Selasa, 27 Oktober 2015
Hujah Ulama Mengisbatkan Allah Wujud Tanpa Berhajat Kepada Tempat.
Allah swt berfirman yang maksudnya: "Tiada suatupun yang menyerupai-Nya". (As-Syura:11)
Ahlus sunnah menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa Allah itu wujud tanpa memerlukan tempat. Kerana yang wujud dengan bertempat hanyalah makhluk ciptaan Allah. Dan Allah tidak menyerupai suatupun makhluknya. Oleh itu Allah tidak berhajat kepada tempat.
Dalil daripada hadis pula ialah sabda Rasulullah yang bermaksud: "Allah telah wujud dan tiada suatu yang lain wujud selain-Nya". (hadis riwayat Bukhari dan Al-Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan bahawa sejak azali tiada suatupun yang wujud melainkan Allah sahaja kerana Allah wujud tanpa ada bagi-Nya permulaan. Pada azali tiada suatupun makhluk yang wujud samada cahaya, kegelapan mahupun tempat.
Jadi Allah telah sedia wujud sebelum adanya tempat. Selepas diwujudkan tempat maka Allah masih dalam keadaan asal-Nya iaitu tanpa bertempat.
Mereka yang mengatakan bahawa Allah berada di tempat tertentu selepas terciptanya tempat tersebut, sesungguhnya telah menjadikan Allah itu bertukar dan berubah. Dan setiap benda yang berubah adalah makhluk kerana sifat makhluk adalah berubah-ubah.
Mereka telah menyamakan Allah dengan makhluk tanpa mereka sedari. Perhatikan setiap makhluk yang wujud di dunia ini semuanya berubah. Manusia misalnya berubah daripada kecil kepada dewasa kemudiannya menjadi tua seterusnya menemui ajal. Begitu juga dengan haiwan dan binatang yang melata semuanya mengalami perubahan.
Jadi bagaimanakah mereka boleh mengatakan Allah itu wujud dengan bertempat?
Jika mereka katakan kepada anda bahawa Allah itu tinggal di langit maka katakan kepada mereka: "Sebelum langit dicipta, di mana Allah tinggal pada masa itu?".
Begitu juga jika mereka katakan kepada anda bahawa Allah itu duduk di atas Arash maka katakan kepada mereka: "Sebelum diciptakan Arash maka di mana Allah duduk?".
Jika mereka mengatakan sebelum langit dicipta Allah wujud tanpa bertempat, tapi selepas langit dicipta maka Allah tinggal di langit, maka katakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu telah menjadikan Allah itu bertukar dari satu keadaan kepada keadaan yang lain iaitu daripada tidak bertempat kepada bertempat dan ini adalah sifat makhluk. Kamu telah menyamakan Allah dengan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta makhluk-makhluk yang lain kerana kesemua makhluk tersebut berubah. Dan barangsiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk maka dia tidak mengenali tuhannya dan dia dengan itu juga telah kufur kepada tuhannya".
Kata-kata ulama ahlus sunnah yang menyatakan bahawa Allah itu tidak bertempat:
1. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi (wafat 429 hijrah) di dalam kitabnya Al-Farqu Bainal Firaq berkata: "Ahlus sunnah telah berijmak bahawa Allah wujud tanpa bertempat".
Jadi barangsiapa yang menyalahi pendapat ini maka ketahuilah bahawa dia bukan dari golongan ahlus sunnah walaupun dia mendakwa sedemikian, bahkan ketahuilah bahawa dia itu seorang MUSYABBIHAH iaitu orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk.
2. Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dan Ar-Ramli meriwayatkan daripada Saidina Ali bahawa beliau berkata: "Allah telah ada sebelum wujudnya tempat, dan keadaan-Nya sekarang seperti keadaan asal-Nya (iaitu tanpa bertempat)". Lihat kitab Al-Farqu Bainal Firaq dan Fatawa Shamsuddin Ar-Ramli.
3. Al-Hafiz Murthado Az-Zabidi di dalam kitabnya Syarah Ihya' meriwayatkan daripada Imam Ali Zainul Abidin bahawa beliau berkata: "Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tidak bertempat".
4. Imam Tajuddin Muhammad bin Hibatillah Al-Makki di dalam kitab akidahnya yang dinamakan 'Hadaiq Al-Fusul Wa Jawahir Al-Usul', yang mana kemudiannya dikenali dengan nama 'Akidah Solahiyah' iaitu nisbah kepada Sultan Salehuddin Al-Ayyubi berkata:
"Sesungguhnya Dia telah wujud dan tempat tidak wujud Dan keadaan-Nya sekarang seperti mana keadaan asal-Nya Maha Suci Allah daripada berada pada tempat Dan Maha Suci Allah daripada berubah dengan masa"
Nota: Akidah ini diperintahkan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi supaya diajar kepada kanak-kanak disekolah-sekolah pada zaman itu. Sultan Salahuddin seorang yang bermazhab Syafie. Beliaulah yang membebaskan Masjid Al-Aqsa (Al-Quds) daripada tangan tentera salib Kristian.
Ketahuilah bahawa pada zaman ini telah wujud satu golongan yang menamakan diri mereka sebagai 'ahlus sunnah wal jamaah' (ahlus sunnah palsu) dan menyebarkan akidah bahawa Allah itu tinggal di langit dan duduk di atas Arash.
Mereka adalah pengikut kepada Ibnu Taimiyyah Al-Harrani yang wafat pada tahun 728 hijrah. Dan Ibnu Taimiyyah ini mempunyai seorang ank murid yang kuat memperjuangkan idea-idea beliau yang bernama Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Dan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ini pula wafat pada tahun 756 hijrah.
Ibnu Taimiyyah ini mati di dalam penjara dan beliau dipenjarakan kerana akidahnya yang sesat itu. Beliau bukanlah mati dizalimi seperti yang dikatakan oleh setengah pihak yang jahil tentang diri beliau.
Antara ulama yang menentang Ibnu Taimiyah:
a. Imam Mujtahid Al-Hafiz Taqiyuddin As-Subki
b. Al-Hafiz Abu Hayyan Al-Andalusi (seorang ahli tafsir yang terkenal)
c. Imam Tajuddin As-Subki (beliau anak kepada Imam Taqiyuddin As-Subki)
d. Al-Hafiz Salahuddin Al-Ala'ie
e. Al-Hafiz Az-Zahabi
Ulama-ulama yang disebutkan itu tadi ialah mereka yang hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyah.
Dan anak murid Ibnu Taimiyah sendiri iaitu Al-Hafiz Az-Zahabi di dalam kitabnya An-Nasihah Az-Zahabiyah mengatakan: "Sesungguhnya Aku telah letih memerhati dan menilai Ibnu Taimiyah sehingga akhirnya aku menjadi bosan dalam jangka masa yang panjang.Tidaklah Ibnu Taimiyah itu dipinggirkan oleh ulama Mesir dan Syam, sehingga mereka memperkecilkannya, dan mereka mendustakannya serta mereka mengkafirkannya melainkan disebabkan sifat ujub dan takabbur kecintaan Ibnu Taimiyah yang mendalam untuk menjadi ketua segala ulama".
Pada mulanya Al-Hafiz Az-Zahabi ini memuji Ibnu Taimiyah kerana Ibnu Taimiyah ini adalah gurunya. Tapi selepas menyedari hakikat Ibnu Taimiyah yang sebenarnya, maka beliau pun meninggalkannya.
Antara ulama yang menyebut tentang hal sebenar Inbu Taimiyah ialah Al Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab beliau Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari dalam kitab at-Tauhid, Ibnu Taimiyah mengatakan Arash adalah Qadim iaitu wujud sejak azali bersama Allah tanpa ada penciptanya, tidak syak kata-kata seperti ini adalah 'Kufur' iaitu murtad keluar dari agama islam.
Kemudian Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya yang berjudul Ad-Durar Al-Kaminah menyebutkan bahawa Ibnu Taimiyah dipenjara disebabkan oleh Fatwa-fatwa beliau yang bercanggah dengan Akidah umat Islam dan Ijmak Ulama.
Bahkan salah seorang anak murid Ibnu Taimiyah yang bernama Salahuddin As-Sofadi di dalam kitab tarikhnya yng berjudul 'A'yan Al-Asr Wa A' wan An-Nasr' turut menyebutkan hal yang serupa. Ini membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani adalah benar dan bukan dusta.
Antara ulama lain yang datang selepas Ibnu Taimiyah yang menghukumkan Ibnu Taimiyah sesat ialah Ibnu Hajar Al-Haithami, salah seorang ulama dalam mazhab Syafie, seperti yang dinyatakan di dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Hadisiyah. Di dalam kitab ini beliau mengatakan: "Ibnu Taimiyah adalah insan yang dihina dan disesatkan oleh Allah".
Idea-idea sesat Ibnu Taimiyah ini kemudiannya dikutip pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas mazhab Wahabi). Beliau ini juga diisytiharkan oleh ulama zamannya sebagai seorang yang sesat. Bahkan bapanya sendiri iaitu Syaikh Abdul Wahab dan abang kandungnya Syaikh Sulaiman bin Abdul Wahab menghukumkan beliau sesat.
Abang kandungnya Syaikh Sulaiman Abdul Wahab telah mengarang sebuah kitab untuk menentang ajaran Muhammad Abdul Wahab yang dinamakan 'Fashlul Khitob Fi Raddi 'Ala Muhammad bin Abdul Wahab'.
Syaikh Ahmad Zaini Dahlan iaitu seorang mufti mazhab Syafie di Mekah mengarang sebuah kitab yang dinamakan 'Fitnah Al-Wahabiah'. Di dalam kitab ini beliau menyebut tentang kesesatan dan kekejaman yang dilakukan oleh Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya.
Syaikh Muhammad bin Abdullah Al-Najdi Al-Hanbali di dalam kitabnya 'As-Suhub Al-Wabilah'menyebut tentang kejahatan Muhammad bin Abdul Wahab di mana beliau berkata : "Muhammad bin Abdul Wahab ini jika gagal membunuh orang yang dibencinya di waktu siang maka dia akan menghantar orang lain pada waktu malam untuk membunuh orang tersebut di pasar atau di tempat tidurnya. Ini disebabkan beliau menganggap orang yang menyalahi pendapatnya adalah kafir dan halal darahnya"
Seorang ulama fikah mazhab Hanafi yang bernama Ibnu Abidin di dalam kitabnya 'Raddul Mukhtar' (kitab Al-Bughaat) menyifatkan Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya sebagai golongan Khawarij.
Golongan Wahabi inilah yang menghidup dan menyuburkan kembali idea Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Ibnul Qayyim Al-Jauziyah. Dan sekarang mereka sedang menyebarkan dakwah mereka di seluruh dunia. Berhati-hatilah daripada mereka kerana mereka menyebarkan akidah golongan musyabbihah.
Wallahhu Taala A'lam Wa Ahkam.
Isnin, 26 Oktober 2015
KEPERLUAN KEPADA SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH
1. PENGERTIAN JEMAAH
Jamaah dari segi Bahasa berasal dari Bahasa Arab bererti bilangan yang ramai dari manusia tertentu yang berkumpul di atas satu tujuan.
Dari segi syara’ berdasarkan al-Qur’an dan AsSunnah, Jamaah Islamiyyah ialah satu jamaah (perkumpulan umat Islam) yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di atas mandat seorang khalifah (Amir, imam atau ketua daripada kalangan orang Islam ) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpinoleh ahli-ahli Islam dan jamaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua atau amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi dan menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.
2. KEPERLUAN KEPADA SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH
a) Jamaah Islam merupakan satu institusi yang bergerak memperjuangkan Islam dari sebarang ancaman musuh-musuh Islam. Oleh itu jemaah diperlukan untuk membina individu, keluarga, masyarakat, pemerintahan dan perlaksanaan undang-undang Islam.
b) Umat Islam yang berorganisasi dengan jemaah Islam yang benar-benar mempoerjuangkan Islam tidak akan dapat disesatkan oleh musuh kerana mereka sentiasa dilindungi oleh ajaran Al-Qur’an dan Hadis Nabi saw. Nabi saw bersabda:-
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan dari kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
Sabda Nabi saw lagi:
“Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab”
c) Jemaah Islam merupakan satu tempat melatih kita berkepimpinan dengan cara memberi wala’ dan baiah kepada seseorang ketua pimpinan. Sebagaimana Sabda Nabi saw:-
“Apabila berangkat tiga orang dalam musafir, maka salah seorang daripada mereka hendaklah menjadi ketua”
d) Berjemaah merupakan jalan pelaksanaan cita-cita Islam untuk memakmurkan bumi Allah ini, berlandaskan kaedah usul fiqh.
“Tidak sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya maka ia adalah wajib.”
e) Berjemaah boleh menambahkan keutuhan hubungan antara mukmin dengan mukmin yang lain. Mereka juga saling mempercayai, menyayangi serta bekerjasama dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Firman Allah swt:-
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan mengeleluarkan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah” (Surah At Taubah : 71)
f) Bagi orang yang berada dalam jemaah Islam, mereka adalah syuhada’ dan pejuang Islam yang sanggup bekerja dan beramal untuk keredhaan Allah.
g) Beriltizam dengan kepatuhan, ketaatan dan disiplin jemaah. Setiap anggota jamaah mestilah beriltizam dengan memberi sepenuh keyakinan, ketaatan dan komitmen dengannya. Kesetiaan dan kepatuhan ini terpancar dari dalam diri ahli-ahli sendiri dengan kerelaan dan kecintaan kepada jamaah.
h) Jemaah Islam sebagai pembentuk masyarakat berakhlak. Sesungguhnya kekuatan sesebuah jamaah bukan hanya bergantung kepada pencapaian dalam bidang ekonomi, politik, teknologi, perhubungan dan sebagainya tetapi juga kepada kekentalan semangat beragaman dan akhlak mulia. Seringkali organisasi yang tidak berasaskan keredhaan Allah mengalami kehancuran akibat keruntuhan moral ahli-ahlinya seperti pecah amanah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Jamaah Islam adalah pemangkin masyarakat kea rah melahirkan masyarakat yang bermoral.
i) Jamaah sebagai pelantar masa depan ummah. Masyarakat Islam kini menghadapi pelbagai masalah sama ada dari dalaman atau luaran, ditambah pula dengan kemunduran berbanding dengan Negara-negara lain. Jamaah Islam perlu menyatukan semula umat Islam dan membuat perancangan mengenai arah tuju dan corak pentadbiran Islam pada masa depan, umat Islam bukan sahaja ditelan arus kemajuan tetapi menjadi mangsa kemusnahan dari musuh-musuh Islam.
3. DALIL DAN KEWAJIPAN BERJEMAAH
Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan. Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalahmustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.
Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:
a) Dalil daripada al-Qur’an
Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalh orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)
Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.
Firman Allah swt;
“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu beriman kepada Allah” (Ali Imran ayat 110)
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)
‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.
b) Dalil daripada hadis Rasulullah saw:
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
Hujah berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau tindakan itu menjadi sebab sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.
Jika diperhatikan pada golongan yang menentang Islam, maka didapati mereka itu bekerja secara jamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun. Kerana itu tidak dapat diterima syara’ dan akal musuh-musuh ini dapat dihadapi dengan jayanya oleh usaha-usaha individu-individu yang terpancar-pancar.
4. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH
1. Membentuk kesedaran dan penghayatan Islam terhadap masyarakat.
Jamaah Islamiyyah adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap ubudiyyah kepada Allah. Kesedaran ini pula hendaklah diasaskan kepada hakikat bahawa Islam tidak dapat wujud bersama jahiliyyah. Perubahan yang dipimpin oleh jamaah Islam adalah satu perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini bermula dengan memberi penjelasan kepada manusia berkenaan aqidah Islam yang kukuh supaya mereka dapat membezakan di antara hak dan batil.
2. Mentarbiyyah dan menyusun du’at di dalam sebuah gerakan untuk berperanan sebagai penggerak dakwah di dalam masyarakat.
Setiap usaha kea rah perubahan memerlukan penggerak. Penggerak ini perlu terlebih dahulu disediakan untuk memikul tugas kepimpinan da’wah dan risalah. Peranan ini hendaklah dilaksanakan oleh jamaah agar persediaan yang sepatutnya telah dilakukan sebelum ianya terus terjun ke kancah perjuangan yang lebih luas.
Kesedaran Islam yang disebarkan oleh jamaah Islam di dalam masyarakat semestinya dapat mendorong beberapa orang di kalangan masyarakat yang sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk terlibat dalam perjuangan Islam. Unsure-unsur inilah yang mesti dikumpulkan oleh jamaah Islamiyyah bagi menguatkan soffnya untuk melaksanakan tugas-tugas penyusunan tanzim dan penyebaran da’wah kepada masyarakat.
3. Mengepalai risalah perjuangan Islam dan berfungsi sebagai Negara Islam.
Jamaah Islamiyyah yang tegak di atas prinsip untuk menghancurkan taghut dan menegakkan aqidah dalam mengepalai risalah Islam yang syumul. Ia hendaklah benar-benar menonjolkan ciri-ciri Islam yang sepenuhnya dari segi aqidah, syariat, ibadah dan akhlak.
4. Menentang dan menghancurkan jahiliyyah dari akar umbinya hingga kepada seluruh manifestasinya.
Perubahan yang dilaksanakan oleh jamaah Islamiyyah adalah perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini adalah yang dapat mewujudkan tuntutan asas terhadap penerimaan manusia dan masyarakatnya terhadap Islam. Tuntutan asas ini ditegaskan oleh al-Qur’an:
“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” (Surah Al Baqarah : 208)
5. Menegakkan Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan jahiliyyah dan terus berjuang untuk berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.
Jamaah Islam mestilah mencabut jahiliyyah ke akar umbinya sebelum menegakkan Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah mesti ditegakkan di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini kerana selagi jahiliyyah mempunyai tapak dalam masyarakat, maka selagi itulah perubahan yang total tidak dapat diwujudkan oleh Jamaah Islam.
Tertegaknya Negara Islam beerti tugas-tugas da’wah dan jihad yang dahulunya tidak dapat dilaksanakan melalui kuasa pemerintahan dan perundangan kini dapat dilaksanakan melalui kuasa Negara. Tujuan Daulah Islamiyyah bukan hanya mewujudkan suasanan damai, melindungi keselamatan rakyat dan menentang pencerobohan musuh dari luar, tetapi juga untuk melaksanakan hokum-hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan da’wah Islam di seluruh pelusuk Negara.
5. CIRI-CIRI JAMAAH ISLAM HAKIKI.
Di antara cirri-ciri yang ada pada sebuah jamaah Islamiyyah adalah:
1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula ummah.
Jamaah ini dapat membebeaskan semula golongan mustad’afin (golongan yang lemah) dan menyelamatkan dunia dari kehuru-haraan dan kehancuran.
2. Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri.
Jamaah ini lahir daripada tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka ialah orang-orang yang berjaya” (Surah Ali Imran : 104)
Sabda Nabi saw yang diriwayatkan dari Huzaifah Ibnu Yaman:
“Wajiblah kamu bersama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka”
3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam.
Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu, Turki dan bangsa-bangsa tertentu sahaj bahkan ianya untuk seluruh manusia.
4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh tidak kurang dan tidak melampau.
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata” ( Surah Al Baqarah: 207)
5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan Islam.
Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berterus-terang dalam menyatakan kebenaran walaupun di saat orang lain membisu seribu bahasa. Meskipun mereka ditindas, namun Jamaah Islamiyyah tetap diteruskan dengan perjuangannya yang suci.
Jamaah Islam itu sentiasa wujud di sepanjang sejarah dan ia berperanan menjaga Islam dan memeliharanya dengan lengkap dan sempurna sama ada dalam hal-hal aqidah, akhlak, perjalanan hidup serta kewajipan beriltizam dengan Islam sebagai cara hidup.
6. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang membolehkan umat Islam bersatu.
Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatupadukan para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.
7. Di antara sifat-sifat Hizbullah ialah:
– Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka
– Merendah diri sesama mukmin
– Bersikap tegas dengan orang-orang kafir.
– Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.
– Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan para mukmin (pimpinan).
– Mendirikan solat.
– Menunaikan zakat
– Sentiasa ruku’ kepada Allah
Sifat mereka tersebut selari dengan Firman Allah di dalam Al-Qur’an:
“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya(murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah, bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersifat tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah amat luas limpah kurnianya lagi meliputi pengetahuanNya” (Surah Al-Maidah : 54-56)
6. REALITI JAMAAH ISLAM MASA KINI.
Gerakan islam yang muncul di beberapa Negara telah memainkan peranan amat penting dalam mencetuskan perubahan sosial di dalam lingkungan operasinya. Dengan pelbagai pendekatan, gerakan Islam bergerak ke arah mencapai cita-cita membangunkan kegemilangan dan keagungan Islam.
Kemunculan gerakan-gerakan sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya. Tetapi realiti yang berlaku, gerakan-gerakan yang septutnya mengungguli konsep al-ta’awun fil birr- wa al taqwa dalam membangunkan Islam tidak mengikut acuan sepatutnya. Bahkan persefahaman yang sepatutnya dijadikan penghubung antara mereka diganti dengan perbalahan dan perlumbaan yang tidak menguntungkan. Hasilnya agenda membangunkan Islam terpaksa dikongsi dengan agenda perseteruan sesame gerakan Islam yang dengan sendirinya melemahkan kembali Islam.
Pertembungan yang berlaku sedikit sebanyak menimbulkan kesan buruk terhadap Islam dan umatnya. Umat Islam semakin kabur tentang Islam ditengah-tengah pertembungan gerakan Islam. Anggota-anggota gerakan Islam juga tidak sekata di dalam menghadapi situasi ini. Bahkan kebanyakan mereka mengambil jalan mudah dengan bertindak berkecuali dan escape daripada gerakan dakwah.
Umat Islam perlu menyedari keunikan mereka sebagai umat yang satu (ummatan wahidah). Usaha-usaha ke arah itu perlu dirancang dan difikirkan semula dengan mengenepikan segala kepentingan dan hawa nafsu dan meletakkan kepentingan ummah sebagai agenda utama. Justeruj, gerakan Islam perlu nmengambil beberapa langkah dalam usaha mewujudkan perpaduan dengan penuh rasa pengorbanan dan pengharapan agar perpaaduan ummah wujud sekali lagi untuk menerangi alam yang gelap gelita.
7. TA’ADDUD JAMAAH: PENGERTIAN, FAKTOR PENYEBAB, KESAN DAN PENYELESAIANNYA.
Ta’addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah.
Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya ‘ Ar-Risalah’ merengakan bahwa : mengikut fahaman saya terhadap Rasulullah saw:
“Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka”
Bahawa gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja. Walaupun demikian sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di Negara kita. Di Negara kita ini terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.
8. HAKIKAT PERBEZAAN DAN PERSELISIHAN
Sebenarnya, apabila diteliti sebab wujudnya pelbagai jamaah dan memerhati tabiat kemunculannya, kita akan dapati bahawa kebanyakannya berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para daie. Mereka memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat, berpandukan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.
Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah swt dalam Al-Maidah 5:48.
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”
Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada al-Qur’an an as-Sunnah samalah dengan perbezaan manhaj para nabi dan syariat mereka dalam sesetengah perkara, sedangkan agama mereka sama. Firman Allah swt Al-An-am 6:161
“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”.”
dan an-Nahl 16:123.
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
Kepelbagaian manhaj inilah yang telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah hai ini. Hal ini telah mengajak mereka untuk berijtihad berdasarkan pemahaman mereka terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-Hadith. Ijtihad ini sendiri mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ia mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan.
Hasil daripada perbincangan di atas menjelaskan bahawa di sana terdapat kepelbagaian dan perbezaan yang telah menjadi fitrah manusia. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan perpaduan yang dituntutserta larangan perpecahan ummah kerana perbezaan dalam persepsi ini sememangnya suatu yang diharuskan oleh syara’ dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
9. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TA’ADDUD JAMAAH.
Banyak jamaah yang muncul dengan faktor-faktor (dakwaan) tersendiri, antaranya ialah:
1. Gerakan Islam sedia ada telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita Islam belum tercapai.
2. Gerakan Islam sedia ada tidak lengkap dan menyeluruh.
3. Gerakan Islam sedia ada mempunyai kekeliruan dan seribu satu persoalan. Justeru mewujudkan Gerakan Islam baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja dalam lapangan Islam daripada pelbagai tuduhan dan subahat serta persoalan yang pelbagai itu.
4. Gerakan Islam sedia ada banyak melakukan kesalahan.
10. NATIJAH BERBILANG JAMAAH.
1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangka tidak mengenainya juga turut dihadapi.
2. Mereka tidak sedar bahawa yang ditentang ialah Islam sekalipun atas nama apa jamaahnya.
3. Kecacatan yang mereka lihat ada pada orang lain hinggakan menubuhkan jamaah baru sebenarnya telah berada pada mereka. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah sebahagian pemecahan kepada umat Islam.
4. Jamaah baru itu hanya seperti gerakan dhirar yang mengelirukan orang ramai terhadap kemampuan Islam menyelesaikan masalah ummah.
Rujukan :
1. Kertas Kerja Jemaah Islamiyyah (UM)
2. Kertas Kerja Amal Jamaie dan Tuntutannya (UM)
3. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)
4. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi).
5. Manhaj Daurah Tadribiyyah (tajuk Akhlak dan Adab Berjemaah).
Khamis, 22 Oktober 2015
MENYAMBUT HARI ASYURA (10 MUHARRAM)
Pendahuluan
HARI ASYURA yang ditetapkan pada 10 Muharram setiap tahun. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk menggunakan kesempatan yang mulia ini untuk melakukan amalan-amalan yang sesuai dengan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Pada hari tersebut kita disarankan untuk sentiasa berusaha dan berwaspada agar amalan-amalan yang dilaksanakan tidak TERPESONG dari ajaran Islam. Ini disebabkan terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh umat Islam dikategorikan sebagai BI’DAH (amalan yang ditolak) yang kita sangkakan BAIK, sebenarnya adalah BURUK dari sudut hukum syarak. Senario ini boleh diibaratkan;
“ku sangkakan ia manis seperti MADU, rupa-rupanya ia adalah RACUN yang membinasakan aqidah kita”.
Definisi Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Manakala Asyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ) di dalam kalender Islam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Sejarah Hari Asyura
Pada masa zaman sebelum Islam, ‘Asyura’ diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut ‘Asyura’. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah S.A.W. iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.
Menurut tradisi masyarakat Islam, Rasullulah S.A.W. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa A.S. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa diWAJIBkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan setahun kemudian. Oleh itu, HUKUM melakukan puasa pada 10 Muharram telah ditetapkan sebagai amalan SUNAT dan bukan WAJIB kepada umat Islam.
Perihal turunnya perintah ini telah diterangkan oleh Syaidatuna A’isyah R.A; “Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi S.A.W berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya:
“Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)”
Sumber : Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
Persepsi Hari Asyura Mengikut Perspektif Syiah
Tarikh keramat 10 Muharram 61 Hijrah atau tanggal 10 Oktober 680 Masehi merupakan Hari Pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq. Pertempuran ini terjadi di antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali bersama pengikutnya sebanyak 70 orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah iaitu Khalifah Umayyah pada saat itu bersama hampir 10 ribu bala tentera. Di dalam pertempuran tersebut, hampir semua ahli kumpulan termasuk Husain bin Ali gugur syahid kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah S.A.W telah dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka untuk menghadap Khalifah di Damaskus dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan dikenakan hukuman tahanan rumah.
Pembohongan Syi’ah Terhadap Hari Asyura
Sejak dahulu golongan Syi’ah sudah terkenal dalam membuat hadis-hadis PALSU, bahkan mereka mempunyai kepakaran dalam membuat riwayat-riwayat palsu. Mereka tidak berasa BERSALAH atau SEGAN mencatat nama-nama Ahlul Bait (Keluarga Nabi), demi kepentingan golongannya. Mereka juga sudah terbiasa mengHALALkan segala cara demi kepentingannya. Begitu juga dalam memperingati hari Asyura. Ulama Syi’ah telah MEREKAYASA hadis-hadis PALSU dengan memanipulasikan nama Ahlul Bait dalam usaha mereka untuk menguatkan cara memperingati hari tersebut. Diantaranya sebagai berikut :
Jaminan dari Ulama Syi’ah untuk masuk ke syurga, hanya sekadar menangis ke atas kematian Sayyidina Husain R.A.
“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husain, maka Allah akan mengampuni segala dosanya baik yang sudah dilakukkan maupun yang akan dilakukan.”
“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husin, wajiblah (pastilah) dirinya mendapat surga.”
Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah )
Selain daripada riwayat-riwayat di atas, masih banyak lagi riwayat-riwayat Hadis PALSU yang mereka rekayasa. Hampir tidak kurang dari 458 riwayat, memperihalkan mengenai kewajipan menziarahi makam Imam-Imam Syi’ah. Bahkan dari jumlah tersebut 338 riwayat dikhususkan mengenai kebesaran dan keutamaan serta pahala besar bagi peziarah makam Imam Husain R.A atau ke Karbala. Sebagai contoh :
“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain sekali, maka pahalanya sama dengan haji sebanyak 20 kali.”
“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain di Karbala pada hari arafah, maka pahalanya sama dengan haji 1,000,000 kali bersama Imam Mahdi, disamping mendapatkan pahalanya memerdekakan 1000 (seribu) budak dan pahalanya bersedekah 1000 ekor kuda.”
Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah ).
Bid’ah-Bid’ah Asyura’
Secara simboliknya tarikh 10 Muharram merupakan hari yang amat signifikan kepada golongan Syi’ah dan Jahalatu Ahlusunnah. Tarikh keramat ini bertambah nilainya apabila berlakunya tragedi pembunuhan Abu Abdillah Al-Husain bin Ali R.A pada 10 Muhharam 61 Hijrah di padang Karbala. Akibat daripada peristiwa berdarah ini, SYAITAN laknatullah telah berhasil menCIPTAkan dua keBID’AHan sekaligus.
Pertama : Bid’ah Syi’ah
Hari Asyura dijadikan oleh golongan Syi’ah sebagai hari berkabung, dukacita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap Asyura, mereka memperingati kematian Al-Husain dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela seperti berkumpul, menangis, meratapi Al-Husain secara histeria, membentuk kelompok-kelompok untuk perarakan berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukul badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya.
Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah, Ahmad Al-Kisrawiy Asy-Syi’iy, (Hal. 141), Tahqiq Dr. Nasyir Al-Qifari
Kedua : Bid’ah Jahalatu Ahlussunnah
Sebagai persaingan kepada amalan sambutan hari Asyura yang dilakukan oleh golongan Syi’ah maka golongan Jahalatu Ahlussunnah (ahli yang jahil\Bodoh) telah menjadikan hari Asyura sebagai hari raya dan pesta.
Menurut Ahmad Al-Kisrawi Asy-Syi’iy : “Dua budaya (Bid’ah) yang sangat kontras ini, merujuk kepada kesusasteraan yang ada, ia bermula pada zaman Dinasti Buwaihi (321H – 447 H) yang mana masa itu terkenal dengan pertentangan hebat di antara Ahlussunnah dan Syi’ah.
Golongan Jahalatu (bodoh) Ahlussunnah menjadikan Asyura sebagai hari raya dan hari bahagia sementara golongan Syi’ah menjadikannya sebagai hari dukacita, mereka berkumpul membacakan syair-syair kemudian menangis dan menjerit. “
Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah (Hal.142)
Amalan Bid’ah Yang Dilakukan Oleh Umat Islam
Syaikh Abu Bakar bin Sayid Muhammad Syatha ad-Dimyathi ketika membahas puasa sunnah Asyura (10 Muharram) dalam kitabnya bertajuk “I’anah Ath-Thalibin (2/301)” menukil keterangan para ulama tentang amalan-amalan yang dilakukan pada hari Asyura. Dia mengatakan seperti berikut ini:
Al-Ahjhuri mengatakan, “Sesungguhnya aku telah bertanya sebagian ahli hadis dan ahli fiqah tentang bercelak, memasak biji-bijian, memakai pakaian baru dan memperlihatkan rasa senang. Mereka menjawab, “Tidak ada hadis shahih dari Nabi S.A.W. tentang hal itu, tidak juga dari sahabat, dan tidak ada seorang pun dari imam yang mensunnahkannya. Begitu juga apa yang dikatakan bahawa barangsiapa yang bercelak pada hari Asyura, maka matanya tidak sakit selama tahun itu dan barangsiapa yang mandi pada hari itu, maka dia tidak sakit pada tahun itu.”
Di sini disenaraikan amalan-amalan bi’dah yang sering dilakukan oleh umat Islam acapkali datangnya 10 Muhharam tanpa memeriksa asal-usul amalan ini diamalkan. Di antaranya ialah:
1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca; “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
2. Melapangkan masa\belanja anak dan isteri.
3. Memuliakan fakir miskin.
4. Menunjukkan jalan yang lurus\membetuli orang sesat\orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
5. Menyapu\mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
6. Bersedekah.
7. Memotong kuku.
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya; “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
10. Membaca ; “Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat; “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa.
Kesimpulan
Secara umumnya terdapat sepuluh amalan Hari Asyura yang biasa dilakukan TIDAK ADA DASAR hadis shahihnya KECUALI puasa dan memberikan kegembiraan (menyenangkan) keluarga.
“Adapun lapan amalan lainnya, disandarkan kepada hadis yang dhaif (lemah) dan adakalanya munkar-maudhu’. Namun begitu, terdapat juga di kalangan masyarakat setempat menyatakan terdapat dua belas amalan semasa meraikan Hari Asyura. Di antaranya ialah solat sunat, puasa, silaturrahim, sedekah, mandi, bercelak, mengunjungi orang alim, menziarah orang sakit, mengusap kepala anak yatim, memberikan kegembiraan kepada keluarga, memotong kuku dan membaca surat Al-Ikhlas seribu kali.”
Hasil semakan mendapati amalan SUNNAH yang dianjurkan oleh agama Islam pada Hari Asyura hanyalah puasa dan menyenangkan keluarga. Namun begitu, jika diteliti dengan lebih mendalam tentang amalan menyenangkan keluarga pada Hari Asyura pun termasuk bid’ah karena hadisnya dhaif. Ia adalah berdasarkan kepada penjelasan Iman Suyuthi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Amr bil-Ittiba’ (hlm. 75) seperti berikut :
“Yang sunnah pada hari ini (Asyura) hanyalah PUASA, tidak ada yang lain. Sesungguhnya telah diriwayatkan hadis dhaif tentang memberikan kegembiraan kepada keluarga. Boleh jadi sebabnya adalah sikap ekstrim dalam mengagungkannya daripada sebahagian kelompok Nawashib (orang-orang yang membenci Ali R.A) untuk membandingi kelompok Rafidhah (Syi’ah). Sesungguhnya SYAITAN ingin menyimpangkan makhluk dari jalan yang lurus, tidak peduli dari kumpulan mana dia. Maka para pengamal bid’ah WAJIB meninggalkan bid’ah-bid’ah sama sekali. “
Kutbah AAM; KELEBIHAN BULAN MUHARAM, PUASA HARI ASYURA & Bid'ah Rekaan Syiah Pada Hari Asyura..
Rabu, 21 Oktober 2015
Forum Perdana - Ustaz Abdullah Khairi & Ustaz Aswad Nasron - Ujian Allah Kepada Kita
Forum Perdana yang berlangsung di Surau Al-Muhsinin, Taman Seri Bayu,
Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 16 September 2015. Ustaz
Abdullah Khairi dan Ustaz Aswad Nasron menjadi ahli panel dengan tajuk
perbincangan Ujian Allah Kepada Kita.
Selasa, 20 Oktober 2015
Kelebihan Yang Ada Pada PAS Berbanding Parti Lain Di Malaysia - OLEH YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Orang Melayu Islam wajib pilih PAS..wajib sokong kumpulan yang hendak melaksanakan Islam di bumi Malaysia..ALLAHUAKBAR
Isnin, 19 Oktober 2015
Jumaat, 16 Oktober 2015
Jelajah Syria Berdarah Oleh Kapten Ustaz Mohd Asri
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2- Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al–Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4- Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5- Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
Khamis, 15 Oktober 2015
Rabu, 7 Oktober 2015
“Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya.” ( Al-Hadith )
Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang 'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.
Iltizam (komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini, berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.
Di antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti berikut:
Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون
"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya."
Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:
Ayat ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti 'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam 'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka berada.
Perkataan أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya' seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana pun hari ini.
Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:
Dalil 2:
ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." As-Saf: Ayat 4
Organisasi ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
Organisasi ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada segala-galanya.
Dalil 3:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك
"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".
Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".
Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.
Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.
Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam).
Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman).
Keterangan Hadith:
Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".
Keadaan yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.
Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?
Rasulullah SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini, dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".
Ia bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.
Sa'id Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.
Tanggungjawab tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.
Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.
Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah “walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)”.
Dalil 4:
Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:
لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة
“Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan.”
Kata-kata Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam. “Tiada Islam tanpa Jamaah” boleh difahami dengan dua maksud, iaitu:
1. Tak kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).
2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).
Sama ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai Jamaah Islam.
Seterusnya, Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari meninggalkan Jamaah.
Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه
“Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya.” ( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira ‘tidak Islam’ sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.
Dalil 6 dan 7 :
Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
عليكم بالجماعة
“Hendaklah kamu bersama dengan jamaah” ( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد
“Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid” ( Al-Hadith )
Dalil 8 dan 9 :
اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠
“Janganlah kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah.”
( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)
يد الله مع الجماعة
“Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah.” ( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )
Dalil 10 :
وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠
“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠
“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
Dalil 11:
من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية٠
“Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati (dalam keadaan itu), maka matinya adalah mati jahiliah….”
( Al-Hadith : riwayat Muslim,dalam Sahihnya,
Kitab Al-Imarah, 3:1476-1477, dari Hadith Abu Hurairah )
Dalil 12:
من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه٠
“Sesiapa yang meninggalkan jamaah hanya sejauh sejengkal, maka dia telah melucutkan ikatan Islam daripada lehernya.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad, Sahih Al-Jami’us Soghir, 5:326 )
Dalil 13 dan 14:
Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات ميتة جاهلية
“Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati jahiliah”.
( Al-Hadith )
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات على شعبة من النفاق
“Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati dalam salah satu cabang nifaq (munafiq)”. ( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Apabila dikatakan bahawa kematian orang yang tidak berperang (berjuang di jalan Allah) adalah ‘mati jahiliah’ dan ‘mati seorang munafiq’ maka ianya bermaksud orang yang mati itu tidak diiktiraf keIslamannya. Pendek kata, dia bukan seorang Muslim di sisi Allah SWT.
Apa kaitannya dengan Jamaah Islam?
Berperang adalah urusan berkumpulan, sama ada bersama pasukan tentera yang dibentuk oleh negara Islam atau bersama pasukan yang ditubuhkan oleh umat Islam untuk berdepan dengan kezaliman dalam negara yang bukan negara Islam.
Peperangan tidak boleh berlaku dengan tindakan seorang diri. Ia adalah tindakan berkumpulan iaitu secara jama’ie. Dengan kata lain, peperangan adalah urusan Jamaah Islam yang bangkit berdepan dengan kezaliman musuh-musuh Allah SWT.
Orang yang berperang di jalan Allah ialah orang yang menyertai Jamaah Islam. Sebaliknya, orang yang enggan menyertai Jamaah Islam adalah orang yang enggan berperang di jalan Allah. Golongan inilah yang mati dalam keadaan jahiliah dan munafiq.
Apa kaitannya dengan PAS?
Seperti yang telah dinyatakan di sepanjang bab ini, PAS adalah Jamaah yang menepati ciri-ciri Jamaah Islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith.
PAS melaksanakan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dan berdepan dengan golongan yang mengingkari serta memusuhi pelaksanaan Islam yang syumul.
Oleh itu, PAS berada di atas landasan ‘berperang’ ( الغزو ) di jalan Allah SWT, yang juga bermaksud ‘berjuang di jalan Allah’ seperti yang dituntut oleh Hadith ini.
Maka sepatutnya kita bertambah yakin bahawa kita wajib menyertai PAS supaya dapat berada di atas landasan ‘berperang’ di jalan Allah, lalu dengan itu terhindarlah kita daripada mati jahiliah dan mati munafiq. Dengan perkataan lain, kita dapat berada di atas landasan yang menuju ke arah mati sebagai seorang muslim.
Seterusnya di dalam surah At-Taubah, Allah memerintahkan hambanya supaya ‘berangkat’ melaksanakan tugasan pada jalanNya. Ia adalah tugas besar yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa. Sekiranya kita meneliti ayat-ayat ini, semakin jelas kelihatan penekanan Allah tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.
Bersama dengan perintah itu, Allah SWT turut memberikan ancaman kepada hamba-hambanya yang enggan menunaikan perintah ‘berangkat’ ke jalanNya itu. Golongan yang ‘enggan berangkat’ itu diancam dengan azab siksa yang bersangatan pedihnya.
Dalil 15 :
يا ايها الذين امنوا ما لكم اذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم الى الارض ارضيتم بالحيا ة الدنيا من الاخرة فما متاع الحياة الدنيا فى الاخرة الا قليل. الا تنفروا يعذبكم عذابا اليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيأ والله على كل شيء قدير
“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah kamu berjuang di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan lebih suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia ini berbanding kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah, kerana) kenikmatan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ◊ Jika kamu tidak berangkat (untuk berjuang di jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
( At-Taubah : ayat 38-39 )
Dalil 16:
.انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون
“Berangkatlah kamu (untuk berjihad pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
( At-Taubah : ayat 41 )
Kita juga patut bimbang kehilangan status ‘iman’ dan bimbang terjerumus ke dalam golongan ‘fasiq’ akibat keengganan menyertai amal Islami bersama Jamaah Islam. Ayat-ayat berikut amat menggentarkan hati;
Dalil 17:
لا يستأذنك الذين يوء منون بالله واليوم الاخر ان يجاهدوا بأموالهم وأمفسهم والله عليم بالمتقين. انما يستأذنك الذين لا يوءمنون بالله واليوم الاخر وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون
“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui siapakah sebenarnya yang benar-benar bertaqwa. ◊ Sesungguhnya yang akan meminta izin daripadamu (wahai Muhammad) – (untuk tidak turut serta berjuang di jalan Allah) hanyalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka (sangat) ragu-ragu, oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguan itu.”
( At-Taubah : ayat 44-45 )
Keterangan ayat :
Allah menegaskan bahawa orang yang beriman tidak mungkin meminta pelepasan daripada tanggungjawab jihad yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa ( باموالهم وانفسهم ). Penunaian tanggungjawab itulah yang mengangkat darjatnya ke tahap ‘muttaqin’ (orang bertaqwa).
Seterusnya Allah menjelaskan hakikat manusia yang meminta pelepasan atau mengelak daripada turut serta dalam tugasan jihad. Hakikatnya ialah mereka itu ‘tidak beriman’.
Hakikatnya mereka tidak percaya tentang Allah dan tidak percaya tentang Akhirat - (لا يوءمنون باالله واليوم الاخر ).
Sebenarnya hati mereka ragu-ragu tentang Allah dan lain-lain binaan iman - ( ارتابت قلوبهم ).
Keraguan itulah yang menyebabkan mereka bingung dan teragak-agak untuk menyertai jihad dengan sepenuh komitmen - ( فهم فى ريبهم يترددون ).
Dalil 18 :
قل ان كان أبأوكم وأبنأوكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال ن اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik (derhaka).”
( At-Taubah : ayat 24 )
Keterangan ayat :
Allah memberi amaran kepada manusia supaya tidak silap menyusun keutamaan tumpuan dalam hidup. Orang yang beriman wajib meletakkan urusan Allah, urusan Rasul dan urusan jihad mengatasi semua urusan kehidupan yang lain, termasuk urusan-urusan yang biasanya menjadi fokus manusia, iaitu;
1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.
Sekiranya manusia lebih mengutamakan mana-mana urusan ini berbanding tumpuan kepada Allah, Rasul dan jihad – maka layaklah mereka menerima hukuman daripada Allah SWT. Ancaman Allah tentang hukuman ini amat menakutkan, iaitu “tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)” - ( فتربصوا حتى يائتي الله بامره ). Manusia yang salah fokus ini disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang fasiq ( القوم الفاسقين ).
Berdasarkan semua dalil dan hujah ini, maka kita patut insaf bahawa wajib atas diri kita supaya menyertai PAS dan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja Jamaah Islam ini, dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah di negara ini dan seluruh dunia. Insafi wahyu Allah ini;
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah kamu mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
( Al-Kahfi : ayat 28 )
Ahad, 4 Oktober 2015
8 Musibah Tragedi Mina Sepanjang Sejarah Haji 1990 - 2015 ( Saudi Arabia )
Jamaah haji kali ini mendapatkan ujian yang sungguh berat.
untuk mengingat kejadian mina bukan kali ini saja kami akan share 8 tragedi musibah mina sepanjang sejarah
Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji sewaktu musim haji di Mekah.
Disenaraikan di sini beberapa tragedi yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.
Disember 1975 - Silinder gas masak meletup di khemah jemaah, menyebabkan kebakaran yang mengorbankan lebih 200 jemaah.
31 Julai 1987 - penunjuk perasaan Iran bertembung dengan polis Arab, yang mengakibatkan kematian lebih 400 jemaah haji Iran.
2 Julai 1990: Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban.
23 Mei 1994 - Satu rempuhan berhampiran Jambatan Jamarat di Mina, dekat Mekah, membunuh 270 di kawasan di mana melakukan ibadah melontar.
April 1997 - 343 jemaah terbunuh dalam kebakaran khemah di kem haji di Mina, yang menyebabkan kerajaan membina khemah kekal kalis api di sana.
9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.
1 Februari 2004 - Rempuhan mengakibatkan 251 jemaah maut berhampiran Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.
12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.
6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.
September 2015 - Satu kemalangan kren tumbang ke dalam Masjidil Haram sebelum ibadah haji bermula, mengorban 111 jemaah.
Insiden rempuh di Mina, kematian meningkat kepada 717
Sabtu, 3 Oktober 2015
Ustaz Hanif Haron | Jangan Marah !
Bagaimana Nabi marah, padahal ia sendiri melarang umatnya untuk marah?
Dalam riwayat Abu Hurairah misalnya, Nabi mengatakan, “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergulat, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” (HR. Malik).
Dalam riwayat Abu Said al-Khudri, Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meridlai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meridlai.” (HR. Ahmad).
Jawabannya, kemarahan Nabi itu memang disebabkan oleh beberapa hal. Namun dapat dipastikan, kesemuanya bermuara pada satu sebab, yaitu sesuatu yang berhubungan dengan kepentingan agama, bukan kepentingan pribadinya. Nabi perlu marah untuk memberikan penekanan bahwa hal tertentu tak boleh dilakukan umatnya. Sebagai guru seluruh manusia dan pemberi petunjuk ke jalan yang lurus, Nabi perlu marah agar mereka menjauhi segala perbuatan yang tidak elok.
Oleh karena itu, Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wassallam marah saat mendengar laporan bahwa dalam medan peperangan, Usamah bin Zaid membunuh orang yang sudah mengatakan la Ilaha illallah (tiada Tuhan selain Allah).
Sedang Usamah membunuhnya karena menyangka orang itu melafalkan kalam tauhid hanya untuk menyelamatkan diri. Nabi menyalahkan Usamah dan berkali-kali mengatakan, “Apakah engkau membunuhnya setelah dia mengatakan la Ilaha illallah?” (HR. al-Bukhari)
Raut wajah Nabi berubah karena marah, ketika sahabat merayu agar ia tak memotong tangan seorang wanita yang mencuri. Alasan mereka, ia adalah wanita terpandang dari klan Bani Makhzum, salah satu suku besar Quraisy. Nabi tegaskan, “Apakah layak aku memberikan pertolongan terhadap tindakan yang melanggar aturan Allah?” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Di lain waktu, Nabi melihat seorang lelaki memakai cincin emas. Melihat pelanggaran agama itu, Rasulullah marah. Ia lantas mencabut cincin lelaki itu dan melemparkannya ke tanah. “Salah seorang di antara kalian dengan sengaja menceburkan diri ke jilatan api dengan menggunakannya (cincin emas, penj) di tangannya,” sabda Nabi (HR. Muslim)
Pada kejadian lain, di pasar Madinah, terjadi perselisihan antara seorang sahabat Nabi dengan pedagang Yahudi. Perselisihan itu sampai membuat si Yahudi bersumpah, “Demi Dzat yang telah memilih Musa di antara manusia lainnya.” Ungkapan sumpah ini membuat sahabat Nabi Muhammad itu marah. Ia menampar si Yahudi. “Kamu mengatakan ‘Demi Dzat yang telah memilih Musa di antara manusia lainnya’, sedang ada Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi Wassallam di tengah-tengah kita?” ujarnya.
Orang Yahudi tersebut tak terima dengan perlakuan sahabat Nabi. Ia pun bergegas datang menemui Nabi Muhammad untuk melaporkan kejadian itu. Mendengar aduan itu, Nabi Muhammad marah dan mengatakan, “Janganlah kalian saling mengunggulkan nabi yang satu dengan lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Tidak hanya saat perintah Allah dilanggar, Nabi juga marah bila umatnya tak segera melakukan kebaikan atau menangguhkan sesuatu yang seharusnya diutamakan. Hal itu sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Jarir bin Abdullah yang mengisahkan, “Rasulullah Shallahu ‘alaihi Wassallam berkhutbah dan mendorong kami untuk bershadaqah. Namun orang-orang lamban sekali dalam melaksanakan dorongan itu, hingga terlihat raut kemarahan di wajah Nabi.”
Bila harus marah kepada seseorang, Nabi tak langsung menegurnya di depan umum. Nabi tak ingin menjatuhkan harga diri orang yang bersalah itu. Oleh karenanya, ketika ia melihat seseorang mengarahkan padangannya ke atas dalam shalat–dan hal itu dilarang, Nabi menegur perbuatan itu dengan bahasa yang umum. Nabi tidak menyebutkan nama orang yang melakukan hal itu, untuk menjaga perasaannya. Namun Nabi berkhutbah di depan para sahabat, kemudian menyampaikan, “Apa yang menyebabkan segolongan orang mengangkat pandangannya ke langit dalam shalatnya?” (HR. Bukhari)
Pertanyaan Nabi ini dalam retorika Arab disebut dengan istifham inkari, (bentuk pertanyaan untuk mengungkapkan pengingkaran terhadap sesuatu). Dalam teguran ini, Nabi tak menyebut nama orang yang berbuat salah di depan umum.
Saat marah, Nabi juga tak ‘bermain tangan’ atau menyakiti fisik. Dalam kesaksian sang istri tercinta Aisyah, Nabi tak pernah sekalipun memukul wanita atau pembantu. Bahkan, ia tak pernah memukul apapun, kecuali jika sedang berjihad. (HR. Muslim)
Aisyah menambahkan, Nabi tak pernah membalas dendam pada hal yang ditujukan pada dirinya, kecuali bila kehormatan Allah yang dilanggar. Benang merah yang dapat kita simpulkan, Rasulullah itu bergaul dengan akal, bukan hanya dengan sepengetahuan, atau bahkan perasaannya belaka (baca: Antara Perasaan, Pemahaman, dan Akal)
Senarai riwayat menjelaskan, Rasulullah memang tak pernah marah saat dirinya dilecehkan.
Suatu saat, ia duduk di majelis penuh barakah, dikelilingi para sahabat. Tiba-tiba datang seorang Arab udik. Ia meminta bantuan kepada Rasul untuk membayar kewajiban denda. Setelah memberinya sejumlah harta, dengan lembut Rasul bertanya, “Apakah aku sudah berbuat baik padamu?”
“Tidak, kamu masih belum berbuat baik,” jawab pria itu. “Kamu belum berbuat baik,” tambah dia sekali lagi, seolah memancing kemarahan Nabi. Mendengar itu, amarah sahabat membuncah. Namun dengan tenang Nabi memberi isyarat agar mereka menahan diri.
Selanjutnya Nabi mengajak orang itu masuk ke rumahnya yang terletak di samping masjid. Setelah menambah pemberiannya, Nabi bertanya, “Apakah aku sudah berbuat baik padamu?”
Kini, orang itu menjawab, “Ya, semoga Allah membalasmu, keluarga, dan kerabatmu dengan kebaikan.”
Nabi kagum dengan ucapan terakhir yang menyimbolkan kerelaan itu. Tapi ia khawatir dalam hati sahabatnya masih tersisa ganjalan. Tidak menutup kemungkinan ada di antara mereka melihat orang ini di jalan atau di pasar, dalam kondisi masih menyimpan dendam. Karena itu, ia berpesan, “Dalam hati sahabatku ada sesuatu karena kejadian tadi. Jadi, jika kamu datang kembali, katakan di depan mereka ucapan seperti yang kamu katakan padaku barusan. Sehingga sahabatku tak marah lagi.”
Ya, dalam kejadian itu Nabi tak marah, karena yang disinggung adalah pribadinya, bukan kepentingan agama. Abu Islam Muhammad bin Ali memiliki sebuah kitab berjudul “Arba’una Mauqifan Ghadhaba fiha al-Nabi Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam”. Kitab ini menghimpun 40 riwayat valid tentang kejadian-kejadian marahnya Nabi. Dapat dipastikan, semuanya karena kepentingan agama, bukan karena interest pribadi sang Nabi!