sebelum berselawat bacalah:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya .
(B):
Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:
1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Fadhilat:
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”
2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”
Fadhilat:
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”
Cacatan:
Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”
(C):
Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:
1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)
2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)
3- يَا كَرِيمُ (1x)
4- Doa:
اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.
“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”
Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.
(D):
Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.
Kaedah:
Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).
Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21 .
Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu .
Tanda-tanda:
1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.
2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya .
3- Anjing tidak menyalak .
(E):
Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”
Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab .
(F):
Solat pada malam berlakunya Lailatul Qadar
Lafaz niat:
أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.
Solat pada malam 27 Ramadhan .
Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.
Jumaat, 17 Jun 2016
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan.
Orang-orang yang berpendapat bahwa setiap prinsip manapun yang dikenal umat manusia dalam sejarahnya yang panjang, mungkin untuk berjuang menentang segala macam keaniayaan, sebagaimana perjuangan yang telah dilakukan Islam, atau dapat berdiri di samping orang-orang yang teraniaya semuanya sebagaimana yang telah dilakukan Islam, atau dapat berteriak di depan muka para tiran dan diktator-diktator yang sombong sebagaimana yang telah dilakukan oleh Islam, maka orang yang berpendapat begini amat tersalah, atau amat tergoda, atau amat tidak mengerti akan Islam.
Orang yang berpendapat bahwa mereka itu orang Islam, tetapi mereka tidak berjuang menentang keaniayaan dengan segala bentuknya, tidak mempertahankan orang-orang yang teraniaya dengan sebaik-baiknya dan tidak berteriak di depan muka para tiran dan diktator. Orang yang berpendapat seperti ini amat tersalah sekali, atau mereka itu amat munafik, atau amat tidak mengerti akan Islam.
Inti Islam itu adalah gerakan pembebasan. Mulai dari hati nurani setiap individu dan berakhir di samudera kelompok manusia. Islam tidak pernah menghidupkan sebuah hati, kemudian hati itu dibiarkannya menyerah tunduk kepada suatu kekuasaan di atas permukaan bumi, selain daripada kekuasaan Tuhan Yang Satu dan Maha Perkasa. Islam tidak pernah membangkitkan sebuah hati, lalu dibiarkannya hati itu sabar tidak bergerak dalam menghadapi keaniayaan dalam segala macam bentuknya, baik keaniayaan ini terjadi terhadap dirinya, atau terjadi terhadap sekelompok manusia di bagian dunia manapun, dan di bawah penguasa manapun juga.
Jika anda melihat keaniayaan terjadi, bila anda mendengar orang-orang yang teraniaya menjerit, lalu anda tidak menemui umat Islam ada di sana untuk menentang ketidakadilan itu, menghancurkan orang yang aniaya itu, maka Anda boleh langsung curiga apakah umat Islam itu ada atau tidak. Tidak mungkin hati-hati yang menyandang Islam sebagai aqidahnya, akan rela untuk menerima ketidakadilan sebagai sistemnya, atau rela dengan penjara sebagai hukumnya.
Masalahnya, Islam itu ada atau tidak ada. Kalau Islam itu ada maka ini berarti perjuangan yang tidak akan henti-hentinya, jihad yang tidak ada putus-putusnya, mencari syahid demi untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan persamaan. Kalau Islam tidak ada, maka di waktu itu yang terdengar adalah bisikan do’a-do’a, bunyi tasbih yang dipegang di tangan, jimat-jimat dengan do’a perlindungan, berserah diri dengan harapan langit akan menghujankan rezeki dan kebaikan ke atas bumi, menghujankan kemerdekaan dan keadilan. Langit tidak pernah menghujankan hal-hal seperti ini. Tuhan tidak akan menolong suatu kelompok manusia yang tidak mau menolong diri sendiri, orang yang tidak percaya kepada keluarganya sendiri, dan tidak menjalankan hukum Tuhan tentang jihad dan perjuangan:
“Allah tidak akan mengubah nasib suatu bangsa, sampai bangsa itu mengubah nasibnya sendiri.” (QS. Ar-Rad [13] : 11)
Islam adalah aqidah revolusioner yang aktif. Artinya kalau ia menyentuh hati manusia dengan cara yang benar, maka dalam hati itu akan terjadi suatu revolusi: revolusi dalam konsepsi, revolusi dalam perasaan, revolusi dalam cara menjalani kehidupan, dan hubungan individu dan kelompok. Revolusi yang berdasarkan persamaan mutlak antara seluruh umat manusia. Seorang tidak lebih baik dari yang lainnya selain dengan taqwa. Berdasarkan kehormatan manusia, yang tidak meninggalkan seorang makhluk pun di atas dunia, tidak suatu kejadian pun, dan tidak suatu nilai pun. Revolusi itu berdasarkan keadilan mutlak, yang tidak dapat membiarkan ketidakadilan dari siapa pun juga, dan tidak dapat merelakan ketidakadilan terhadap siapa pun juga. Baru saja manusia merasakan kehangatan aqidah ini, ia akan maju ke depan untuk merealisasikannya dalam alam nyata dengan seluruh jiwanya. Ia tidak tahan untuk bersabar, untuk tinggal diam, untuk tenang-tenang saja, sampai ia benar-benar telah menyelesaikan realisasinya di alam nyata. Inilah pengertiannya bahwa Islam itu suatu aqidah revolusioner yang aktif-dinamis.
Orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah adalah orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan sungguh-sungguh, kemudian mereka orang-orang yang berjuang untuk menegakkan kalimat Allah yang tinggi. Kalimat Allah di atas bumi ini tidak akan dapat tertegak, selain jika ketidakadilan dan keaniayaan telah dihilangkan darinya sampai seluruh manusia itu memperoleh persamaan seperti gigi sisir, di mana tidak ada salah seorang pun yang lebih dari orang lain selain karena ketaqwaan.
Orang-orang yang melihat ketidakadilan di sepanjang jalan, dan bertemu dengan kesewenang-wenangan di setiap saat, dan mereka tidak menggerakkan tangan maupun lidah, padahal mereka itu mampu untuk menggerakkan tangan dan lidah. Mereka ini adalah orang-orang yang hatinya tidak digugat oleh Islam. Jika hatinya tergugat oleh Islam tentulah mereka akan berubah menjadi para mujahidin yang berjuang mulai dari saat api yang suci itu menyentuh hati-hati yang rasional dan menyalakannya, dan mendorongnya dengan dorongan yang kuat ke medan perjuangan.
Seandainya jiwa nasionalisme mampu mendorong kita sekarang ini untuk berjuang menentang penjajahan yang dibenci itu, seandainya jiwa kemasyarakatan mampu mendorong kita hari ini untuk berjuang menentang kaum feudal yang tidak berbudi dan kapitalisme yang memeras, seandainya jiwa kebebasan individu mampu untuk mendorong kita sekarang ini untuk berjuang menentang diktator yang melampaui batas dan ketidakadilan yang congkak, maka jiwa Islam mengumpulkan penjajahan, feudalisme dan kediktatoran di bawah sebuah nama, yaitu: ketidakadilan. Jiwa Islam mendorong kita semua untuk memerangi segalanya itu, tanpa pikir-pikir dan tanpa ragu-ragu, tanpa pembicaraan lagi dan tanpa dibeda-bedakan lagi. Itulah salah satu ciri Islam yang besar di bidang perjuangan manusia untuk menegakkan kemerdekaan, keadilan dan kehormatan.
Seorang muslim yang telah merasakan jiwa Islam dengan hatinya, tidak mungkin akan memberikan pertolongan kepada pihak penjajah, atau memberikan bantuan kepada mereka, atau berdamai dengan mereka sehari pun, atau berhenti berjuang melawan mereka, baik secara sembunyi-sembunyi atau secara terang-terangan. Pertama-tama ia akan menjadi pengkhianat bagi agamanya, sebelum menjadi pengkhianat terhadap tanah airnya, terhadap bangsanya dan terhadap kehormatan dirinya. Setiap orang yang tidak merasakan adanya rasa permusuhan dan kebencian terhadap kaum penjajah dan tidak melakukan perjuangan menentang mereka sekuat tenaga, adalah pengkhianat. Lalu bagaimana dengan orang yang mengadakan perjanjian persahabatan dengan mereka? Bagaimana dengan orang yang mengadakan persekutuan abadi dengan mereka? Bagaimana dengan orang yang memberikan bantuan kepada mereka baik di zaman damai maupun di zaman perang? Bagaimana dengan orang yang membantu mereka dengan makanan sedangkan bangsanya sendiri kelaparan? Bagaimana dengan orang yang melindungi dan menutup-nutupi mereka?
Seorang muslim yang merasakan jiwa Islam dengan hatinya tidak mungkin akan membiarkan kaum feudal yang tidak bermoral dan kaum beruang yang menindas itu berada dalam keamanan dan ketenteraman. Ia akan memberitahukan perbuatan mereka yang tidak punya rasa malu. Ia akan menjelaskan kejelekan-kejelekan mereka. Ia akan berteriak di depan muka mereka yang tidak bermalu itu. Ia akan berjuang menentang mereka dengan tangan, dengan lidah dan dengan hati, dengan segala cara yang dapat dilakukannya. Setiap hari yang dilaluinya tanpa perjuangan, setiap saat yang dilaluinya tanpa pergelutan, dan setiap detik yang dilaluinya tanpa karya nyata, dianggapnya sebagai dosa yang menggoncang hati nuraninya, sebagai kesalahan yang membebani perasaannya, sebagai suatu perbuatan kriminil yang hanya dapat dihapuskan dengan perjuangan penuh dorongan, penuh kehangatan, penuh tolakan.
Setiap muslim yang merasakan Islam dengan hatinya tidak akan mungkin membiarkan diktator yang aniaya serta penguasa zalim yang tidak bermalu bergerak di atas permukaan bumi, menjadikan manusia budak beliannya, padahal tiap-tiap manusia dilahirkan oleh ibunya sebagai orang yang merdeka. Tetapi orang Islam itu akan maju ke depan dengan jiwa dan hartanya, untuk memperkenankan seruan Tuhannya yang menciptakannya dan memberi rezeki kepadanya:
“Kenapa kamu tidak berjuang di jalan Allah dan untuk kepentingan orang-orang yang tertindas, yang terdiri dari laki-laki, wanita dan anak-anak kecil, yang berkata, ‘Wahai Tuhan Kami! Keluarkanlah kami dari negara yang penduduknya aniaya ini. Berikanlah kepada kami seorang penolong dari sisi-Mu. Berikanlah kepada kami seorang pembantu dan sisi-Mu’.” (QS. An-Nisa’ [4] : 75)
Jadilah seorang Islam. Ini telah cukup untuk mendorongmu berjuang menentang penjajahan dengan berani, mati-matian, penuh pengorbanan dan kepahlawanan. Kalau Anda tidak dapat melakukannya, cobalah periksa hatimu. Barangkali hati itu telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, alangkah sabarnya Anda, karena tidak berjuang menentang penjajahan.
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial, suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang, penuh semangat, penuh dorongan. Kalau Anda tidak melakukan hal ini, cobalah periksa hatimu. Mungkin hati itu telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, kenapa Anda menjadi demikian teganya untuk tidak berjuang melawan pencaplokan hak?
Jadilah seorang Islam. Ini saja telah cukup untuk mendorong maju ke depan, berjuang melawan ketidakadilan, dengan tekad yang teguh tanpa memperdulikan kekuatan-kekuatan lawan yang hanya berupa kekuatan lalat, tetapi oleh orang-orang lemah dikira merupakan halangan besar. Kalau Anda tidak melakukan hal ini, cobalah periksa hatimu, mungkin ia telah tertipu tentang hakekat imanmu. Kalau tidak begitu, kenapa Anda menjadi demikian sabarnya dan teganya untuk tidak berjuang menentang ketidakadilan?
Semua prinsip yang terdapat di atas dunia ini, semua jalan pemikiran yang terdapat di atas dunia ini, akan mengambil jalan yang berada-beda, masing-masingnya mencari bidangnya sendiri-sendiri, untuk merealisasikan keadilan, kebenaran dan kemerdekaan. Tetapi Islam berjuang di segala bidang itu. Ia mencakup seluruh gerakan pembebasan. Ia menggerakkan seluruh pejuang.
Kalau orang-orang yang mempunyai prinsip dan jalan pemikiran mendasarkan kekuatannya kepada kekuatan dunia yang cepat hilang, Islam mendasarkan kekuatannya kepada kekuatan azali dan abadi. Orang orang Islam melakukan perjuangan dengan hati yang penuh rindu untuk mencapai syahid di bumi, agar ia beroleh kehidupan di langit:
“Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang-orang yang beriman, dengan janji bahwa mereka itu akan mendapat surga. Mereka berjuang di jalan Allah. Mereka membunuh dan terbunuh. Ini adalah suatu janji yang benar yang terdapat dalam Taurat, Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih memenuhi janji dari Allah?” (QS. At-Taubah [9] : 111)
Khamis, 16 Jun 2016
Kewajiban Memilih Pemimpin
Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam selalu berdo’a: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rizki dan buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian”. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” (QS Al Baqarah [2]:126).
Dalam kehidupan sehari-hari, masyarakat selalu membutuhkan adanya pemimpin. Dalam kehidupan rumah tangga, diperlukan adanya pemimpin atau kepala keluarga, begitu pula halnya di masjid sehingga shalat berjamaah bisa dilaksanakan dengan adanya orang yang bertindak sebagai imam, bahkan perjalanan yang dilakukan oleh tiga orang muslim, harus mengangkat salah seorang diantara mereka sebagai pemimpin perjalanan. Ini semua menunjukkan betapa penting kedudukan pemimpin dalam suatu masyarakat, baik dalam skala kecil apalagi dalam skala besar seperti wilayah provinsi dan negara. Untuk tujuan memperbaiki kehidupan yang lebih baik, seorang muslim tidak boleh mengelak dari tugas kepemimpinan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ وُلِيَ مِنْ أَمْرِ النَّاسِ شَيْئًا فَاحْتَجَبَ عَنْ أُوْ لِى الضَّعْفِ وَالْحَاجَةِ، إِحْتَجَبَ اللهُ عَنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
“Barangsiapa diserahkan kekuasaan urusan manusia lalu menghindar (mengelak) melayani kaum lemah dan orang yang membutuhkannya, maka Allah akan mengindahkannya pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)
Di dalam Islam, pemimpin kadangkala disebut imam tapi juga khalifah. Dalam shalat berjamaah, imam berarti orang yang di depan. Secara harfiyah, imam berasal dari kata amma, ya’ummu yang artinya menuju, menumpu dan meneladani.
Ini berarti seorang imam atau pemimpin harus selalu di depan guna memberi keteladanan atau kepeloporan dalam segala bentuk kebaikan. Disamping itu, pemimpin disebut juga dengan khalifah yang berasal dari kata khalafa yang berarti di belakang, karenanya khalifah dinyatakan sebagai pengganti karena memang pengganti itu dibelakang atau datang sesudah yang digantikan.
Kalau pemimpin itu disebut khalifah, itu artinya ia harus bisa berada di belakang untuk menjadi pendorong diri dan orang yang dipimpinnya untuk maju dalam menjalani kehidupan yang baik dan benar sekaligus mengikuti kehendak dan arah yang dituju oleh orang yang dipimpinnya kearah kebenaran.
Di samping itu, pemimpin disebut juga dengan ra’un yang artinya gembala, karena seorang gembala biasanya sangat bertanggungjawab terhadap gembalaannya, baik makan dan minumnya maupun keamanan serta kelangsungan hidupnya.
Dari pengantar di atas, terasa dan terbayang sekali betapa dalam pandangan Islam pemimpin itu memiliki kedudukan yang sangat penting, karenanya siapa saja yang menjadi pemimpin tidak boleh dan jangan sampai menyalahgunakan kepemimpinannya untuk hal-hal yang tidak benar. Karena itu, para pemimpin dan orang-orang yang dipimpin harus memahami hakikat kepemimpinan dalam pandangan Islam.
Kriteria Pemimpin.
Karena begitu besar tanggungjawab seorang pemimpin dalam Islam, maka manakala kita harus memilih seorang pemimpin, harus dengan kriteria yang seideal mungkin.
Adapun diantara kriteria seorang pemimpin di dalam Islam antara lain;
Pertama, memiliki aqidah yang kokoh dan pemahaman terhadap ajaran Islam yang memadai sehingga dengan modal ini seorang pemimpin akan selalu terikat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dalam segala aspek kehidupannya.
Karenanya bila ada pemimpin yang muslim dan telah menunjukkan ketaatannya, tidak dibenarkan bagi kita memilih yang bukan muslim sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).” (QS Ali Imran [3]:28).
Kedua, memiliki daya ingat yang kuat, cerdas, berwawasan yang luas, berpandangan ke masa depan yang baik, memiliki ketajaman berpikir dan mampu menganalisa dengan baik berbagai persoalan yang dihadapi.
Ketiga, sabar, penyantun, ramah dan lemah lembut sehingga segala persoalan tidak dihadapai secara emosional.
Keempat, benar dan dapat dipercaya, baik ucapan maupun perbuatannya, sebab manakala seorang pemimpin sudah tidak bisa dipercaya oleh orang yang dipimpinnya, akan sangat sulit baginya mencapai tujuan.
Kelima, tawadhu atau rendah hati, sehingga dengan sifat ini seorang pemimpin tidak akan berlaku sombong kepada orang yang dibawahinya dan tidak akan minder kepada orang yang lebih tinggi darinya dalam hal yang sifatnya duniawi.
Keenam, memiliki kemampuan berkomunikasi yang baik dengan berbagai lapisan masyarakat, baik komunikasi lisan maupun tulisan.
Ketujuh, memiliki pendirian yang teguh dalam arti bila kebenaran sudah dipegang dan hendak dilaksanakan, maka dia akan terus berpendirian terhadap kebenaran itu.
Kedelapan, bersikap dan bertindak adil sehingga yang salah akan disalahkan dan yang benar dibenarkan.
Kesembilan, selalu optimis akan keberhasilan usahanya.
Kesepuluh, memiliki kondisi fisik yang sehat atau memiliki daya tahan tubuh yang kuat sehingga tugas-tugas seorang pemimpin bisa dilaksanakan dengan baik karena salah satunya ditunjang dengan fisik yang sehat.
Pemimpin Yang Baik dan Buruk.
Pemimpin yang baik akan membawa kehidupan masyarakat menjadi lebih baik, sedangkan pemimpin yang buruk akan membawa kehidupan masyarakat yang dipimpinnya menjadi lebih buruk.
Para pemimpin dan calon-calon pemimpin harus mengetahui dan memahami seperti apa pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk agar ia bisa menjadi pemimpin yang baik bukan malah menjadi pemimpin yang buruk.
Dalam keterangan yang sederhana, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam memberikan gambaran tentang pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk dalam satu haditsnya:
خِيَارُ اَئِمَّتِكُمُ الَّذِيْنَ تُحِبُّوْنَهُمْ وَيُحِبُّوْ نَكُمْ وَيُصَلُّوْنَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّوْنَ عَلَيْهِمْ
“Sebaik-baik pemimpin adalah orang yang kalian cintai dan mereka mencintai kalian. Mereka mendo’akan kalian dan kalian juga mendo’akan mereka.” (HR. Muslim).
Dari hadits di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan gambaran tentang pemimpin yang baik bahkan yang terbaik dengan memiliki dua keriteria.
Pertama, mencintai rakyat dan dicintai rakyat.
Manakala pemimpin mencintai rakyatnya, maka segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin adalah untuk kebaikan rakyat dengan cara-cara yang baik.
Pemimpin yang mencintai rakyat tidak rela dan tidak akan membiarkan rakyatnya menderita sementara ia dalam keadaan senang.
Pemimpin yang mencintai rakyatnya tidak akan membiarkan rakyat terjerat dalam berbagai persoalan hidup tanpa usaha untuk memecahkan dan mengatasi masalah itu.
Pemimpin yang mencintai rakyat akan melindungi rakyatnya dari berbagai macam gangguan sehingga rakyatnya berada dalam keamanan dan ketenangan dimanapun mereka berada.
Pemimpin yang mencintai rakyat akan selalu berusaha memenuhi hak-hak rakyatnya serta memberikan fasilitas yang memadai, hak untuk hidup, hak beribadah, hak mendapatkan rizki, hak menuntut ilmu dan sebagainya.
Tegasnya, pemimpin yang mencintai rakyatnya adalah pemimpin yang mau melayani rakyat dengan sebaik-baiknya sehingga rakyat dapat menjalani kehidupan yang baik, lahir dan batin.
Manakala pemimpin telah menunjukkan kecintaan kepada rakyatnya, tidak ada alasan bagi rakyat untuk tidak bisa mencintai pemimpinnya. Karena itu, bila rakyat mencintai pemimpinnya, rakyat akan selalu memberikan dukungan atas kepemimpinan yang dijalankan, rakyat taat kepada pemimpin dalam perkara-perkara yang benar dan mereka tidak ragu-ragu dan tidak takut-takut untuk menegur, menasihati atau mengkritik pemimpinnya bila melakukan tindakan yang salah.
Rakyat yang mencintai pemimpinnya tidak ingin melihat pemimpinnya melakukan kesalahan. Rakyat akan selalu bersama pemimpin dalam suka dan duka, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
عَلَيْكَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فىِ عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَاَثِرَةٍ عَلَيْكَ
“Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpin) dalam masa senang (mudah dan lapang), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam hal yang kamu suka maupun hal yang kamu tidak suka meskipun hal itu merugikan kepentinganmu.” (HR. Muslim dan Nasa’i).
Kedua, mendo’akan rakyat dan dido’akan rakyat.
Bila pemimpin sudah memberikan perhatian kepada rakyat karena cintanya yang begitu besar dan dalam, maka iapun pasti menginginkan segala kebaikan bagi rakyatnya. Untuk itu, sebagai seorang muslim ia selalu berdo’a dan salah satu muatan dalam do’anya adalah mengharapkan kebaikan bagi rakyatnya.
Bahkan Allah subhanahu wa ta’ala mengingatkan Nabi Ibrahim bahwa berdo’a itu bukan hanya untuk kebaikan rakyatnya yang muslim, rakyat yang kafirpun akan diberikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala kesenangan di dunia ini.
Sebagai seorang pemimpin, Nabi Ibrahim ‘Alaihis Salam selalu berdo’a: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rizki dan buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian.”
Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” (QS Al Baqarah [2]:126).
Setelah menggambarkan ciri pemimpin yang baik, hadits Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam juga menjelaskan tentang gambaran pemimpin yang buruk, bahkan terburuk dengan sabdanya:
وَشِرَارُ اَئِمَّتِكُمْ الَّذِيْنَ تُبْغِضُوْنَهُمْ وَيَبْغِضُوْنَكُمْ وَتَلْعَنُوْنَهُمْ وَيَلْعَنُوْنَكُمْ
“Dan seburuk-buruk pemimpin adalah orang yang kalian benci dan merekapun membenci kalian, mereka kalian kutuk dan mereka mengutuk kalian.” (HR. Muslim). Dari hadits di atas, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam mengemukakan dua gambaran tentang pemimpin yang buruk, bahkan seburuk-buruk pemimpin.
Pertama, dibenci rakyat dan membenci rakyat.
Ini merupakan sesuatu yang sangat menakutkan dan tidak membahagiakan.
Pemimpin menjadi sangat buruk apabila ia membenci rakyatnya, akibatnya ia tidak suka bila rakyatnya mencapai kemajuan, karena kemajuan rakyat akan menjadi saingan bagi pemimpin.
Pemimpin yang membenci rakyatnya juga tidak suka bila rakyatnya memiliki ilmu yang banyak dan kecerdasan berpikir, karena dengan begitu pemimpin yang buruk itu tidak bisa lagi membodohi rakyatnya, bahkan pemimpin seperti ini tidak ragu-ragu untuk membunuh rakyatnya sendiri, itulah yang pernah dilakukan oleh Fir’aun laknatullah yang mengeluarkan kebijakan membunuh setiap bayi laki-laki, karena anak laki-lakilah yang kelak berpotensi menjadi pemimpin yang bisa jadi akan menggeser posisi kepemimpinannya.
Kedua, mengutuk rakyat dan dikutuk rakyat.
Di dunia ini, kita dapati pemimpin seperti ini, pemimpin yang mengutuk dan mencaci maki rakyat yang sebenarnya menjadi tanggungjawabnya. Bila pemimpin bersikap demikian, tidak ada yang dipikirkan dan diusahakan melainkan keburukan bagi rakyatnya, kecuali bagi rakyat yang mau menuruti kehendak-kehendaknya yang tidak benar.
Manakala pemimpin suka mengutuk rakyatnya, maka rakyatpun akhirnya mengutuk para pemimpinnya, meskipun kutukan itu tidak diungkapkan secara terbuka, karena resiko yang tidak menyenangkan akan menimpa mereka.
Dari uraian yang singkat ini, dapat kita simpulkan bahwa bila suatu masyarakat dan bangsa memiliki pemimpin yang baik, kebahagiaan akan diperoleh, tidak hanya bagi sang pemimpin dan keluarganya, tapi juga bagi rakyat yang dipimpinnya, baik di dunia maupun di akhirat.
Sebaliknya bila pemimpin buruk, maka ketidaktenangan dan kekacauan akan melanda kehidupan, tidak hanya bagi rakyat yang dipimpin, tapi juga bagi pemimpin itu sendiri serta keluarganya. Dalam konteks kehidupan kita sekarang, memiliki pemimpin yang bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala merupakan harga mati yang tidak bisa ditawar lagi, suara kita ikut menentukan.
Selasa, 14 Jun 2016
Petua-petua Untuk Mencegah Penyakit Jantung
JANTUNG adalah salah satu anggota penting pada badan manusia, Ia sentiasa berdenyut. Tugas asasinya ialah mengepam darah ke seluruh jasad manusia yang hidup. Jika jantung berhenti bergerak, maka bererti berhentilah kehidupan jasad seseorang- mati. Seperti dengan anggota-anggota yang lain juga, jantung terdedah kepada serangan berbagai-bagai jenis penyakit merbahaya yang boleh menjadi ancaman kepada kehidupan.
Kian maju manusia, kian terancam jantung mereka. Kian tidak selamat. Hari ini penyakit jantung kronis telah mengancam seluruh dunia. Ia menjadi pembunuh utama penduduk dunia hari ini. Seramai 17.3 orang setiap tahun di seluruh dunia menjadi korban penyakit jantung, dan menjelang tahun 2030 pula, ia dijangka akan meningkat kepada seramai 23 juta jiwa setiap tahun.
Malangnya sejak kebelakangan ini penyakit jantung ini telah menular ke negara kita Malaysia yang kian maju dari segi kebendaannya.
Malah pada tahun 1912 Malaysia merupakan sebuah negara yang paling tinggi angka kematiannya kerana penyakit jantung.
Mengikut kajian, di Malaysia penyakit ini berpunca daripada obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Sebahagian besar daripada penghidap-penghidap penyakit jantung itu terdiri dari golongan muda, dari seawal usia 24 tahun. Kajian itu menunjukkan bahawa 64 peratus pesakit jantung Malaysia adalah mereka yang berada dalam tahap lingkungan usia 65 tahun ke bawah, dan hanya 6 peratus sahaja mereka yang berada dalam lingkungan usia 65 tahun ke atas.
Dapat Diselamatkan
Walau bagaimana pun menurut Dr. Peter Steincrohn, seorang doktor dan penulis perubatan yang terkenal, mungkin ramai orang dapat diselamatkan selepas diserang penyakit jantung, kiranya dia bernasib baik kakinya patah, yang memaksa dia berihat, dan ini bererti memberi peluang kepada jantungnya untuk pulih kembali.
Menurut beliau untuk memberi rawatan yang wajar kepada jantung bukanlah semata-mata bergantung kepada rawatan dan pantang yang dijalani oleh seseorang selama beberapa minggu sahaja selepas dia diserang penyakit jantung, malah juga bergantung kepada gaya hidup seseorang untuk selama-lamanya selepas dia diserang penyakit jantung.
Ramai orang tidak menyedari, bahawa banyak orang yang telah diserang penyakit jantung boleh hidup banyak tahun lagi dengan penyakitnya itu. Malah ramai pesakit jantung yang menyangka dia akan mati dalam masa beberapa hari lagi selepas mendapat serangan jantung, tapi dapat terus hidup berpuluh-puluh tahun kemudian tidak seperti jangkaannya itu. Banyak kesakitan dan penderitaan dapat dihindari, andainya para pesakit dapat memahami matalamat yang ingin dicapai oleh sang doktor.
Menurut beliau tidak semua penyakit jantung itu serius sebenarnya. Tiga dari empat pesakit jantung yang dibawa ke dewan bedah didapati memiliki jantung yang sihat. Daripada berbagai-bagai sungutan kesakitan di bahagian jantung yang diadukan kepada doktor, tidak kurang pula aduan-aduan itu hanya berpunca daripada ketakutan dan kebimbangan mereka semata-mata.
[Saya mempunyai dua orang kawan yang pernah mengandaikan diri mereka menghidap penyakit jantung setelah membaca rencana-rencana dalam akhbar dan majalah tanah air yang mendiskripsikan tanda-tanda penyakit jantung yang dihidapi oleh seseorang. Maka kedua-duanya pun melayan diri mereka sebagai mangsa penyakit jantung. Tapi setelah dipaksa menemui doktor dan menjalani pemeriskaan, maka kedua-duanya didapati bebas dari penyakit jantung].
Tapi sebaliknya pula, menurut Dr. P. Steincrohn, ramai orang yang benar-benar menghidap penyakit jantung tapi enggan menemui doktor dengan berbagai-bagai alasan pula.
Beberapa Petua
Beliau selanjutnya mengutarakan beberapa petua kepada orang-orang yang sihat walfiat dan juga kepada penghidap-penghidap penyakit jantung, agar mereka dapat mencapai usia hidup yang lebih panjang.
Pertama-tamanya beliau memberi nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai gejala-gejala sebagai berikut supaya menemui doktor:
Batuk kronis, meludah berdarah, pingsan, lelah, bengkak pergelangan kaki, letih lesu, sembelit, berdebar, nadi berdenyut pentas, pendek nafas, sakit dada, pening-pening, dan tidak dapat baring dengan rapat belakang ketika tiudr.
Kedua beliau menasihati pesakit supaya mendengar apa yang dikatakan oleh doktor sahaja bukanya mengambil nasihat daripada kawan-kawan yang bersimpati tapi tidak mempunyai latihan-latihan perubatan dan tidak pula berdasarkan apa-apa yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar, majalah-majalah dan buku-buku.
[Seorang pesakit jantung, kebetulan seorang sahabat saya ketika berada dalam wad pertama kali di hospital selepas diserang penyakit jantung, tidak tahan mendengar berbagai-bagai pandangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat pengunjungnya yang ramai itu yang menyebabkan fikirannya menjadi serabut dan kusut. Doktor yang menerima aduannya itu meminta kebenaranya untuk meletak notis melarang kunjungan para pelawat walaupun keadaannya tidaklah begitu teruk demi untuk menjaga emosinya supaya tidak terus terganggu].
Penyakit jantung mempunyai banyak jenis, sesetengahnya ada mempunyai titik-titik keserupaan dan sesetengah pula mempunyai titik yang berbeza. Justeru setiap penyakit jantung ada mempunyai ubat-ubat yang tertentu. Namun begitu ada satu rawatan asasi kepada penyakit jantung, iaitu mengatur cara hidup yang wajar. Tanpa cara hidup yang wajar, maka kebanyakan ubat-ubat yang lain itu tidak berguna.
Pesakit jantung walaupun telah sembuh wajar menyusun hidupnya yang boleh meringankan kerja-kerja jantungnya. Menjaga badan supaya tidak bertambah gemuk. Jangan makan minum sesuka hati sahaja. Jangan bekerja keras. Jangan kejar waktu dan mengikut emosi, kerana semuanya itu boleh membebankan jantung. Jauhkan mengah dan lain-lain gejala yang boleh menganggu kenteraman. Tidak ada ubat untuk membolehkan pesakit jantung bekerja keras seperti biasa sebelum dia diserang penyakit jantung.
Justeru berat badan hendaklah dikawal supaya normal dan sejajar dengan keadaan fizikal seseorang, baik dari tinggi rendah, besar kecil dan tua muda usia mereka. Tindakan mengurus badan yang gemuk hendaklah dilakukan secara teratur, dengan memperbaiki cara makan minum dan mengamalkan riadah yang wajar, dan bukannya dengan memakan ubat-ubat kurus. Jangan makan terlalu banyak seumur-umur.
Pesakit jantung dinasihatkan supaya mengurangkan kecepatan, keberatan dan kegiatan-kegiatan yang melibatkan jasmani. Jangan berlari-lari untuk mengejar keratapi, [mengejar bas], menaiki tangga, jangan cuba memberhentikan kereta di tempat yang sempit, atau menggunakan mana-mana anggota jasmani dengan sehabis tenaga yang dimiliki.
Selepas selesai makan jangan libatkan diri dalam sebarang kegiatan jasmani, jangan lakukan sesuatu yang boleh memendekkan nafas. Andainya pesakit mulai merasa nafasnya singkat-singkat, atau merasa sakit dalam dada, dia hendaklah segera baring dan berihat sahaja.
Kerja-kerja menggunakan otak hanya boleh dilakukan bila otak berada dalam keadaan cukup segar dan berhenti bila merasa otak kepenatan. Dengan itu, perhatian dapat diberikan sebaik-baiknya kepada masalah kerja tanpa mendapat ketegangan mental yang berat.
Riaksi-riaksi emosional yang meluap-luap hendaklah dielakkan. Beliau memberitahu tentang seorang pesakit yang darahnya akan naik setinggi 60 poin bila dia berada dalam keadaan marah.
Kita selalu mempersalahkan orang lain yang melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kita, tapi tidak menganggap diri kita bodoh kerana membenarkan perbuatan-perbuatan seperti itu menganggu kententeraman kita.
Beliau menceritakan tentang seorang doktor yang menghidap penyakit jantung. Dia sedar riaksi emosi terhadap jantungnya, tapi dia tidak mampu mendisplinkan dirinya sendiri, menyebabkan akhirnya dia mati ketika dia berada dalam keadaan marah yang meluap-luap.
[Seorang jiran saya di kampung adalah seorang pesakit jantung pada mula-mulanya tidak serius. Tapi dia tidak dapat menerima dengan kelakuan dan tingkah laku salah seorang daripada anaknya yang selalu menimbulkan kemarahannya yang meluap-luap. Dia sering meluahkan perasaannya itu kepada saya. Pada suatu hari kerana terlalu marahnya dengan tindakan yang dilakukan oleh anaknya itu dia menjadi tidak sedarkan diri, dan terpaksa diusung ke hospital kerana diserang pernyakit jantung. Sejak itu kehidupanya tidak lagi normal seperti di masa-masa sebelumnya, dia tidak dapat lagi berfikir dengan normal].
Justeru bila ada sesuatu problem yang mulai menceutskan kemarahan, atau mulai menganggu kententeraman jiwa, maka kita dinasihatkan supaya segera merelek dan menenangkan diri kita agar perasaan yang mendidih dalam batin kita itu tidak meletup.
Beliau menasihatkan supaya bergembira dalam semua keadaan. Sikap mu-sang atau mudah terganggu dan cepat suggul tidak menolong mencergaskan jantung dan juga saluran-saluran darah. Sesunggunya untuk bergembira dalam saat-saat kesedihan tidaklah mudah. Ia mudah diucapkan tapi sukar dipraktikkan.
Justeru itu beliau menyarankan, ketika berada di dalam kesuggulan, cubalah fikirkan mana-mana pengalaman gembira yang telah dialami di masa lampau, kerana mud kita sering dapat dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan.
[Seorang doktor di sebuah hospital di negara kita pernah memberi nasihat kepada seorang pesakitnya, kebetulan sahabat saya, ketika berada dalam gangguan perasaan, supaya mengingatkan saat-saat gembira ketika dia mula-mula bertemu dengan isterinya menjelang mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga].
Jika pesakit itu seorang perokok, beliau menasihati pesakit itu supaya berhenti merokok, kerana dia yakin rokok merbahaya kepada orang yang sakit jantung.
[Seorang sahabat saya, ketika pertama kali diserang oleh penyakit jantung dan dirawat di sebuah hospital tempatan selama beberapa hari, sebelum dibenarkan keluar dari rumah sakit itu telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya supaya segera berhenti merokok dengan membuat satu akujanji bertulis yang dia tidak akan menjamah rokok lagi selepas itu. Sehingga kini dia masih lagi berpegang teguh akujanjinya itu]
Tegas Dr. Peter Steincrohn, “Penghidapan jantung anda memerlukan anda mengubahkan cara-cara hidup anda. Anda harus selalu tenang dan bergembira dan mengurangkan kegiatan-kegiatan badan, mental dan emosi”.
“Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sama menghidap seperti anda, tapi hari ini mereka masih sihat walafiat dan sedang melaksanakan kerja-kerja yang cemerlang. Anda juga boleh mencapai kesihatan yang dinikmati mereka andainya anda bersedia untuk menurut jejak cara-cara hidup mereka”. Demikian Dr.Peter Steincrohn.
Itulah sebabnya kita rakyat Malaysia harus sentiasa menjalani kehidupan dengan cara yang wajar, bersih dan suci lahir dan batinnya, lebih-lebih lagi kepada kita yang beragama Islam yang diwajibkan menjaga kebersihan diri jasmani dan ruhaninya sebagai hamba Allah dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat.
Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.
Cara Membuatnya
Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli.....dan boleh diminum.
Sukatan Minumannya
Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari....itupun sudah cukup kuat. Rasanya masam manis.
Supliment Tambahan
Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-
1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 - 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 - 118
Kesemua ayat2 diatas ada saya lampirkan di Halaman "Pengubatan Islam Assyifa'
Selamat mencubanya.
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.
Khamis, 9 Jun 2016
POLITIK DAN AGAMA & CADANGAN PINDAAN AKTA 355 MAHKAMAH SYARIAH
Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.
Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.
Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, susah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.
Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut. Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan. Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.
Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.
Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.
PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalahlaku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, arak dan murtad.
Orang bukan Islam tidak mungkin dibicara di Mahkamah Syariah dalam 4 kesalahan ini.
Akta 355, juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana di bawah kuasa kerajaan persekutuan. Oleh itu, tiada hukuman potong tangan seperti yang diwar-warkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes-kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang perseketuan di bawah Akta Jenayah.
Itulah ringkasnya cadangan bagi menaiktaraf kuasa Mahkamah Syariah ini. Ia sebuah inisiatif dari orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan jangan sesekali berbuat jahat demi memelihara keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.
Teruk sangatkah, dan gerun sangatkah cadangan pindaan yang sedikit ini terhadap Akta 355 melalui RUU persendirian Presiden PAS? Apakah reaksi berlebihan parti-parti politik bukan Islam setimpal dengan apa yang dicadangkan? Apakah hak orang Islam untuk melaksanakan ajaran Islam perlu dinafikan hanya kerana mereka sengaja mempolitikkan perkara yang tidak melibatkan mereka?
Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh melakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud? Oleh itu, adalah mustahil kerjasama politik dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya, terutamanya apabila perkara sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaiktaraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian. Dan itulah yang berlaku antara DAP dan PAS.
Orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya, sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka. Kewajipan orang Islam ini tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.
PAS tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355. Presiden PAS mengemukakan cadangan Pindaan RUU 355 melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima. Ia memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Di manakah alasan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan negara?
Punca rakyat, nama negara dan nilai Ringgit merana hari ini ialah kerajaan Umno-BN. Berlakunya pelbagai gejala sosial, rasuah, salahguna kuasa sehingga muncul pelbagai isu yang membebankan masyarakat di Malaysia hari ini seperti isu 1MDB, GST, isu dana RM2.6 bilion dan lain-lain menunjukkan satu penyelesaian menyeluruh diperlukan, terutamanya untuk mencabut akar budaya rasuah yang menyubur hari ini.
Menumbangkan kerajaan Umno-BN memang menjadi agenda perjuangan politik PAS sejak mula ditubuhkan. PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan bahkan sejarah pertembungan politik negara ini adalah pertembungan antara PAS dan Umno. Ahli-ahli PAS ditekan dengan pelbagai bentuk bahkan kerajaan Kelantan terus dianaktirikan dan sistem federalism tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.
Semua ini ditanggung oleh ahli PAS.
Adalah aneh ada pihak yang bertubi-tubi menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno. Apa lagi bukti PAS ialah musuh politik Umno yang lebih jelas daripada tindakan PAS melawan Umno di semua PRU dan PRK?
Kerjasama politik blok pembangkang memang menjadi hasrat rakyat negara ini, bahkan PAS juga melihat keperluan yang sama. Namun, bagi PAS, parti tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat PAS daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam sebagaimana PAS juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik bagi menyekat pengamalan bagi agama lain.
PAS berjuang di atas prinsip Islam sebagaimana kami diasaskan. PAS sejak dahulu tidak bersama Umno. Semua ini adalah berpaksi kepada pertembungan dasar antara PAS dengan Umno.
PAS menyambut baik apabila pihak kerajaan memberi ruang bagi Presiden PAS membentang RUU di Parlimen, kerana ini membuka ruang bagi untuk orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka. Ini melibatkan agama, sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan Umno untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA, GST dan 1MDB, PAS tidak akan berganjak daripada posisi membantah kerajaan.
PAS akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka. Pada masa yang sama, PAS akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan. Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
7 Jun 2016
Selasa, 7 Jun 2016
PRK 067 - Memilih Pemimpin Adalah Amanah Yang Sangat Besar
Perkembangan tamadun manusia pasti mencatatkan bahawa berdirinya sesebuah pemerintahan. Semuanya terbina dengan adanya pemimpin yang berkaliber. Kehidupan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka hanya akan membawa pelbagai kemelut dalam masyarakat dan negara.
Ceramah PemimpinPemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 yang bermaksud;
“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.
Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :
Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin sama ada pemimpin masyarakat, persatuan dan sebagainya.
Sesungguhnya melantik pemimpin adalah tuntutan syariat. Islam menyarankan bagi perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membentuk organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai adalah penting.
Hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang jujur dan amanah.
Sesungguhnya tidak akan terlaksana pergerakan sesebuah kumpulan atau organisasi kecuali dengan adanya pemimpin dan pengikutnya yang taat.
Kepimpinan Islam dalam semua peringkat organisasi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi cirri-ciri seorang pemimpin yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah. Pemimpin sanggup turun padang bertemu rakyat, melihat sendiri penderitaan, kemiskinan, kesakitan mereka sambil membantu dengan penuh keikhlasan.
Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah s.a.w awal-awal lagi menegaskan supaya umatnya menjadi pemimpin yang amanah. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghifari berkata kepada Rasulullah yang bermaksud:
"Tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi pemimpin wilayah?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia adalah sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya." (Riwayat Muslim)
Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikannya. Islam mengajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya, akan tetapi apa yang ditanya kelak ialah mengapa tidak berusaha menunaikan amanah?
Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai matlamat tidak akan berhasil kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakkal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.
Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu system kepimpinan bagi memastikan pelaksanaan yang syar’ie dan jelas antaranya adalah;
TUGAS SEBAGAI KHALIFAH
Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Baqarah, Ayat 30 yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi….”
Para ulama’ menjelaskan bahawa tugas khalifah ialah meneruskan tugas Nabi dan Rasul dalam perkara memelihara agama dan mentadbir dunia dengannya(agama). Dalam takrifan ini, kita dapati dua perkara yang penting dalam tujuan kejadian manusia iaitu menjaga agama (amar maaruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia (berdasarkan syariat Allah)
Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan ‘peruntukan-peruntukan kuasa’ yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.
Pemimpin mestilah yakin untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali Imran, ayat 19 yang bermaksud;
”Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam…”
MENYAMBUNG TUGAS RASUL
Bahawa Rasulullah saw merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul, namun tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman. Oleh itu, perlulah diwujudkan pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk menyambung tugas para rasul yang terdahulu. Walaupun tugas para rasul ini sewajarnya diteruskan oleh semua umat Islam.
IBADATULLAH (PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH)
Semua manusia adalah hamba Allah. Sama ada mereka orang biasa ataupun pemimpin mereka terletak di bawah tujuan mereka diciptakan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala di dalam Surah az-Dzariat, ayat 56 yang bermaksud;
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”
Imam Abu Yusuf r.a menulis kepada khalifah Harun ar-Rasyid menasihati beliau:
“Wahai Amirul-Mukminin, sesungguhnya bagi Allah sahajalah segala pujian, yang telah mengangkat kamu melaksanakan urusan yang amat besar, pahalanya amat besar dan balasan seksanya pun amat besar….”
Hal ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan ini termasuk di dalam perkara ibadat yang menjadi sebahagian daripada hikmah kejadian manusia. Oleh itu, kepimpinan tidak boleh lari daripada persoalan dosa dan pahala, halal dan haram dan sebagainya.
KEMASLAHATAN UMMAH
Pemimpin hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.
Kesimpulannya, marilah kita berusaha bersama-sama menjadi pemimpin yang melaksanakan amanah kepimpinan seperti yang dituntut oleh Islam. Apabila kita melaksanakan tugas dengan penuh keadilan dan kerendahan diri kepada Allah S.W.T, maka yakinlah bahawa itu adalah merupakan usaha kita untuk merintis jalan ke syurga yang akan dapat dinikmati buat selama-lamanya.
Justeru, kita hendaklah muhasabah diri, adakah telah sempurna amanah dan kepimpinan yang ditugaskan kepada kita? Mohonlah pertolongan dan bantuan Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan beban amanah dan kepimpinan ini, demi keselamatan dan kemaslahatan hidup kita di dunia yang sementara ini dan akhirat yang kekal selama-lamanya.
Surah Al=Ahzab ayat 36 yang bermaksud;
“Tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka mempunyai pilihan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.
Sumber : Jabatan Agama Islam Selangor
KEMBALINYA PERMATA UMMAH DI UTARA TANAH AIR
Sebentar tadi selesai Solat Jenazah Almarhum Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hashim Jasin, Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Wasiat beliau, ingin disimpan di KIDU bertemankan para mujahid di sana. Al-Fatihah!
Sungguh mulia kepulanganmu dihari dan saat yang amat mulia. Allah Ta'ala mengangkat kedudukanmu sejak di dunia lagi.
Mari kenali Tokoh Ummat ini
Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah.
Beliau yang dilahirkan pada 28 Julai 1948 mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Arau, Perlis.
Panggilan ilmu telah membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma Pendidikan.
Kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984. Beliau adalah kelulusan Ph.D Perundangan Islam (Ekonomi Islam (Al-Azhar), M.A Syariah & Undang-undang (Al-Azhar), B.A (Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya)
Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.
Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Brunei Darussalam dalam tempoh yang panjang sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.
Dr. Abdul Aziz Hanafi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-83 pada 20 Januari 2010.
Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Februari awal tahun ini yang juga disampaikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Berperwatakan sangat sederhana, zuhud dan wara', tokoh ulama ini sangat mudah didekati oleh masyarakat. Beliau dihormati oleh semua pihak di kalangan masyarakat. Mungkin cuma syiah yang membencinya. Hubungan beliau juga sangat baik dengan Sultan Kedah.
Apa yang lebih besar dan penting, jasanya dalam memerangi syiah di Malaysia sangat luar biasa. Dalam keadaan umur yang agak lanjut dan jasad tidak lagi terlalu kuat itu, Dr. Abdul Aziz masih kuat berhadapan dengan kejahatan dan provokasi Syiah yang semakin melampau. Kita doakan kesejahteraan beliau dan kita menyokong penuh perjuangan beliau menegakkan syariat Islam.
Alhamdulillah, KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah berbesar hati merasmikan Seminar Fahaman Syiah yang mengupas isu-isu aqidah yang bersangkut dengan syiah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah Oktober lalu. Dr. Abdul Aziz Hanafi antara yang sangat berjasa dalam penganjuran siri-siri penjelasan terhadap bahaya syiah khususnya di negeri Kedah.
Al-Fatihah.
Isnin, 6 Jun 2016
KERANA ISLAM ATAU KERANA POLITIK
Isu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1), bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016), menjadi perbincangan hangat, kerana adanya kalangan yang menjadikannya pertikaian yang dihangatkan dan modal politik tanpa maruah.
Kepada penganut Islam, sila tepuk dada tanya iman, bukan tepuk dada tanya selera. Wajib berdalil bukannya berdalih dan berdolak dalik. Di mana kepentingan menegakkan Islam yang diimani mengatasi tujuan politik, walaupun poilitik itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada Islam, namun kemanisan iman yang disifatkan oleh Rasulullah SAW:
ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان , أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما , وأن يحب المرأ لايحبه إلا لله , وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار (البخاري) "
Ada tiga perkara, sesiapa yang mempunyainya, menandakan masih adanya kemanisan iman didalam dirinya. (1) Allah dan Rasul dikasihinya lebih daripada yang lain. (2) Dia megasihi seseorang secara ikhlas kerana Allah dan (3) Dia benci kepada kekufuran laksana tidak mahu kalau dia dicampak ke dalam api neraka." (Al-Bukhari)
Kemanisan ini menjadikan semua pihak dalam kalangan penganut Islam tanpa mengira fahaman politik, termasuk yang tidak berpolitik, semuanya mendukung tujuan memartabatkan Syariat Allah secara umum, termasuk DYMM Raja-Raja melalui titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian Sidang Parlimen ini pada 7 Mac 2016. Tegas Baginda, mahukan taraf Mahkamah Syariah ditinggikan. Bukan undang-undang Hudud yang mengikut mereka yang berfahaman sempit terhadap Islam, yang meletakkan undang-undang Islam hanya jenayah Hudud. Maka dijadikan satu-satunya senjata paling kuat untuk menyerang Islam.
Usul seumpama ini telah diangkat beberapa kali, sejak Parliman Ke-9 (1995) dan persidangan akhir tahun 2015. Perubahan dibuat melalui rundingan di luar Parlimen, kerana medan politik bukan sahaja berbahas dalam Parlimen. Amalan demokrasi bukan sahaja dalam Parlimen, termasuk hubungan diantara kerajaan dan pembangkang secara perbincangan. Usul ini dibawa terlebih dahulu secara rundingan di luar Parlimen, mencari pendekatan damai, walaupun berbeza pendapat dan pendekatan. PAS tidak perlu memikul kesalahan DAP yang mengumpul masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina dan lain-lain ke dalam bakul pembangkang DAP, sehingga memilih secara kasar dan hanya bersorak di dalam Parlimen dan demonstrasi di jalanan untuk paparan berita hangat media.
Sebenarnya, usul ini berkaitan dengan penganut Islam sahaja, bagi membetulkan asas perlembagaan Negara. Perkara 3, Islam adalah Agama Persekutuan dan agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara bebas. Masalahnya Islam yang menjadi Agama Persekutuan ini masih tidak bebas, khusus bagi penganut Islam yang sudah dihimpit dengan masalah yang wajib diselesaikan dengan Syariat Islam.
Inilah yang menyedarkan umat Islam sendiri, bukan sahaja PAS, termasuk juga Umno dan lain lain, sama ada dia berpolitik atau tidak, daripada rakyat biasa sehinggalah Raja-Raja dan para pemimpin, seorang Islam yang baik atau jahat, kerana kecintaan kepada Islam yang ada dalam hati-hati mereka. Maka campur tangan pihak lain terhadapnya boleh dianggap melanggar sempadan dan mahu memecah tembok perbezaan yang harmoni.
Usul ini telah dikemukakan mengikut tempoh masa yang diwajibkan oleh Peraturan Mesyuarat, terlebih dahulu sebelum daripada kemalangan helikopter yang mengorbankan dua Ahli Parlimen yang kami semua mendoakan rahmat Allah kepada mereka, sehingga terpaksa diadakan dua PRK. Kalau usul tidak dikemukakan cukup tempoh harinya maka usul hendaklah ditolak. Usul ini sekadar menaikkan taraf Mahkamah Syariah dan sebahagian daripada hukum syariat yang hukumannya dalam perkara umum, termasuk undang-undang keluarga, pusaka dan wakaf yang lebih rendah daripada mahkamah sivil paling rendah. Inikah kedudukan Islam yang menjadi agama negara dalam perlembagaan?
Jelasnya, bahawa Rang Undang-Undang ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-Undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia dan membetulkan perjalanan undang manusia yang diizin Allah, di mana Mahkamah Syariah dan hukumannya lebih berkonsep mendidik masyarakat, bukannya menghukum.
Adapun hukuman jenayah yang disebut di bawah pindaan ini, lebih banyak dalam perkara takzir yang terlalu ringan yang bersifat mendidik masyarakat Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam tanpa paksaan. Ada pun hukuman jenayah berat dalam perkara Hudud dan Qisas seperti hukman bunuh, memotong tangan pencuri yang amat ditakuti oleh DAP dan sepertinya tidak terlibat. Sepatutnya mereka tidak perlu takut kalau tidak mencuri atau merompak, kerana pindaan undang-undang ini memerlukan majoriti 2/3, di mana mereka boleh menghalangnya, kerana sudah pasti mereka tidak menyokong, bahkan menghalangnya, kerana perangai mereka begitu rupa, walaupun perkara urusan penganut Islam.
Diulang lagi, sepatutnya pihak bukan Islam tidak perlu takut kerana ini bukan urusan mereka, ini urusan penganut Islam sahaja.
Kami hanya membawa usul untuk dibaca kali yang pertama yang belum boleh dibahas sebelum diluluskan, mengikut Peraturan Mesyuarat 15(5), untuk memberi peluang kepada semua pihak mengkaji dan menyediakan hujah dan alasan sehingga Persidangan Parlimen yang akan datang, memakan masa menunggunya lebih daripada tiga bulan.
Kami hanya membawa usul untuk dibaca kali yang pertama yang belum boleh dibahas sebelum diluluskan, mengikut Peraturan Mesyuarat 15(5), untuk memberi peluang kepada semua pihak mengkaji dan menyediakan hujah dan alasan sehingga Persidangan Parlimen yang akan datang, memakan masa menunggunya lebih daripada tiga bulan.
Kepada penganut Islam yang wajib menyokong usul ini, saya memberi peringatan dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ
"
Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanMu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadaMu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Maidah, ayat 49)
Adapun kepada parti yang dinamakan Parti Amanah yang pandai bersilat dengan kata-kata dan alasan berdalih, saya sebutkan firman Allah SWT:
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadaMu (melalui wahyuNya) dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (Surah An-Nisa', ayat 105)
Tegasnya, bahawa usul ini adalah membuka pintu ke arah mengisi kemerdekaan yang kita warisi bersama daripada generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Kemerdekaan itu bukan sekadar menghalau penjajah asing keluar daripada tanah air kita, bahkan juga membuang segala peninggalan mereka, termasuklah aspek perundangan. Mereka yang menghalang usaha ini adalah saki baki penjajahan pemikiran yang wajib membebaskan fikiran mereka daripadanya.
Kita wajib berterima kasih kepada semua pihak, kerajaan dan bukan kerajaan yang mendukung dan menyokong, serta memohon Allah supaya diberi pahala dan fadhilat manakala kepada pihak yang lain supaya bertaubat dan mendapat hidayat.
Kepada yang mahu bercakap atau menulis dalam tajuk ini, bacalah firman Allah SWT:
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (pada hari kiamat nanti) tentang apa yang dilakukannya." (Surah Al-Isra': ayat 36)
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sabtu, 4 Jun 2016
Aqidah Dan Perjuangan Tidak Dapat Dipisahkan.
Aqidah dan Perjuangan
Sabda Rasulullah SAW:
لاَتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ عَلَى الْحَّقِ ظَاهِرِيْنَ لاَيَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلاَمَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ
Maksudnya; " Akan sentiasa ada segolongan dari umatku berdiri atas kebenaran. Mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau mengganggu mereka, hinggalah datang urusan Allah SWT.
Pengertian Aqidah
Aqidah ialah sesuatu yang memastikan hati anda membenarkannya yang menjadikan anda tenang tenteram kepadanya. Menjadi kepercayaan anda yang bersih dari kebimbangan dan keraguan. Dengan kata lain akidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri, hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin.
Aqidah adalah asas kepada dasar hidup. Islam meletakkan asas aqidah di luar dari alam tabi'e. Asas yang pertama kepercayaan kepada Allah akan dapat membentuk satu bidang hidup yang tinggi. Seseorang yang menghayatinya akan merasa dirinya bebas dan merdeka dari ikatan mana-mana makhluk di alam semesta ini.
Sebaliknya seseorang yang kufur kepada Allah ialah seseorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempat yang betul. Orang yang tidak beriman kepada Allah mempunyai pandangan dan nilai hidup duniawi semata-mata. Manakala orang yang beriman pula memandang kehidupannya mempunyai hubungan dengan Allah yang memiliki alam semesta.
Orang yang tidak beriman terikat dengan kepentingan duniawi dan tidak akan mempunyai keberanian untuk berjuang kerana sangat takut kepada mati. Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Rubai' bin Amir ketika dihantar untuk menemui Panglima Perang Parsi yang bernama Rustam di dalam satu pertempuran dengan Parsi. Rustam menjemput wakil dari tentera Islam untuk mengambil tanah jajahan kerajaan Parsi. Katanya: " Kalau itulah maksud kedatanganmu, ambillah asalkan kami tidak diperangi. Rubai' bin Amir menjawab :
إِنَّ اللهَ قَدْ اِبْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَىْ عِبَادَةِ اللهِ وَمِنْ جَوْرِ اْلأَدْيَانِ إِلَىْ عَدْلِ اْلإِسْلاَمِ وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَىْ سِعَةِ الْدُّنْيَا وَ اْلآخِرَةَِ
" kami diutuskan untuk membebaskan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah dan daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat ".
Orang yang beriman sudah tentu tidak ragu-ragu untuk berjuang dan mati. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). ( Al Hujurat : 15 )
Sebagai contoh Khalid bin Al Walid dengan10,000 tentera Islam dapat mengalahkan 100,000 tentera Parsi. Seorang ketua tentera Parsi bertanya: " Bagaimana tentera Islam yang sedikit dapat mengalahkan tentera Parsi yang ramai ?. Beliau menjawab: " Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup, kamu berjuang untuk hidup dan kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati sebab itu kami menang".
Begitu juga dengan Badar Al Qubra. Tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW hanya dengan 313 orang bersama dengan kelengkapan peperangan yang sedikit dapat mengalahkan tentera kafir yang berjumlah 1000 orang dengan kelengkapan yang banyak. Sesungguhnya orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasa dirinya tidak selamat. Sebaliknya orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (AIi Imran : 102 )
Aqidah Dan Perjuangan Tidak Dapat Dipisahkan.
Para pejuang Islam yang berjuang atas dorongan aqidah akan mengenali bagaimana cara untuk mati, dengan mengenali kematianlah perjuangan akan hidup segar, kerana seseorang yang lemah tidak akan merasa takut dengan kelemahannya, dan orang yang merasa serba kekurangan tidak akan merasa terhina dengan kekurangannya kerana perjuangannya bukan dinilai dari apa yang diperolehi, tetapi dari apa yang diperolehi dari Allah SWT. Demikian juga seseorang yang senang, tidak akan berbangga dengan kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya dan yang berilmu tidak akan berbangga dengan keilmuannya kerana dia tahu bahawa semuanya tidak bererti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT.
Dengan itu asas keimanan akan dapat membentuk kehidupan Ruhaniyah dan Aqliah yang akan dapat mewujudkan istiqamah dalam perjuangan. Inilah rahsia kekuatan para mujahid dalam perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah Allah yang tinggi. Inilah juga rahsia kekuatan perjuangan PAS yang jelas berasaskan kepada Aqidah Islamiah yang tidak mampu digugat oleh mana-mana pihak.
Akidah dan perjuangan di dalam gerakan Islam tidak dapat dipisahkan, seperti tidak dapat dipisahkan manis dari gula dan masin dari garam. Aqidah Islamiyyah bukanlah satu aqidah yang beku yang hanya merupakan satu pebendaharaan hati. Ia mestilah dijelaskan, dijelma dan diterjemahkan di dalam tindakan serta amalan seseorang. Ia juga merupakan satu keyakinan yang tersirat dan terpahat kukuh di dalam hati serta dibuktikan dengan amal. Amal pula merupakan penghayatan kepada Aqidah.
Orang Yang Berjuang Atas Dasar Aqidah Sudah Tentu Menyakini:
Pertama : Hakimiyyah ( Kekuasaan Mutlak ) adalah milik Allah.
Kedua : Kebenaran tidak ditentukan oleh suara majoriti.
Ketiga : Kelemahan umat Islam adalah kerana kejahilan.
Keempat : Wujudnya musuh dari golongan perosak
a. Pemerintah Sekular
b. Ulama' Jahat
c. Golongan Munafiq
d. Golongan memperalatkan Islam untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.
Kelima : Perjuangan Islam adalah kewajipan dan mesti diteruskan
Keenam : Perjuangan Islam bersifat Global
Ketujuh : Islam sebagai penyelamat dan tanggungjawab memperjuangkannya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad : 17 )
Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. ( Ar Rad : 11 )