Mat Sabu: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012
Khamis, 29 Mac 2012
Rabu, 28 Mac 2012
Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012
Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 1/2)
Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 2/2)
Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 2/2)
Ceramah Wali Kecil : Syeikh Muslim Saad
TEGURAN WALI KECIL TERHADAP PEMUDA DAN WANITA YANG SUKA MENIRU GAYA HIDUP BARAT YANG MENINGGALKAN AGAMA SENDIRI
Ahad, 25 Mac 2012
Che`gu Bard Bukit Mendi 10 Mac 2012
SIAPAKAH PERINTAH KALAU PAS MENANG DALAM PRU 13?
BAGAIMANA UMNO MELAKUKAN PEMBOHONGAN KEPADA ORANG MELAYU?
Sabtu, 24 Mac 2012
Ziarah dan Umrah 09 Mac 2012
Taklimat dalam kawasan Dome yang ditengahnya terdapat Batu yang cuba ikut Rasulullah semasa Makraj.
Sejarah Dome Of The Rock
Sebungkah
batu yang saiz panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di
kawasan Islam di kota Juruselam. Menurut sejarah, batu ini terapung
sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. pada tahun 619. Di
ceritakan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke
langit, tetapi ianya ditahan oleh Baginda Rasulullah saw dan malaikat
Jibrail. Dari sejak itu batu ini terus terapung sehingga kini. Semasa
pemerintahan Khalifah ke 2 Saidina Omar ra. (tahun 638) kota Juruselam
merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini di kepung dengan
mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh seorang
akitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke 10 Abdul Al-Malik ibn
Marwan, (tahun 687 dan 691) masjid ini dibangunkan semula dan dikenali
sebagai DOME OF ROCK yang tingginya 10 meter dan diameter nya 20 meter
di kota Juruselam. Bagi orang-orang Arab ianya dipanggil sebagai Masjid
Qubbat Al-Shakha
Bergambar di bawah batu kini seperti dalam sebuah gua terletak di tengah-tengah dome. Dalam ada juga sudut kecil untuk bersolat
Masjid Al Aqsa kelihatan kubah warna hijau di hadapan
Pintu Utama Masjid Al Aqsa, pandangan waktu selepas Suboh
Bersama Imam Ali - selepas solat Suboh
Laluan ke Masjid Nabi Sulaiman
Tentera Yahudi lengkap bersenjata mengawal sempadan antara Masjid Aqsa dengan Gereja Yahudi di sebalik Tembuk. Orang Islam dilarang melintasi sempadan ini .....
Khamis, 8 Mac 2012
Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syara'
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB
Menegakkan Pemerintahan Islam
Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :
“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.
Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.
Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.
Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:
“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.
Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?
Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:
Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).
Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.
Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.
Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.
Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.
Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.
Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)
Firman Allah lagi, maksudnya:
“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)
Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)
Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.
Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.
PAS Terus Teguh Pertahan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak
Isnin, 5 Mac 2012
Tahaluf Siasi - Dalil Mengapa PAS bekerjasama dengan DAP (HD)
Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat
Tarikh: 25 Februari 2012
Tempat: Markas PAS Pantai Kundur Masa: 8.00malam - 9.00malam
Ahad, 4 Mac 2012
Pertahan kerajaan Islam Adalah Jihad
KUALA LUMPUR, 3 Mac 2012 (Harakahdaily oleh Aziz Muda):
Mempertahankan kerajaan Islam merupakan tanggungjawab beragama dan
satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar
dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati
jahiliyyah.
Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kebimbangan mati sebagai mati
jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang
dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang
bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang
bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai
mati jahiliyyah".
Beliau berkata, pemerintah dalam Islam
merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan
agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar
agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.
Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan
kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku
dengan hati dan lidah mereka.
"Ia merupakan dua kewajipan beragama
yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi
Harakahdaily, di sini, hari ini.
Berasaskan kaedah itu, menurutnya,
wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan
dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari
kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari
pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan
yang bercanggah dengan syarak.
Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan
melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan
hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya
secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya
kekufuran yang nyata.
Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi
s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali
mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari
(membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya
(dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja
(dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita
memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi
mereka solat".
"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam
Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk
Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang
bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka
solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin
At-Takiri.
Malah, tegas beliau, menegur pemerintah
Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana
sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang
bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang
benar di sisi pemerintah yang zalim".
Sabtu, 3 Mac 2012
Yusmadi Yusoff: Agenda Kita Pakatan Rakyat Adalah Beri Peluang Kepada Semua Rakyat
Berjuang untuk rakyat, ekonomi untuk rakyat, kita penyambung lidah rakyat.
Jumaat, 2 Mac 2012
Khamis, 1 Mac 2012
Kuliah Maghrib Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (21 Februari 2012 - Video Penuh)
Perbincangan:
Penjajah membawa masalah ke negara yang dijajah.
Musuh sentiasa mencari jalan untuk melaga-laga umat Islam.
Umat Islam sentiasa dalam bersiap sedia,
Bila sudah berjaya jangan lupa kepada Allah.........