Ahad, 27 September 2015
Hukum Solat Diatas Kerusi - TG. Dr. Abdul Basit Abd Rahman
Hukum-Hakam Solat Duduk Di Atas Kerusi
1)Berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat. Sesiapa yang mampu melakukannya, maka wajib melakukannya seperti yang disyariatkan. Adapun sesiapa yang uzur kerana sakit atau tua, bolehlah duduk di atas lantai ataupun di atas kerusi. Asas dalam hal ini ialah berdasarkan firman Allah SWT yang mengandungi perintah menunaikan solat dalam keadaan berdiri:
Maksudnya: “Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan Qanit.” (al-Baqarah: 238)
Setelah itu datang keringanan dari Nabi SAW bagi yang uzur berdasarkan hadis daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حصين) RA:
كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit Bawasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari, bilangan: 1066)
Kata al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: Maksudnya: “Para ulama telah bersekapat bahawa sesiapa yang tiada mampu berdiri, maka boleh solat secara duduk.” (al-Mughniy 1/443)
Kata al-Imam al-Nawawi: “Ummah telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri dalam solat fardhu, maka dia boleh solat secara duduk, dan tidak perlu pengulangan (solat yang ditunaikan secara duduk kerana keuzuran). Kata Ashab kami: “Tidak dikurangi pahala solatnya secara duduk berbanding berdiri, kerana dia ketika itu seorang yang uzur. Sesungguhnya telah thabit di dalam Sahih al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا مَرِضَ العبدُ أو سافر كُتِبَ له مِثْلُ ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا
Maksudnya: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam permusafiran, dicatit untuknya apa yang dilakukannya ketika dia tidak bermusafir dan ketika sihat.” (HR al-Bukhari – al-Majmu’ 4/226)
Kata al-Syaukani: “Hadis ‘Imran menunjukkan keharusan bagi sesiapa yang memiliki keuzuran yang tidak mampu berdiri untuk solat secara duduk, dan sesiapa yang ada keuzuran, dan tidak mampu solat secara duduk, dia boleh solat secara berbaring di atas lambung/rusuk.” (Nail al-Author 3/243)
Oleh itu, sesiapa yang solat fardhu secara duduk sedangkan dia mampu berdiri, maka solatnya adalah Batal. Adapun bagi sesiapa yang memiliki keuzuran untuk berdiri sahaja disebabkan sakit, maka harus baginya solat secara duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Manakala dia rukuk dan sujud dalam bentuk yang diperintahkan (secara sempurna). Jika mampu berdiri, namun sukar untuk duduk dan sujud. Maka wajib solat secara berdiri, kemudian duduk di atas kerusi apabila hendak rukuk dan sujud dengan menjadikan tunduknya untuk sujud lebih rendah daripada rukuk. Hal ini berdasarkan kaedah yang menyebut:
المشقة تجلب التيسير
Iaitulah: “Sesuatu kesempitan itu, mendatangkan kemudahan.” Demikian juga berdasarkan salah satu prinsip syariat iaitulah رفع الحرج ودفع المشقة yang bermaksud “Menghilangkan kesukaran dan menolak kesempitan.” Selain itu terdapat dalil lain yang banyak dalam hal ini, antaranya firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…” (al-Baqarah: 286)
Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (al-Taghabun: 16)
Sabda Nabi SAW:
وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz RH berkata: “Yang wajib ke atas sesiapa yang solat secara duduk di atas lantai atau atas kerusi, menjadikan sujudnya lebih rendah berbanding rukuk. Sunnah juga untuk dia meletakkan dua tangannya di lutut ketika itu pada kedudukan rukuk. Adapun pada kedudukan sujud, maka yang wajib, dia meletakkan kedua tangannya di atas lantai jika mampu. Jika tidak mampu maka bolehlah diletakkan di atas lutut berdasarkan hadis yang thabit dari Rasululah SAW yang bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas 7 anggota iaitulah dahi dan baginda juga menunjukkan tangan baginda ke hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kaki.” Maka sesiapa yang ada keuzuran melakukan semua ini, dia pula menunaikan solat di atas kerusi, maka tidak mengapa berdasarkan firman Allah:
Maksudnya: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu…” (al-Taghabun: 16)
Dan sabda Nabi SAW:
وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: “Dan apabila aku memerintahkan kamu semua melakukan sesuatu, maka laksanakanlah ia menurut kemampuanmu.” (HR al-Bukhari dan Muslim).” (Fatawa Ibn Baz 12/245-246)
Justeru, perlu diberi perhatian bahawa sesiapa yang hanya tidak mampu berdiri, namun mampu melakukan sujud dan rukuk, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan sujud dan rukuk. Demikian juga jika dia hanya tidak mampu untuk rukuk dan sujud seperti biasa, namun mampu berdiri, maka tidak boleh dia duduk di atas kerusi pada kedudukan berdiri. Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
“Dan sesiapa yang mampu berdiri, namun tidak mampu melaksanakan rukuk dan sujud, tidak gugur darinya kewajipan berdiri, hendaklah orang seperti ini solat dengan berdiri, lalu dia melakukan isyarat ketika rukuk, kemudian dia duduk dan melakukan isyarat ketika sujud. Inilah juga yang dikatakan oleh al-Syafie… firman Allah:
Maksudnya: “Dan berdirilah (di dalam solat) dengan Qanit.” Demikian juga sabda Nabi SAW: صَلّ قَائِمًا yang bermaksud: “Tunaikanlah solat dengan berdiri.” Ini kerana berdiri di dalam solat adalah salah satu rukun solat bagi sesiapa yang berkemampuan, maka wajib dia melaksanakannya dengan baik sama seperti rukun membaca al-Fatihah. Ada keuzuran melakukan rukun yang lain tidak menjadikan gugurnya kewajipan melaksanakan rukun berdiri ini…” (al-Mughniy 1/444)
2) Bukan semua sakit membolehkan seseorang solat di atas kerusi. Para ulama telah berbeza pandangan tentang batasan sakit yang membolehkan diambil keringanan. Maka yang sahih atau yang benar dari berbagai pandangan tersebut ialah apabila timbul kesukaran dari sudut akan hilang kekhusukan di dalam solat, maka ketika itu harus mengambil keringanan solat dengan duduk. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:
Maksudnya: “Garis ketetapan bagi masyaqqah (kesukaran/keperitan): iaitulah apa-apa yang menghilangkan khusu’, dan khusu’ itu adalah kehadiran jantung hati dan tomakninah (ketenangan), maka apabila seseorang berdiri di dalam solat, lalu ia merasai gelisah yang bersangatan dan tiada lagi ketenangan, sehingga dia mengharap al-Fatihah yang dibaca segera dihabiskan agar dapat segera rukuk kerana kesukaran atau keperitan menanggung kesakitan, maka ketika itu dia dikira memiliki kesukaran atau keperitan untuk berdiri, maka orang seperti ini solat dengan duduk.” (al-Syarh al-Mumti” 4/326)
3) Berkaitan kedudukan kerusi di dalam saf pula, ada dua keadaan:
i) Jika seseorang memulakan solat dengan duduk dari awal solat sehingga ke akhirnya. Maka kedudukan kaki kerusi bahagian belakang adalah berada di atas saf, kerana ia mengambil peranan dua belah kaki. Oleh itu hendaklah dua kaki kerusi bahagian belakang dijadikan lurus di dalam saf bersama kaki para jemaah lainnya di dalam saf yang sama.
ii) Jika seseorang perlu menunaikan solat dengan menggunakan kerusi, namun di awal solat dia mampu untuk berdiri, dia akan menggunakan kerusi ketika hendak rukuk dan sujud, maka wajib dia berdiri sebaris dengan jemaah di dalam safnya dan kerusinya berada di belakangnya. Apabila dia hendak rukuk dan sujud, dia hendaklah bergerak ke hadapan sambil menarik kerusi yang berada di belakangnya jika kerusi itu mengganggu orang di belakangnya.
Contoh terbaik kepada makmum yang berkerusi di mana beliau(makmum berkerusi) ambil kedudukan kaki kerusi belakang sama dengan tumit makmum di sebelahnya.
Berdiri di hadapan kerusi dan kaki kerusi menyamai tumit jamaah sebelah.
Makmun yang berkerusi ini perlu diberitahu bahawa kaki kerusi belakang harus sama dengan tumit makmum disebelahnya. Jika tidak, beliau(makmum berkerusi) akan menyusahkan makmum dibelakangnya untuk sujud.
Kedudukan kerusi mengganggu jamaah dibelakang
TAMBAHAN
Dalam masalah ini, tumit bertemu tumit atau kaki lurus dengan jemaah yg lain hanyalah maksud lighairihi iaitu hanya wasilah untuk meluruskan saf. Justeru jika ada apa-apa masalah berlaku seperti solat menggunakan kerusi, solat dengan melunjurkan kaki dalam keadaan duduk dan sebagainya akan menjadi mudah dan diselesaikan dengan baik iaitu bukan nak bersusah payah temukan tumit dengan tumit tetapi lihat kelurusan saf badan kerana hadis yg perintah rapat tumit juga perintah rapat bahu maka bahu juga perlu diambil kira dan ia lebih praktikal dalam masalah begini.
Walaupun org yg solat menggunakan kerusi masih mempunyai tumit dan kaki tetapi itu bukan maksud dan tujuan dalam saf. Yang penting badannya dalam saf yg lurus dan kedudukannya tidak meganggu org yang berada di saf belakang atau depan dia.
Rabu, 23 September 2015
HARAP 3.2 - DAP hok putuskan hubungan dengan PAS: YB Dato' Mohd Nassuruddin Haji Daud
WASPADA 7 CIRI PEMIMPIN GERAKAN AKHIR ZAMAN
Dari Tsauban ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, “ Sesungguhnya yang paling aku takuti dari umatku adalah para pemimpin yang sesat. Jika meletakkan pedang pada umatku, ia tidak akan mengangkatnya sampai hari kiamat.” (HR Abu daud dan Ibnu Majah)
سنن ابن ماجه ٤٠٢٦: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?” beliau menjawab: “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum.” (Sunan Ibnu Majah)
Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda , “ Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji-janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini ?” Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari. Abdullah bin Amr bertanya,” Lalu , dengan apa engkau menyuruhku?” Beliau menjawab, “Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum “ (HR Abu Daud dan Nasa’i)
Dari Hudzaifah bin al Yaman ra bertanya, “ Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikan akan datang kejahatan?” Beliau menjawab, “ Ya, banyak penyeru yang mengajak ke pintu jahanam, maka, barangsiapa yang mengijabahnya (mengikutinya), mereka akan dilemparkan ke dalamnya.” Aku bertanya,”Sifatkanlah mereka itu kepada kita.” Beliau SAW berkata,”Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita,” Aku berkata,”Lalu, kau suruh apa ketika aku melihatnya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Lazimilah (berpeganglah) pada jamaah muslimun dan imam mereka.” Aku berkata,” Jika tidak ada jamaah dan Imam?” Rasulullah ﷺ menjawab,” Jauhilah semua kelompok itu meskipun akar pohon melilitmu hingga maut menjemputmu, dan engkau tetap seperti itu.” (HR Muslim)
Dari Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda,” Wahai Abu Dzar, bagaimana kamu jika berada dalam kekacauan?” Lalu beliau SAW menyilangkan jari jarinya. Abu Dzar berkata, “ Apa yang akan engkau perintahkan kepadaku, ya Rasulullah?” beliau menjawab,”Bersabarlah ! bersabarlah ! manusia akan berpura pura dengan akhlak dan perbuatan mereka.” (HR Hakim dan Baihaqi)
Terdapat banyak hadith-hadith yang memperingatkan umat Islam tentang munculnya pemimpin-pemimpin dan gerakan-gerakan yang menyesatkan umat Islam. Menjadi kewajipan kita untuk meneliti ciri-ciri pemimpin dan gerakan yang dibawanya supaya kita tidak terjebak didalam gerakan tersebut hingga merosakan amalan kita.
1. Para pemimpin sesat:
Dari Aus yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»
“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban). Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kalian menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kalian mengingkari mereka dengan hati, agar amal kalian tidak sia-sia.”
2. Para pemimpin bodoh:
Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah ﷺ berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:
«أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ »
“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad). Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahwa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah ﷺ . Yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam.
3. Para pemimpin penolak kebenaran, penyeru kemungkaran.
Dari Ubadah bin Shamit berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»
“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk menaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah)
4. Para penguasa yang memerintah dengan mengancam kehidupan dan mata pencaharian.
Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»
“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani).
5. Para pemimpin yang mengangkat pembantu orang-orang jahat, dan mengakhirkan shalat(mengabaikan syariah).
Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»
“Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian jangan menjadi pemungut cukai, pegawai kanan, dan polis.” (HR. Thabrani).
Ada riwayat lain seperti hadith di atas dengan matan yang sedikit berbeza:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا
Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah mereka berdua berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
Akan datang atas kalian pemerintah yang rapat dengan seburuk-buruk manusia dan melewat-lewatkan solat (sehingga terkeluar) daripada waktunya. Maka barangsiapa antara kalian yang menemui keadaan ini janganlah menjadi pegawai kanan, jangan polis, jangan pemungut cukai dan jangan (pula menjadi) bendahari." Ibn Hibban dalam Sahih-nya (4586).
6. Para pemimpin diktator (kejam).
Rasulullah ﷺ bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»
“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar). Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.
Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»
“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak kalian tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani).
7. Para penguasa zindik (pura-pura iman).
Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:
«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»
“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”) (HR Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).
Salinan dari Petunjukzaman
http://petunjukzaman.blogspot.my/2015/08/waspada-7-ciri-pemimpin-gerakan-akhir.html?spref=fb
Isnin, 21 September 2015
Ustaz Asri Daud | Kuliah Jumaat 18 Sept 2015
Rakaman kuliah Jumaat oleh Ustaz Asri Daud, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Khamis, 17 September 2015
Rabu, 16 September 2015
15-09-15 Kuliah Kitab Hikam oleh SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ ROMLI
Singkatnya jalan yang sesungguhnya, ialah jika terlipat untukmu
jarak-jarak dunia ini , sehingga engkau dapat melihat akhirat itu lebih
dekat kepadamu daripada dirimu sendiri ....
Isnin, 14 September 2015
[RAKAMAN][130915]Kehidupan Di Zaman Fitnah - Ust Ahmad Rizam
Ketahuilah, sesungguhnya perbuatan syirik boleh saja terjadi dalam beberapa situasi, dalam keadaan sedar, sengaja atau tanpa sedar, iaitu melalui niat, perkataan dan perbuatan. Untuk lebih jelas lagi syirik boleh berlaku dalam enam keadaan, iaitu:
1. Syirik dalam kepercayaan atau iktiqad. Yakni mempercayai dan meyakini ada tuhan selain Allah SWT seperti mempercayai berhala, matahari, bulan, bintang, pokok dan sebagainya sebagai tuhan yang berkuasa.
2. Syirik dalam ketaatan. Yakni mentaati manusia melebihi daripada mentaati Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta (Allah SWT)”.
(HR Bukhari)
3. Syirik dalam kasih sayang. Yakni lebih mengasihi makhluk daripada mengasihi Allah SWT,seperti seorang mengasihi pemimpin atau ketua lebih daripada kasih nya kepada Allah SWT atau menyamaratakan dalam kasihnya kepada Allah SWT.
4. Syirik dalam ibadah. Yakni menyembah atau mengabdikan diri kepada selain Allah SWT, seperti menyembah berhala, pokok dan lain-lain.
5. Syirik dalam tawakkal. Yakni bertawakkal atau berserah diri kepada makhluk atau manusia daripada berserah kepada Allah SWT, seperti seorang yang menyerahkan untung nasibnya kepada dukun, bomoh, doktor dan sebagainya.
6. Syirik dalam amalan perbomohan. Yakni mempercayai bahawa bomoh, dukun, pawang, tangkal, azimat dan sebagainya mempunyai kuasa menyembuh penyakit, menjadi pelindung, mengetahui nasib seseorang, boleh meramal tilik dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah perbuatan syirik”.
(HR AlHakim)
Hari ini sebilangan umat Islam ada yang telah terjebak dan terperangkap dalam amalan tradisi perbomohan yang mempergunakan jin atau amalan menurun, yang jelas menyalahi aqidah dan Syariat Islam seperti amalan meramal buruk dan baik seseorang, tilik-menilik, termasuk kaedah rawatan scan dengan mengatakan seorang itu ada jin dalam badannya dan lain-lain amalan yang berlaku dalam masyarakat Islam
Ketahuilah, bahawa amalan ini boleh membawa kepada syirik.
Gejala syirik dan penyakit syirik ini terjadi dan berlaku kekadang disengajakan, kekadang tanpa disedari dan kekadang pula dilakukan secara terang dan nyata.
Syirik itu terbahagi kepada beberapa kategori; iaitu syirik akbar (besar), syirik ashgar(kecil) dan syirik khafi (tersembunyi).
Bagaimanapun semuanya itu dilarang kerana ia akan menjerumus kepada kezaliman, dosa, menghapuskan segala amal soleh dan ditimpa azab siksa bagi sesiapa yang melakukannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya apa yang paling aku takuti terjadi ke atas kamu adalah syirik yang tersembunyi. Para sahabat bertanya: ‘Apakah syirik yang tersembunyi itu, ya Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Ria’. Allah kan berseru kepada mereka yang ria’ itu pada hari kiamat tatkala manusia menerima ganjaran pahala amalan-amalan mereka, pergilah kamu kepada orang yang kamu pertontonkan amalan kamu kepada mereka, lihatlah adakah di sisi mereka ganjaran pahala (kamu)”.
(HR Ahmad)
Perbuatan syirik atau menyekutukan Allah SWT atau menduakan Allah SWT dalam iktiqad, kepercayaan, sembahan, peribadatan dan kekuasaan Allah SWT adalah sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT.
Dosa syirik adalah dosa yang teramat besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT. Firman-Nya:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya
(dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang amat besar”.
(Surah An-Nisaa’, ayat 48)
Azab siksa bagi orang yang berbuat syirik ialah neraka, firman Allah SWT: Maksudnya:
“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibni Maryam’. Pada hal Al-Masih sendiri berkata: ‘Wahai Bani israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim”.
(Surah Al-Maidah, ayat 72)
Firman Allah SWT lagi, menjelaskan akibat dan tempat tinggal orang yang kafir dan berbuat syirik: Maksudnya:
“Kami akan masukkan ke dalam hati orang kafir itu rasa takut, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu (yang mereka sembah) sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. (Dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka. Itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang zalim”.
(Surah Ali ‘Imran, ayat 151)
Berdasarkan kedua ayat ini, bahawa orang kafir dan orang yang mempersekutukan Allah SWT, yakni mensyirikkan-Nya akan menerima azab siksa di neraka, itulah tempat tinggal seburuk-buruknya bagi orang zalim yang melakukan perbuatan syirik, NA’UZUBILLAHI MIN ZALIK.
Dengan itu, sebagai ibubapa hendaklah ingatkan dan mendidik anak-anak supaya menjauhi perbuatan syirik dalam iktiqad kepercayaan, sembahan atau ibadah, perbuatan dan termasuklah dalam adat tradisi rawatan kampung atau amalan bomoh dan dukun. Sesungguhnya bomoh-bomoh yang menggunakan jin, amalan menurun ketika merawat pesakit, amalan memuja dan amalan sihir adalah perbuatan syirik, berdosa dan memudaratkan.
Oleh yang demikian, umat Islam jangan berubat dengan ahli sihir, jangan berubat dengan bomoh dan dukun yang menggunakan sihir, menurun dan sebagainya. Belajarlah cara Luqman Al-Hakim menasihati anaknya yang dirakamkan di
dalam Al Quran,firman Allah SWT: Maksudnya:
“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberikan nasihat kepadanya: ‘Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
(Surah Luqman, ayat 13)
Sabtu, 12 September 2015
Kren Tumbang Di Masjidilharam: 107 Maut, 238 Cedera.
Info Terkini : Petanda Akhir Zaman.Ribut Pasir Luar Biasa Melanda Arab Saudi. Apakah "Tanda" yang ingin ALLAH sampaikan kepada seluruh Umat MUHAMMAD S.A.W??? (ISLAM)Ambillah iktibar dan pengajaran bahawa seluruh Dunia sudah mulai ditimpa Musibah Petanda Kiamat sudah hampir di Zaman dimana kita berada sekarang.Ketahuilah Kiamat tidak berlaku sehingga ALLAH S.W.T munculkan cucu kandung NABI MUHAMMAD S.A.W iaitu Imam Al Mahdi.Dan Imam Al Mahdi takkan muncul sehingga berlaku Huru Hara di Kota Madinah.Saat munculnya Imam Al Mahdi nanti, seluruh Dunia tidak lagi menggunakan Teknologi Moden.Ini disebabkan oleh beberapa Faktor yang dilihat semakin dekat saatnya akan terjadi.1. Perang Dunia Ke3 dijangka berlaku sebelum Tahun 2020. Dijangkakan Perang Moden kali ini akan mengakibatkan Kehancuran Total di seluruh Dunia.Ianya berpunca dari Penggunaan Senjata Moden berteknologi Nuklear.Perang ini melibatkan Blok Barat berperang dengan Blok Timur. Dimana ianya melibatkan Kuasa Besar Dunia Amerika vs China & Russia.Sebab itu tidak pelik jika berlaku Konspirasi terhadap Pesawat Malaysia Airline (MH370 dan MH17).Dan kini Amerika sedang sedaya upaya untuk mengukuhkan Nilai Dollar untuk "menekan" China supaya menurunkan Nilai Yuan.Strategi Ekonomi sedang diguna pakai oleh Amerika untuk melumpuhkan Kekuatan Ekonomi China.Kesannya turun melibatkan Ekonomi Global yang semakin tidak menentu.Jika keadaan ini berterusan maka tidak mustahil Perang Dunia Ke3 akan berlaku bila² mulai sekarang.Ikutilah Perkembangan Semasa dimana Russia dan China sedang mengadakan Latihan Peperangan dalam Skala Besar.Pihak Amerika turut mengadakan Latihan Peperangan dlm Skala Besar dengan Negara Sekutunya di Timur (Korea & Japan)2. NASA mengesahkan bahawa Bumi ini sedang memasuki Arus Sungai Meteor.NASA menganggarkan lebih kurang 1300 buah Meteor dijangka akan menghentam Bumi.Dan Bumi akan bergelap selama beberapa malam (ada mengatakan Bumi bergelap akibat Debu Meteor selama 40 Hari) disebabkan oleh Debu² Meteor hasil dari Hentaman Meteor keatas Muka Bumi.Wahai Umat ISLAM... Kembalilah kepada Ajaran ISLAM. Banyakkanlah Beramal Ibadah dan menuntut Ilmu Agama khasnya berkaitan dgn Ilmu Peristiwa Akhir Zaman (Rukun IMAN Ke5) Menjelang Kemunculan Imam Al Mahdi, Dajjal Laknatullah dan Turunnya NABI ISA A.S.Sesungguhnya Dunia ini tidak lama... Kita sekarang berada diambang Peperangan antara Blok Barat dan Blok Timur.Jika ini berlaku... Maka semua Perdagangan Antarabangsa akan terhenti akibat Peperangan.Kerana itu Pakar Ekonomi menjangkakan Tahun 2016 Ekonomi Global akan menjadi lemah akibat Kemelesetan Ekonomi China dan Ketidaktentuan Ekonomi Amerika.Jadi kita sudah kesuntukan masa... Sementara Dunia masih aman. Maka Pesan NABI MUHAMMAD S.A.W perbanyakanlah AMAL sebelum berlakunya Huru Hara Akhir Zaman.Sebelum munculnya Imam Al Mahdi, Dajjal dan turunnya Nabi Isa A.S. Dunia ini akan mengalami Huru Hara akibat Peperangan, Bencana Alam dan Hentaman Meteor. Semua Teknologi Moden akan lumpuh sama sekali.Semoga Jemaah Haji Malaysia terselamat dari musibah yang sedang menimpa Jemaah Haji di sana.Dilaporkan sebuah Kren runtuh dan menghempap Jemaah Haji. Ramai yang terkorban. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka...*Bukalah Youtube dan dengarkanlah dengan teliti Kuliah Agama yang disampaikan oleh Para Ustaz mengenai Peristiwa Akhir Zaman, Huru Hara Akhir Zaman, Imam Al Mahdi, Dajjal Laknatullah dan Nabi Isa A.S.Berikut adalah Ustaz Pilihan yang kerap membicarakan mengenai Tajuk diatas.1. Ustaz Zulkifli Md.Ali Lc.2. Ustaz Jafri Abu Bakar.3. Ustaz Fawwaz Mat Jan.4. Ustaz Wadi Anuar.Sebar dan sampaikan kepada saudara dan sahabat kita yang lain. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua untuk perbanyakanlah AMAL IBADAH sebelum HURU HARA AKHIR ZAMAN tercetus
Posted by Hidup dan matiku hanya untuk islam on 13hb September 2015
RIYADH: Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 lagi dilaporkan cedera.
Angka terbaharu itu dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi Sabtu.
Ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam Jeneral Suleiman al-Amr berkata mangsa yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital.
Insiden tersebut berpunca daripada angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan tumbang di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.
Sebuah rakaman video di YouTube menyaksikan orang ramai menjerit dan bertempiaran lari sejurus insiden tersebut berlaku.
Turut kedengaran bunyi dentuman kuat.
Insiden tersebut berlaku kira-kira ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji.
Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu.
-mstar-
Jumaat, 11 September 2015
Ustaz Muhammad Fawwaz | Wahabi Malaysia Lebih Keras !
Ustaz Muhammad Fawwaz | Wahabi Malaysia Lebih Keras !
Dzikir Berjama’ah, Doa Qunut, dan Sifat 20 Bukan Bid’ah
Sebetulnya dalam memperkatakan Bid’ah itu harus hati-hati. Karena menurut Nabi: Bid’ah itu sesat dan semua yang sesat itu masuk neraka. Jika yang kita tuduh bid’ah/sesat itu ternyata benar, maka kitalah yang sesat dan masuk neraka. Jadi untuk memvonis bid’ah/sesat itu harus berdasarkan Ijma’/Kesepakatan Ulama. Bukan oleh segelintir ulama dari aliran tertentu yang memang ekstrim.
Apalagi ternyata pembid’ahan yang mereka lakukan itu karena kurangnya ilmu. Ada yang menuduh Dzikir berjama’ah bid’ah, Doa Qunut Bid’ah, Pengajaran Sifat 20 bid’ah, dsb. Mereka tidak tahu kalau yang dituduh bid’ah ternyata punya hujjah dari Al Qur’an dan Hadits.
Dzikir Berjama’ah, Doa Qunut, dan Sifat 20 Bukan Bid’ah
Khamis, 10 September 2015
Kalau Sanggup Gadai Prinsip Semata Mata Nak Dapat Kuasa, Itu Bukan Perjuangan PAS
Ciri-Ciri Jahiliah Moden:
* Tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t. Tidak berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang telah ditetapkan di dalam al-Quran . Manusia lebih percaya dan yakin dengan hukum yang direka cipta oleh manusia sendiri yang mempunyai kemampuan akal ( kognetif ) yang terhad dan terbatas.
* Hidup mengikut hawa nafsu.Sepatutnya nafsu manusia itu dikawal oleh syariat Allah s.w.t dengan bantuan akal fikiran tetapi nafsu mereka telah berkuasa di atas segalanya yang menyebabkan segala tindak tanduk mereka berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
* Adanya golongan pemusnah Islam. Kadang-kadang golongan inilah yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi segala tindak-tanduk, akhlak dan asas perjuangan jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang sebenarnya yang kita berjuang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Segala perjuangan yang bertujuan selain daripada untuk memartabatkan agama Allah s.w.t adalah perjuangan yang batil.
* Gejala keruntuhan akhlak berleluasa. Kadar jenayah dan maksiat pada zaman moden ini lebih kronik dan hebat daripada zaman jahiliah dahulu. Apabila manusia mula sudah tidak malu dan tidak menyedari kuasa Allah s.w.t maka Allah akan mula menunjukkan kuasa-Nya dengan mendatangkan berbagai-bagai bala' seperti tanah runtuh, tsunami, banjir, taufan dan sebagainya supaya manusia itu sedar bahawa kita ada yang punya dan berkuasa di atas segalanya.
Isnin, 7 September 2015
ISTIQAMAH .... Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah.
ALLAH MAHA BIJAKSANA MEMANDU ISTIQAMAH
23 Zulkaedah 1436H / 07 September 2015M
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ * وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Dan jika mereka (lawan atau musuh kamu) cenderung kepada perdamain, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah, sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (bagi memelihara mu). Dialah yang menguatkan mu dengan pertolongannya dan orang-orang yang beriman (bersama mu). Dan Dia (Allah) berkuasa menyatukan diantara hati-hati mereka. Kalau Engkau belanjakan apa yang ada dibumi semuanya nescaya Engkau tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana)."
(Surah Al-Anfal, ayat 61 - 63)
Al-Quran adalah petunjuk yang benar sepanjang zaman daripada Allah, dan Rasulullah adalah contoh kebijaksanaan manusia pilihan Allah. Namun Allah memandu dengan hidayah-Nya apabila membawa mesej dakwah membawa rahmat dan adil kepada seluruh manusia, sama ada dalam berjamaah atau bernegara. Di antaranya menjadikan konsep perdamaian diutama dan didahulukan, walupun terhadap musuh paling keras dan zalim, di atas asas yang sangat kukuh berkonsepkan :
[a] Thawabit
(Nas yang tidak boleh diubah dan tidak boleh berganjak daripadanya)
- iaitu perkara aqidah, dasar dan matlamat perjuangan Islam.
[b] Mutaghayyirat
(menerima perubahan dan anjal atau fleksibel)
- mengikut perkembangan situasi dan realiti, bersama kebijaksanaan yang tidak putus hubungannya dengan Thawabit.
Apabila Rasulullah SAW bersama para sahabatnya RA dihalang daripada masuk ke Makkah bagi menunaikan umrah yang diizinkan kepada semua, mengikut adat dan undang-undang masyarakat arab sejak zaman berzaman, tiba-tiba dicabul secara zalim, sehingga berlaku ketegangan yang diizinkan berperang, sampai berlakunya Bai’ah kesediaan berperang dengan tekad menang atau mati syahid. Tiba-tiba ditawarkan perdamaian Hudaibiyyah oleh musuh yang sangat zalim dan penipu besar, dengan syarat-syarat yang sangat berpihak kepada mereka, menyebabkan majoriti para sahabat RA mahu menolak keras perdamaian yang ditawarkan itu. Tetapi Rasulullah SAW, dengan petunjuk Allah, tetap mengutamakan perdamaian, tanpa peduli kepada syarat-syarat yang tidak adil dan kemungkinan penipuan daripada musuh. Para Sahabat pula tetap akur kerana keteguhan iman mengatasi semangat yang berkobar untuk bertindak dengan kesediaan setelah berbaiah.
Natijahnya ialah kekukuhan saf perjuangan dalaman dikalangan umat Islam sendiri yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang terkumpul daripada Aus dan Khazraj dengan hidayah Allah disatukan hati mereka, menambahkan lagi orang-orang yang menerima Islam dengan hidayah Allah juga. Peristiwa ini juga menyingkirkan kalangan munafik yang bersembunyi disebalik badan untanya, tidak layak mendapat hidayah kerana tidak ada Istiqamah, hanya menjadi duri dalam daging, beriman tanpa keyakinan kepada Allah yang menjanjikan kemenangan dengan mimpi benar kepada Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman menerusi Al-Quran :
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ
Sesungguhnya Allah membenarkan Rasul-Nya secara mimpi yang benar, bahawa kamu dapat masuk ke-Masjid Haram (Makkah) Insyallah dalam keadaan aman."
(Surah Al-Fath, ayat 27)
Tiba-tiba mereka dihalang dengan kekerasan yang hampir mencetuskan peperangan. Kalangan munafiq terdedah, apabila melihat dengan nyata mimpi tidak menjadi kenyataan, tanpa menyedari perkara yang tersirat dalam ilmu Allah dan Kebijaksanaannya. Ada pun kalangan yang beriman tetap menerima kenyataan Allah dan keputusan Rasulullah SAW walaupun tidak nampak hikmah dan tujuannya di masa itu secara spontan.
Allah menegaskan bahawa mereka masuk ke Makkah dalam keadaan aman, bukannya disekat dan diganggu sehingga kenyataan mimpi Rasullah SAW ditangguh. Rasulullah SAW menerima perintah Allah supaya mendahulukan perdamaian dengan keyakinan kefahaman kepada kekuasaan Allah yang berlaku disebaliknya. Ada pun para sahabat pula dibayangi penipuan dengan keangkuhan yang nyata dalam perjanjian Hudaibiyyah yang dimeteraikan :
[1] Tidak dibenarkan permulaannya dengan ditulis "بسم الله الرحمن الرحيم"dipaksa supaya menerima pakai ayat di masa jahiliyyah "باسمك اللهم".
[2] Mana-mana kalangan orang Madinah yang melarikan diri ke-Makkah tidak boleh diminta pulang. Ada pun orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah wajib dihantar semula ke Makkah.
[3] Muhammad dan pengikutnya tidak dibenarkan masuk ke Makkah mengerjakan umrah pada tahun ini. Umrah mereka ditangguhkan di tahun hadapan.
Akhirnya, nyatalah hikmah berlakunya janji Allah kedatangan mereka yang masuk Islam berlipat-ganda dan berduyun-duyun, serta perpaduan kalangan mereka yang ikhlas sahaja. Negara Islam Madinah makin teguh dan kuat, berakhir dengan peristiwa Fathul Makkah (pembebasan Kota Makkah).
Allah telah menjinakkan hati-hati manusia dengan kewujudan perpaduan dalaman umat Islam di kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj dengan Hidayah yang tidak mungkin dicapai dengan perbelanjaan harta sepenuh bumi. Menolak sangkaan golongan munafiq dan lemah iman yang menyusup ke dalam jemaah Islam. Firman Allah :
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا * الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
"Berilah berita galakkan kepada orang-orang munafiq, bahawa untuk mereka azab yang sangat pedih. Mereka ialah kalangan orang yang memberi wali (kawan setia dan kepercayaan) kepada orang yang kafir bukannya kepada orang-orang yang beriman. Adakah mereka mahu mendapat kekuatan yang dapat memberi kemenangan daripada orang-orang yang kafir itu? Maka sesungguhnya kemuliaan dan keperkasaan yang memberi kemenangan itu semuanya daripada Allah."
(Surah An-Nisa', ayat 138 - 139)
Maka Rasulullah SAW menolak tawaran bantuan daripada bukan Islam ketika Badar dan Uhud, di mana Islam dalam keadaan sangat lemah, sebaliknya terus bertahaluf dan boleh menerima bantuan bukan Islam selepas Fathul Makkah, di masa Islam berada dalam keadaan yang sangat kuat. Menunjukkan mesej Islam bagi menyampaikan rahmat dan adil ketika kuat terhadap pihak yang lain, tegak di atas kekuatan sendiri. Bukan meminta dan menagih atau menumpang kekuatan pihak lain bagi kemenangan Islam, atau menipu kawan di masa lemah menendang kawan di masa kuat.
PAS wajib mengikut perjalanan ini, wajib beristiqamah dan eratkan hubungan dengan Allah, tarbiyahkan diri dengan ilmu dan iktibar pengalaman, dan ikhlaskan niat kerana keredhaan Allah demi menyelamatkan rakyat dalam negara Hidayah (petunjuk) bukan Negara Jibayah (berpijak hanya di atas duit yang dicukaikan), nescaya selamat daripada agenda tipu dalam semua pengalamannya. Ada orang yang menuduh PAS ditipu di masa menyertai Kerajaan Campuran (1970) dan bersama Barisan Nasional dahulu (1974-1978), sehingga ada yang keluar parti atau menubuh parti lain. Hasilnya pengaruh Islam masuk ke dalam semua kementerian dan jabatan kerajaan, serta institusi pendidikan yang melahirkan pelapis perjuangan lebih panjang. Parti yang ditubuhkan kerana protes mati atau bernyawa ikan diatas tanah yang kering menunggu mati, ada yang kembali semula kepada PAS, ada yang tersungkur keluar daripada medan perjungan.
Ada orang menuduh PAS ditipu apabila bersama Parti Semangat 46. Hasilnya, menawan Kelantan sehingga kini, sehingga berjaya melaksanakan sebahagian daripada Islam dan merancang, termasuk undang-undang syariat Allah iaitulah Qisas, Hudud dan Takzir. Parti semangat 46 sudah mati semangatnya. Ada orang menuduh PAS ditipu lagi kerana bersama Barisan Alternatif, kemudiannya Pakatan Rakyat. Hasilnya menawan semula Terengganu, menguasai Kedah, memimpin Perak, walaupun seketika, hasilnya kebanjiran ahli baru daripada semua kalangan, khususnya penganut Islam yang menjadi tonggak politik negara dan yakin PAS tidak mampu diperkudakan oleh DAP dan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam. Mereka yang baru masuk PAS lebih ramai daripada yang mengata PAS ditipu dan terus memeluk DAP dengan kasih sayang tanpa batas atau menubuh parti baru yang manjadi mata rantai DAP.
Ada lagi yang menuduh PAS ditipu Umno dalam isu Hudud, mereka memahami hudud itu berjaya apabila dilihat sudah ada tangan yang dipotong sekarang ini, tanpa menyedari betapa desakan melaksanakannya sudah masuk ke dalam jentera kerajaan dan ke dalam kalangan UMNO sendiri. Tidak lagi suara menghina dan mengejek saperti dahulu, kecuali kalangan yang sudah habis tempuh suaranya, laksana ubat yang sudah tamat tempuhnya.
Inilah hikmah apabila istiqamah dengan Allah SWT secara ilmu yang memandu kebijaksanaan, dan mengatur strategi yang boleh berubah di atas dasar dan matlamat Islam yang haram diubah. Kebiasaannya senario dahulu tidak berulang, hanya menjadi pengajaran untuk mengatur langkah meneruskan perjuangan.
PAS pernah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 apabila dirasakan mereka kuat dan PAS sangat lemah dengan kejatuhan Kelantan. Namun, kebangkitan PAS selepasnya lebih kuat dan teguh. Kelantan di ambil semula dengan lebih kuat dan panjang umurnya. Kini PAS ditendang keluar oleh DAP yang merasa cukup kuat kerana memerintah hanya Pulau Pinang, namun sokongan kepada PAS lebih meningkat, walaupun beberapa ranting PAS kononnya berjaya dicantas, tetapi tunas yang tumbuh daripadanya lebih banyak dan lebih subur.
Jatikan diri jamaah ini ketika belum menang, kita adalah mulia bersama Islam di masa lemah dan kuat. Maka, perjuangan ini tidak layak bagi mereka yang tidak berani mebuka mulut bercakap Islam, lebih tidak layak kepada yang menagih kasihan pihak lain sehingga melupai pertolongan Allah kepada hamba-hambannya yang beriman dengan ikhlas. Perjuangan ini tidak layak bagi orang yang gopoh untuk menang sehingga tidak Istiqamah di atas aqidah perjuangan, tidak berpijak lagi di atas dasarnya dan sanggup membuang tanda hala tuju perjalanan menegakkan Islam kerana merasa malu dan hina bersama Islam. Semuanya disingkir atau tersingkir hanyut, masuk ke dalam perangkap sampah perjuangan, yang menyekat aliran perjalanan dan kemaraan perjuangan Islam yang sebenar. Firman Allah SWT :
أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِي النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ
"Allah menurunkan daripada langit itu air hujan yang mencurah, lalu mengalir ke lembah-lembah dan mengisi air mengikut kadar keluasan masing-masing. Aliran air itu juga membawa buih yang tidak berfaedah, namun di dalam air itu ada bahan berharga (logam) yang boleh dibakar menjadi perhiasan dan barangan yang mahal harganya, di samping buih itu juga. Allah menjadikan perbandingan di antara hak dan batil. Adapun buih (yang batil) itu hanyut menghilang, dan adapun yang memberi manfaat kepada manusia tetap melekat teguh di bumi. (Begitulah Allah menyatakan perbandingannya)."
(Surah Ar-Ra'du, ayat 17)
Sabda Rasulullah SAW :
وَاللهِ لَيُتِمَّنَّ الله هَذَا الأَمْر حَتَّى يَسيرَ الرَّاكبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَموتَ لاَ يَخَافُ إلاَّ اللهَ والذِّئْب عَلَى غَنَمِهِ ، ولكنكم تَسْتَعجِلُونَ
"Demi Allah ! Sesunguhnya Allah mesti menyempurnakan urusan Islam (sehingga menang), sehingga orang musafir yang jauh, daripada Sana'a ke Hadramaut (di Yaman) tidak takut lagi (kerana keamanan daripada pelaksanaan undang-undang Islam menentang jenayah khususnya Hudud), (melainkan takut kepada Allah dan takutkan serigala menangkap ternakannya), tetapi kamu terlalu gopoh mahukan kemenangan (tanpa Istiqamah)."
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Ahad, 6 September 2015
Sabtu, 5 September 2015
Khamis, 3 September 2015
Istiqomah - Ustaz Badrul Rahman
Kuliah Maghrib
Surau Perwaja Gurun Kedah
31 Ogos 2015 - Isnin
Bab : Istiqamah
" untuk mendapatkan Karomah "
Oleh YBhg. Ustaz Badrul Rahman
Rabu, 2 September 2015
Bertabarruk dengan peninggalan nabi SAW
Bertabarruk dengan peninggalan nabi SAW
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Umat islam amat digalakkan menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda.
KITA menyambung perbincangan kita tentang bertabarruk atau mengambil berkat dengan bekas-bekas peninggalan Nabi SAW. Alhamdulillah, minggu lepas Yayasan Sofa dalam lawatan kerja ke Mesir berkesempatan melihat dan menyentuh beberapa bekas peninggalan Nabi SAW yang disimpan di Masjid Saidina Hussein r.a.
Wujud dan tersimpan baiknya bekas-bekas peninggalan nabi SAW itu hingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang aneh jika kita melihat pelbagai laporan mengenai sikap generasi sahabat dan tabi’en dalam menghargai dan memelihara bekas-bekas peninggalan ini.
Melalui perbuatan mereka ini kita bukan sahaja mendapat pedoman bahawa bertabarruk ini dibolehkan tetapi juga mendapat gambaran tentang sikap kasih dan hormat yang begitu hebat terhadap nabi SAW yang sepatutnya tersemai di hati kita.
Imam Ahmad RH dan lain-lainnya meriwayatkan daripada Anas r.a: Nabi SAW pernah datang ke rumah Ummu Sulaim. Di dalam rumahnya terdapat qirbah (bekas air daripada kulit) yang tergantung. Lalu Rasulullah SAW minum di bahagian bibir qirbah itu sambil berdiri.
Anas r.a berkata, “Maka Ummu Sulaim memotong bibir qirbah itu dan ia ada pada kami”. Maksudnya, Ummu Sulaim memotong mulut qirbah yang pernah menjadi tempat minum Rasulullah SAW. Dia menyimpan dan menjaga barang itu di rumahnya untuk bertabarruk dengan bekas atau kesan Nabi SAW.
Diriwayatkan daripada Yahya ibn al Harith al Zimari, katanya: Aku pernah bertemu dengan Wathilah ibn al Asqa’, Aku berkata kepadanya, “Dengan tanganmu ini, engkau membaiah Rasulullah SAW”? Dia berkata: “Ya”. Kataku, “Hulurkan tanganmu. Aku akan mengucupnya”. Dia pun menghulurkan tangannya kepadaku, lalu aku mengucupnya. (riwayat At-Tabrani)
Menurut riwayat Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah, daripada Yunus ibn Maisarah, disebutkan bahawa beliau berkata: “Kami pernah menziarahi Yazid ibn al-Aswad. Lalu datang Wathilah ibn al-Asqa’ r.a. Ketika Yazid melihatnya, Wathilah r.a menghulurkan tangannya. Yazid pun memegang tangan Wathilah r.a, lalu disapu ke muka dan dadanya; kerana Wathilah r.a pernah membaiah Rasulullah SAW.
Wathilah berkata kepadanya: “Wahai Yazid! Bagaimana prasangkamu terhadap Tuhanmu”? Dia menjawab: “Baik”. Dia berkata: “Maka bergembiralah kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT berfirman: “Aku mengikut prasangka hambaKu terhadapKu. Jika sangkaannya baik, maka Aku menilainya baik. Jika sangkaannya buruk, maka Aku menilainya buruk”. (Al-Hilyah, 9: 306)
Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Adab al-Mufrad, daripada Abdul Rahman ibn Razin, katanya: Ketika kami melalui daerah Rabzah, ada yang berkata kepada kami, “Di sinilah tempat Salamah ibn al Akwa’ r.a berada”. Kami pun menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya. Lalu dia mengeluarkan kedua-dua belah tangannya seraya berkata: “Aku pernah membaiah Nabi Allah SAW dengan kedua-dua tangan ini”.
Kemudian, dia mengeluarkan telapak tangannya yang gemuk dan kasar seperti telapak kaki unta. Maka kami pun berdiri mendekatinya dan mengucupnya. (ms. 144)
Ibnu Saad juga meriwayatkan hadis seperti itu daripada Abdul Rahman ibn Zaid al ‘Iraqi. (Tabaqat Ibn Saad, 4: 39)
Demikian juga Imam Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad meriwayatkan daripada Ibnu Jad’aan: Thabit berkata kepada Anas r.a: “Apakah engkau pernah menyentuh Nabi SAW dengan tanganmu”? Dia menjawab: “Ya, pernah”. Lalu Thabit mengucup tangan Anas. (ms. 144)
Imam al-Bukhari juga meriwayatkan dalam kitab yang sama daripada Suhaib, katanya: “Aku pernah melihat Saidina Ali r.a mengucup tangan al-Abbas r.a dan kedua-dua belah kakinya”. (ms. 144)
Diriwayatkan daripada Thabit, katanya: Dahulu, jika aku datang kepada Anas r.a, dia akan diberitahu mengenai kedudukanku. Lalu, aku masuk kepadanya dan memegang kedua-dua belah tangannya serta mengucupnya. Aku berkata: “Demi ayahku! Kedua-dua belah tangan ini pernah menyentuh Nabi SAW”. Aku juga mengucup kedua-dua belah matanya, dan aku berkata: “Demi ayahku! Kedua-dua mata ini pernah melihat Rasulullah SAW”. (Disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam al-Matolib al-‘Aliyyah (4: 111)
Selasa, 1 September 2015
15-09-01 Kuliah Kitab Hikam oleh SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ ROMLI
Tanda-tanda Allah cinta pada hambaNya
Allah Ta’ala berfirman mafhumnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad), jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, tentu engkau semua dicintai oleh Allah, serta Allah mengampuni dosamu semua dan Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Penyayang,” [Surah Aali-lmran : 31]
Apa lagi yang lebih berharga dan lebih penting dari mendapat CINTA dari Allah S.w.t Pencipta sekalian makhluk. Jika sudah mendapat cinta Allah, maka insyaAllah akan berbahagialah hidup di dunia dan juga di akhirat.
Di antara tanda-tanda Allah cinta pada hambaNya;
1 - Faham agama: Rasulullah S.a.w bersabda, maksudnya : “Apabila Allah mencintai seseorang maka Dia membuatnya faham mengenai agamanya.” [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
"....... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." [Surah Al-Mujadilah : ayat 11]
2 - Sabar dan redha dengan ujian-ujian dari Allah: "Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [Surah Al-Baqarah : 155-157]
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
"Tidaklah seorang mukmin dan mukminah tertimpa musibah pada dirinya, anaknya dan hartanya sehingga dia berjumpa Allah Ta'ala tidak membawa satu kesalahan pun." [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi. Beliau berkata: hadits hasan shahih] [1]
"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat." [Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
Oleh itu antara tanda Allah mencintai seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian. Maka jika hamba itu bersabar dan redha, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut.
Dan ketahuilah, para rasul dan nabi lah yang paling berat menerima ujian dan musibah dari Allah S.w.t. Kerana itulah darjat mereka tinggi, dan menjadi teladan kepada seluruh manusia dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini.
3 - Cinta mencintai kerana Allah: “Allah s.w.t berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” [Hadits Qudsi]
Semoga kita tidak menjadi orang yang cintakan manusia lain kerana nafsu syahwat, harta-benda dan keduniaan semata-mata. Cinta yang paling utama ialah cinta kepada Allah S.w.t, kemudian kepada Rasulullah S.a.w, ibu bapa dan barulah manusia-manusia lain.
4 - Berakhir hidup dengan husnul khatimah: Rasulullah S.a.w bersabda: "Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya."
Sahabat bertanya: "Apa itu memaniskannya ya Rasulullah?"
Baginda berkata: "Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan kebaikan ketika menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia berkata) orang sekelilingnya." [Hadits Riwayat Al-Hakim]
5 - Sentiasa berzikir pada Allah: Diriwayatkan bahawa Nabi Musa 'Alaihi salam pernah berkata, " Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia, Bagaimana aku dapat membezakan antara orang yang ENGKAU CINTAI dengan orang yang ENGKAU BENCI?"
Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman: "Wahai Musa, Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya"
Nabi Musa bertanya, "Wahai Rabb, apa kedua tanda itu?"
Allah S.w.t berfirman: "Aku akan mengilhamkannya agar dia berdzikir kepada Ku, agar aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka Ku, agar dia tidak terjerumus dalam azab dan siksaKu."
Ustaz Tuan Sharifuddin Tuan Ismail | Kuliah Jumaat 28 Ogos 2015
Rakaman kuliah Jumaat oleh Ustaz Tuan Sharifuddin Tuan Ismail,
pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)
merangkap Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok).