Rabu, 25 Februari 2015
Isnin, 23 Februari 2015
Ahad, 22 Februari 2015
Jumaat, 20 Februari 2015
Rabu, 18 Februari 2015
Isnin, 16 Februari 2015
Sabtu, 14 Februari 2015
Ustaz Ahmad Jailani _ Hukum Menghina, Mengejek & Mentertawakan Ulama & Orang Soleh
Hukum Menghina Ulama
Ulama adalah orang yang memahami agama dengan baik dan mengamalkannya. Allah meninggikan derajat ulama dan membezakannya dengan yang lain. Rasulullah s.a.w menyatakan bahwa ulama adalah pewaris para nabi, jalan yang mereka tempuh merupakan jalan ke surga.
Ibnul Qayyim berkata, “Sabdanya bahwa ulama adalah pewaris para nabi mengandung keutamaan terbesar bagi para ulama, para nabi adalah makhluk Allah terbaik, maka pewaris para nabi adalah makhluk Allah terbaik setelah mereka, manakala setiap warisan orang yang mati berpindah kepada ahli warisnya karena merekalah yang menggantikan posisinya setelahnya sementara tidak ada penerus para rasul dalam menyampaikan ajaran yang mereka bawa kecuali para ulama maka mereka paling berhak terhadap warisan mereka. Ini membuktikan bahwa para ulama adalah orang-orang terdekat kepada para nabi karena warisan hanya didapat oleh orang yang paling dekat kepada mayit hal ini sebagaimana ia berlaku untuk warisan dinar dan dirham, ia juga berlaku dalam warisan nubuwah dan Allah mengkhususkan rahmatNya kepada siapa yang dikehendaki.”
Lanjut Ibnul Qayyim, “Hadis ini juga mengandung petunjuk dan perintah kepada umat agar mentaati, menghormati, mendukung, menghargai dan memuliakan mereka. Hadis ini juga mengandung peringatan bahwa menyintai mereka termasuk agama dan membenci mereka bertentangan dengan agama sebagaimana hal itu berlaku untuk apa yang mereka warisi. Begitu pula membenci dan memusuhi mereka berarti membenci dan memusuhi Allah sebagaimana hal itu berlaku pada apa yang mereka warisi.”
Bila menghormati para ulama diperintahkan, maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka dilarang. Al-Ghazali menyatakan bahwa menghina berarti merendahkan, menonjolkan aib dan kekurangan sehingga mengundang bahan tertawaan, bisa dengan menirukan perkataan, perbuatan, isyarat dan tanda.
Menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik sebagaimana hal itu ditetapkan oleh al-Qur`an, salah satunya adalah firman Allah, “Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211).
Firman Allah tentang orang-orang munafik, “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” (Al-Baqarah: 14).
Cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik penolong.
Ustaz Azhar Idrus - Hukum Menghina Ulama
Amanat terakhir Tuan Guru Nik Aziz
Anakanda kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh Nik Mat menceritakan tentang amanat ayahandanya itu. Menurutnya, Nik Abdul Aziz sentiasa berpesan supaya menjaga hubungan silaturrahim antara keluarga, menjaga solat dan supaya kekal sebagai 'keluarga agama'. Katanya lagi, pesanan tersebut bukan sahaja ditujukan untuk keluarganya malah kepada seluruh masyarakat.
Jumaat, 13 Februari 2015
Khamis, 12 Februari 2015
Berangkatlah Menuju Tuhanmu Wahai Sang Murabbi Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan murabbi Ummah, Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali menemui Tuhannya sekitar jam 9:40 mlm ini.
Semoga beliau ditempatkan bersama sama Solehin. InsyaAllah solat jenazah akan disempurnakan jam 10: 00 pagi , jumaat 13.02.2015.
Berehatlah Wahai Murabbi
Jam 9.45 malam tadi, telah berangkat ke rahmatullah Murabbi Ummah yang melakar sejarah agung di negeri Kelantan Serambi Mekah, Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Tepat 12 Februari 2015 bersamaan tarikh kematian pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan Al-Banna yang ditembak mati pada tarikh 12 Februari 1949.
Berangkatlah menuju Tuhanmu wahai sang murabbi yang telah melahirkan ribuan kader politik dan dakwah sepanjang hayatnya. Takdir Allah yang maha agung, setelah berminggu lamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), beliau dibawa pulang ke rumah dan tiba tepat jam 8.50 malam ketika solat Isyak didirikan di masjidnya.
Allah SWT menjadi saksi terhadap jasa-jasamu di negeri ini. Perjuangan tanpa penat dan lelah membangunkan Kelantan bersama Islam telah menjadi model pentadbiran di seluruh negara bahkan juga di seluruh negara.
Perginya Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah satu kehilangan besar buat perjuangan PAS dan juga dakwah Islam di tanah air ini. Namun, perjuangan perlu diteruskan hingga ke nadi yang terakhir.
Selamat berehat, sampai bersua lagi di akhirat wahai murabbi yang dirindui selalu. Kutitipkan doa dan harapan agar di dalam rahmat Allah jua kau dinaungi. Pesan dan tunjuk ajarmu tidak sekali-kali kulupai.....
إنا لله وإنا إليه راجعون الله اغفر له وعافه واعف عنه وارحمه وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار وأدخله يا الله جنتك الفردوس الأعلى مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقين والشهداء والصالحين
AHMAD FADHLI SHAARI 12 FEBRUARI 2015 10.15 MALAM

Hukum Mengumpat, Menyebar Aib, Memfitnah Dan Mengadu Domba - Dr. Zaharuddin
Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.
Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat.
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan. Mendengar ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat." ~ Riwayat Muslim
Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang. Al-Quran dalam surah al-Hujarat ayat 12 jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan2 tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani".
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim.
Rasulullah SAW ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab Baginda "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika Baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka." Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".
Allah telah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firmanNya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara2 yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik2 sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang2 kafir?" ~ Surah az-Zumar ayat 32.
Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan2 itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap2 pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh2 (apa yang disampaikan oleh syaitan2 itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." ~ Surah asy-Syuras' ayat 221-223.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup kecelaannya (hal2 yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindungi daripada seksa Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." ~ Hadith Riwayat Ibnu Abib-Duanya.
Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan daripada Huzaifah RA katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menabur fitnah."
Allah SWT meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: "... fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan..." ~ Surah al-Baqarah, ayat 217.

Rabu, 11 Februari 2015
Selasa, 10 Februari 2015
ADIL DAN ZALIM
Fenomena dalam masyarakat
Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas:
(Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya: Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
(Surah Al-Baqarah ayat 213) Ertinya: Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci yang tersebut itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, ( Mereka berselisih ) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang betul dan lurus (mengikut undang-undang peraturannya).
PENGERTIAN ADIL
Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:
1. Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Adil bererti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.
3. Adil bererti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang sesama orang yang berhak dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.
Daripada ketiga-tiga pengertian yang tersebut dapatlah dirumuskan bahawa keadilan itu:
1. Menjamin hak individu (diri sendiri dan orang lain).
2. Menghapuskan kezaliman.
3. Melaksanakan hukum dengan saksama.
4. Memastikan orang berkuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan orang yang lemah tidak teraniaya.
ADIL KEPADA DIRI SENDIRI
Menurut Islam keadilan dan kezaliman boleh berlaku pada diri sendiri dan pada orang lain. Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia. Orang yang beriman dan menyedari akan hakikat diri dan amalannya akan sentiasa berdoa kepada Allah Taala seperi doa Nabi Adam Alahissalam.
( Surah Al Araf Ayat 23 ) Ertinya: Mereka berdua merayu : Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami orang-orang yang rugi.
Sabda Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam; Ertinya: Berlaku adillah walaupun ke atas diri kamu.
Orang yang tidak beriman dan orang yang melakukan maksiat sebenarnya orang yang zalim kepada diri sendiri kerana mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala di dunia dan di akhirat disebabkan mereka tidak mahu menyahut seruan Islam dan tidak patuh kepada hukum yang ditentukan oleh Allah Taala.
ADIL KEPADA ORANG LAIN
Keadilan kepada orang lain berasaskan penyempurnaan hak mereka dan melaksanakan hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang yang bersalah. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:
(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.
(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya: Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Asas bagi melaksanakan keadilan kepada orang lain ialah:
1. Iman dan takwa kepada Allah.
2. Amanah, bertanggungjawab dan Ihsan.
3. Ilmu dan kebenaran bersumberkan Al-Quran, hadis, Ijmak dan qias.
4. berpandukan kaedah atau prosedur melaksanakan hukum atau undang-undang.
Tanpa berpegang pada asas (prinsip) yang tersebut manusia boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi atau kebendaan sehigga mereka sanggup melakukan kezaliman dlam pelaksanaan keadilan iaitu:
1. Orang yang lemah tidak mendapat haknya dan orang yang kuat merampas hak orang yang lemah.
2. Orang yang bersalah bebas daripada hukuman dan orang yang tidak bersalah teraniaya.
3. hukum tidak berlandaskan kebenaran dan keadilan, tetapi berlandaskan kekuasaan dan kepentingan tertentu.
SIFAT ORANG YANG ADIL.
Antara sifat-sifat orang (hakim) yang dapat berlaku adil.
1. Mempunyai iman yang kukuh dan bertakwa kepada Allah Taala.
2. Menguasai ilmu syariat dan ilmu Aqliah.
3. Melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab.
4. Ikhlas dan bertawakal kepada Allah Taala.
5. Berperibadi mulia iaitu:
i- tidak mementingkan diri sendiri
ii- berperikemanusiaan dan belas Ihsan.
iii- Bijak dan tegas
iv- Berani menghadapi risiko.
Sabda Rasullalahi Sallallahu Alaihi Wassalam Yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.